Masyarakat awan

Gelaran ‘masyarakat awan’ diberikan kepada penduduk Chachapoyas kerana mereka hidup di kawasan tanah tinggi, iaitu di pergunungan Andes yang selalu diselimuti awan. Bagaimanapun, kehidupan dan kebudayaan masyarakat kuno yang wujud sejak kurun ke-9 ini masih menjadi suatu misteri dan sukar diungkapkan kerana tidak banyak meninggalkan catatan.
Meskipun mereka hilang tanpa jejak sejak ratusan tahun yang lalu, tetapi peninggalan sisa-sisa kota Chachapoyas yang ditemui di wilayah utara Peru menjadi bukti kewujudan masyarakat ini. Hanya bukti arkeologi seperti runtuhan binaan, tembikar, makam dan artifak lain yang menunjukkan bahawa suatu ketika dahulu pernah wujud satu tamadun manusia di pedalaman hutan Amazon.

Setelah diteliti, ahli arkeologi mendapati kawasan binaan patung-patung tersebut merupakan tapak perkuburan pahlawan-pahlawan Chachapoyas. Patung itu merupakan keranda yang diperbuat daripada tanah liat dan getah tumbuhan yang diukir mengikut tokoh yang dimakamkan. Mumia-mumia pahlawan Chachapoyas telah disemadikan di dalam patung-patung tersebut sebagai lambang kemegahan mereka suatu ketika dahulu.

Kisah kehidupan di Chachapoyas menjadi sesuatu yang agak misteri kerana lokasinya berada di kawasan yang sangat terpencil. Jaraknya sekitar 500 kilometer ke sebelah timur laut Lima. Apatah lagi kota kuno tersebut dibina di tanah tinggi yang berada pada kedudukan 3000 meter dari paras laut.
Pada paras ketinggian tersebut, ahli arkeologi juga telah berjaya menemui benteng-benteng yang diperbuat daripada batu, bangunan-bangunan yang terletak di tepi jurang serta sisa-sisa tembok yang terpahat lukisan-lukisan asal masyarakat ini. Pemilihan lokasi serta binaan kota di cerun-cerun bukit menunjukkan bangsa Chachapoyas membina sebuah negeri yang memaksimumkan sistem pertahanan.

Selepas peperangan tersebut berakhir, suku Chachapoyas telah dipaksa mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh suku Inca. Ketika inilah berlaku sedikit pemberontakan kecil puak Chachapoyas yang tidak berpuas hati terhadap pucuk pimpinan mereka.
Sehinggalah pada tahun 1535, iaitu ketika kedatangan Sepanyol, sisa-sisa suku Chachapoyas mula berpihak kepada Sepanyol untuk berperang melawan puak Inca. Bagaimanapun, kedatangan Sepanyol telah membawa sejenis penyakit iaitu cacar, yang telah melenyapkan populasi mereka secara keseluruhannya.

Setakat ini, apa yang paling mengagumkan tentang ‘masyarakat awan’ ini ialah peninggalan konstruksi Kuelap, iaitu benteng monumental yang berada pada ketinggian 3000 meter dari paras laut. Di Kuelap, terdapat sekitar 400 gedung yang menempatkan 3,500 mayat daripada suku mereka.
Jika dibandingkan dengan bangunan terkenal milik bangsa Inca iaitu Manchu Picchu, kompleks Kuelap ini mempunyai keluasan yang lebih besar dan tersusun. Ia menunjukkan bahawa pada 1000 tahun dahulu, bangsa Chachapoyas telah mampu membuat sesuatu yang luar biasa dan membina sebuah negeri di suatu lokasi yang sukar dijangka.
Sebagaimana misterinya rimba Amazon, begitulah misterinya Chachapoyas.
Comments
Post a Comment