Raksasa LOCH di tasik Nessie

Gambar yang didakwa raksasa yang berjaya dirakam
pada tahun 1933 oleh Spicer

Pada 23 Julai 1933, Spicer dan isterinya melalui jalan raya yang baru dibina berhampiran tasik Nessie, Scotland. Mereka terkejut apabila terserempak dengan seekor makhluk yang sangat besar melintas di hadapan mereka. Makhluk itu berleher panjang dan bergerak ke arah tasik sebelum hilang di sebalik hutan yang tebal.

Cerita penemuan pasangan ini akhirnya mengemparkan seluruh penduduk di Scotland. Justeru, seorang pemilik sebuah sarkas, Bertram Mills yang berminat dengan berita itu telah menawarkan hadiah sebanyak £20,000 paun sterling kepada sesiapa yang berjaya menangkap makhluk itu.

Sejak itu, ramai yang mendakwa melihat makhluk tersebut. Salah seorangnya adalah Grant. Dia mendakwa hampir terlanggar dengan makhluk berkenaan ketika menunggang motosikal pada pukul 1 pagi, 5 Januari, 1934.

Gambar sekadar hiasan
Selain itu, ada juga pihak yang mendakwa berjaya merakamkan gambar makhluk itu. Antara gambar terawal ialah milik seorang pekerja syarikat aluminium British, Hugh Gray. Gambar yang diambil menunjukkan makhluk sepanjang 10 meter itu sedang berada di permukaan tasik.

Justeru, beberapa penyelidik tampil dan mengemukakan teori bahawa makhluk tersebut merupakan sejenis spesies dari dinosaur yang masih wujud sehingga kini.

Dakwa penyelidik, dinosaur ini merupakan spesies Plesiosaurus yang mempunyai leher panjang.  Ia adalah reptilia pemakan daging daripada keluarga karnivor. Habitatnya ialah dasar lautan dalam dan dipercayai hidup antara 200 juta hingga 65 juta tahun dahulu. Berkemungkinan ketika zaman Jurassic dan Creataceous populasinya cukup banyak.

Bagaimanapun, teori itu telah menimbulkan pelbagai andaian. Persoalannya, bagaimanakah dinosaur yang sudah pupus jutaan tahun dahulu boleh muncul pada zaman moden? Jika ia benar-benar wujud, bagaimana ia terselamat daripada malapetaka yang melenyapkan zaman dinosaur?

Ketika era perang dunia kedua, misteri raksasa di Tasik Nessie kurang diberi tumpuan. Ketika itu, tasik tersebut dikawal ketat oleh tentera laut British.

Bagaimanapun, pada bulan Mei 1943, seorang tentera pemerhati, CB Farrel yang sedang bertugas memerhati kehadiran musuh di tasik berkenaan mendakwa, telah melihat satu pergerakan yang aneh kira-kira 240 meter di tempatnya berkawal.

Katanya, dia melihat perkara yang sama dilihat oleh Grant iaitu seekor makhluk aneh sepanjang 10 meter panjang berleher tinggi dua meter yang kelihatan di permukaan tasik.

Kemudian, selepas daripada peristiwa tersebut, beberapa penyelidik dari stesen televisyen BBC datang semula ke situ untuk melakukan kajian dengan lebih teliti bagi mencari bukti sebenar mengenai kewujudan raksasa tersebut. Mereka menggunakan teknologi Navigasi satelit. Sejenis isyarat sonar telah dipancarkan ke setiap penjuru tasik. Namun, tiada sebarang respons mengenai sebarang objek hidup yang dikesan.

Kumpulan penyelidik tersebut tidak berpuas hati lalu meningkatkan tahap sinaran sonar mereka ke tahap mengesan udara yang dikeluarkan oleh setiap hidupan di tasik ini. Beberapa minit kemudian, terdapat satu gelembung udara besar kelihatan di bawah permukaan air. Malangnya mereka tidak berjaya mengesan kedudukan sebenar gelombang itu.

Akhirnya, mereka membuat keputusan bahawa dakwaan mengenai kemunculan raksasa di tasik Nessie itu sebenarnya tidak benar dan khayalan semata-mata.

Anehnya, seorang penduduk di kawasan berhampiran tasik itu, Gerald McSorley, 67, telah menemui fosil yang menyerupai empat tulang belakang yang lengkap dengan saraf dan urat nadi berhampiran tasik itu. Dipercayai, fosil itu mungkin berusia 150 juta tahun.

Kata Gerald, dia percaya, ia milik raksasa tasik Nessie. Jadi kewujudan raksasa itu jelas dan tidak perlu dipertikaikan lagi.

Namun sehingga kini, belum ada sebarang rekod yang menjadi bukti tentang fosil berkenaan. Jika di ambil kira penemuan ini, pastinya, raksasa ini bukanlah satu khayalan seperti yang disimpulkan oleh pengkaji dari stesen televisyen itu sebelum ini.

Persoalannya, kenapa gambar yang direkodkan itu tidak boleh di ambil kira sebagai bukti kemunculan raksasa ini? Apakah gambar yang di ambil itu menggunakan teknik implan? Semua ini terus menjadi misteri hingga sekarang.

Gambar sekadar hiasan
Fakta ringkas Tasik Nesse

  • Mempunyai keluasan 56.4 kilometer persegi
  • Kedalaman tasik maksima 230 meter
  • Pada tahun 1960, Sekumpulan pengkaji telah berjaya merakamkan gelombang air kesan pergerakannya tetapi bukti itu tidak didedahkan kepada umum.
  • Raksasa ini diberi nama Loch dan dipercayai mendiami tasik Nesee sejak ratusan juta tahun dulu.







Comments

Popular posts from this blog

Pengawal Rumah Melayu Lama

Laluan rahsia Genting Bidai

Air yang menyembuhkan penyakit