Rahsia Berjalan Atas Api

Di antara empat elemen itu, kuasa api sangat mendalam hingga ia dijadikan simbolik dalam sesebuah kebudayaan masyarakat di dunia. Ia juga cukup berkuasa malah digunakan sebagai alat medium menyembuhkan penyakit, menguji ketentuan nasib seseorang serta menentukan kebenaran.
Di benua Asia, api memang satu punca kuasa yang agung. Kepentingannya sebagai alat spiritual telah lama dipercayai mengandungi kuasa-kuasa magis. Malah ia juga turut dikaitkan dengan kuasa paranormal yang ghaib.
Masyarakat Asia juga menggunakan api sebagai prosesi penyembuhan, upacara keagamaan, cara mendapatkan restu dan sebagainya. Ada di antaranya memerlukan seseorang itu berjalan atas api.

Bagi masyarakat Melayu, berjalan atas api berkait rapat dengan seni persilatan. Pesilat berjalan atas api sebagai syarat untuk menamatkan sesuatu peringkat persilatan. Ia berupa satu tahap untuk memperkuatkan tenaga dalaman dengan tenaga fizikal.

Menurut Profesor Fizik dari Universiti Pittsburgh, David Willey, perbuatan berjalan atas api tidak pernah ada kaitan dengan kuasa-kuasa ghaib. Ia bukanlah satu magis yang menunjukkan seseorang itu kebal. Malah tidak wujud langsung sebarang unsur supernature yang dapat memberikan kuasa paranormal pada seseorang yang melakukannya.
Semua ini sebenarnya berkait rapat dengan cabang sains yang dipanggil termodinamik. Persoalannya, jika tiada sebarang unsur super, bagaimana pula seseorang yang berjalan atas api tidak melecur. Tidakkah suhu api itu mampu mencecah tahap menghancurkan sel-sel tubuh?

Sebenarnya, bahan bakar seperti kayu merupakan penebat yang tidak mengalirkan haba. Jadi penyebaran haba berlaku dalam keadaan yang sangat lemah. Malah perpindahan haba ini tidak berlaku dengan cepat. Ini menyebabkan haba terperangkap di dalam bara. Haba yang terperangkap ini sebenarnya disejukkan oleh abu kayu. Jadi suhunya kekal statik hinggalah tiba masa ia dipijak.

Sewaktu kaki diangkat untuk melangkah, haba telah dipindahkan ke udara lalu tapak kaki disejukkan oleh udara lembap. Inilah sebenarnya rahsia kebolehan berjalan atas api.
Bagaimanapun, jelas Willey, dia juga melengkapkan dirinya dengan kekuatan mental dan mencari masa yang sesuai untuk memulakan langkah. Dua persediaan ini penting untuk mengelakkan sebarang kemalangan. Ini kerana kemalangan boleh berlaku jika kita mula mengelabah.
Nota Penolong Penulis:

Comments
Post a Comment