Tentera Cambyses yang ghaib
Pewaris Cyrus the Great, Cambyses II, adalah maharaja Parsi yang pernah menempa kejayaan selepas menewaskan firaun Mesir, Psammetichus III, pada 525 SM. Malangnya, kisah kejayaan pemerintah itu tidak ramai yang mengetahuinya. Yang lebih diketahui umum sebaliknya adalah kisah kehilangan 50,000 orang tenteranya dalam suatu kejadian yang cukup misteri.
Sumber utama kisah mengenai tentera Cambyses yang hilang telah direkodkan oleh seorang ahli sejarah Greek, Herodotus, yang dipercayai pernah mengembara ke Mesir selepas 75 tahun pencerobohan Parsi ke atas wilayah itu.
Dalam sebuah yang bertajuk 'Book III: Herodotus Histories', satu angkatan tentera Cambyses telah diarah menyerang penduduk Ammon di Siswa dan membakar sebuah tempat suci. Selepas mendapat arahan, angkatan tentera tersebut telah memulakan perjalanan menuju ke Ammon melalui sebuah lokasi yang digelar 'The Isles of the Blest'-sebuah kawasan padang pasir yang terletak di Kharga, Mesir.
Malangnya, ketika angkatan berkenaan melalui lokasi tersebut, kesemua mereka lenyap tanpa meninggalkan sebarang jejak.
Persoalannya, ke manakah angkatan tentera Cambyses menghilang? Apakah punca sebenar yang dihadapi oleh mereka? Mengikut catatan yang direkodkan Herodotus, terdapat saksi yang melihat kejadian tersebut iaitu penduduk Ammon sendiri. Dakwa mereka, kesemua angkatan tentera Cambyses telah dilanda ribut pasir yang kencang sebelum lenyap secara tiba-tiba.
Bagaimanapun, catatan yang direkodkan oleh Herodotus telah menimbulkan kesangsian di kalangan penyelidik pada hari ini. Malah, kisah mengenai kehilangan tentera Cambyses yang diceritakan oleh ahli sejarah Greek itu dianggap sebagai sebuah cerita rekaan bagi menampakkan Cambyses seorang yang bodoh!
Angelo dan Alfredo |
Ekoran itu, pelbagai persoalan yang diajukan. Antaranya, mengapakah maharaja Parsi itu mahu membazirkan masa melancarkan serangan ke atas wilayah Siwa? Apakah tujuan sebenar Cambyses mengarahkan satu angkatan besar untuk menakluk sebuah kawasan yang kecil? Dan, mengapakah maharaja Parsi tersebut mengarahkan tenteranya melalui kawasan yang berbahaya? Misteri kehilangan angkatan tentera Cambyses menarik minat para penyelidik untuk terus mengkajinya.
Pada 17 Februari 1977, satu laporan bertajuk ‘Lost Army Found’ yang ditulis oleh seorang wartawan, Marcus K.Smith, cuba membongkar misteri kehilangan angkatan tentera tersebut. Mengikut laporan itu, sekumpulan ahli arkeologi Mesir berjaya menjumpai beribu-ribu bukti seperti tulang manusia, pedang, dan tombak buatan Parsi. Bukti-bukti tersebut dipercayai milik angkatan tentera Cambyses yang telah dijumpai di kaki gunung Abu Balas. Malangnya, laporan tersebut telah dianggap palsu.
Kemudian, pada bulan September 1983 hingga Februari 1984, satu ekspedisi menjejaki angkatan tentera Cambyses telah dilakukan. Ekspedisi tersebut merupakan satu penyelidikan yang dibiayai oleh Havard University ,The National Geographic Society, Egyptian Geological Survey and Mining Authority dan Insititut Kajian Ligabue.
Seramai 23 orang termasuk 20 ahli geologi Mesir dan pekerjanya, seorang jurugambar National Geographic dan dua orang pembikin filem dokumentari dari Havard Film Studies terlibat dalam usaha menjejaki kehilangan angkatan tentera Cambyses itu. Sepanjang tempoh enam bulan penyelidikan, kumpulan tersebut telah menemui 500 buah tapak perkuburan masyarakat yang beragama Zoroastrian di sepanjang sempadan negara Mesir dan Libya.
Bagi mengesahkan penemuan tersebut, kumpulan penyelidik berkenaan telah melakukan beberapa siri ujian radiokarbon ke atas tapak perkuburan itu. Malangnya, hasil ujian yang dilakukan tidak mempunyai kaitan dengan kehilangan angkatan tentera Cambyses.
Selepas itu, pada tahun 2000, terdapat pula satu laporan mengenai sekumpulan ahli geologi dari Helwan University, telah menemui beberapa bukti di kawasan padang pasir El Bahrein, Mesir. Antara bukti yang dijumpai adalah mata anak panah dan tulang-tulang manusia.
Susulan itu, pada tahun 2005, satu lagi ekspedisi penyelidikan menjejaki angkatan tentera Cambyses dilakukan. Kali ini oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Toledo, Amerika Syarikat bersama Persatuan British dan Mesir yang melakukan kajian di padang pasir El Bahrein. Seperti penyelidikan yang dilakukan sebelum ini, kumpulan penyelidik tersebut turut menemui beberapa serpihan tulang-tulang manusia.
Bagaimanapun, pada bulan November 2009, dua ahli arkeologi Itali, Angelo dan Alfredo Castigliono mengumumkan satu penemuan bersejarah, sekaligus membongkar misteri kehilangan 50,000 angkatan tentera Cambyses. Dua orang ahli arkeologi itu mendakwa telah menemui beberapa bukti seperti tulang dan peralatan senjata milik tentera Cambyses di lokasi ‘The Isles of the Blest’.
Angelo dan Alfredo menganggap penemuan mereka adalah bukti arkeologi yang pertama mempunyai kaitan dengan catatan yang dilaporkan oleh Herodotus. Sungguhpun begitu, dua orang penyelidik Itali ini tidak membentangkan bukti penemuan mereka melalui jurnal sains. Sebaliknya, mereka berdua mendokumentasikan bukti misteri kehilangan angkatan tentera Cambyses melalui filem.
Zahi Hawass |
Justeru, penemuan yang dijumpai oleh mereka berdua telah menimbulkan keraguan oleh Majlis Tertinggi Barangan Antik Mesir (SCA). Setiausaha Agungnya, Zahi Hawass menyatakan dalam satu sidang media bahawa penemuan kedua-dua ahli arkeologi Itali itu adalah mengelirukan. Malah, Zahi turut memberitahu, Angelo dan Alfredo tidak mendapat kebenaran daripada SCA untuk melakukan ekskavasi di Mesir. Oleh itu, sebarang dakwaan mereka berdua mengenai bukti kehilangan tentera Cambyses, adalah tidak benar.
Misi menjejaki tentera Cambyses yang hilang masih lagi diteruskan. Sama ada kisahnya benar atau tidak, ia adalah antara kisah yang masih kekal misteri hingga ke hari ini.
Pewaris Cyrus the Great, Cambyses II, adalah maharaja Parsi yang pernah menempa kejayaan selepas menewaskan firaun Mesir, Psammetichus III, pada 525 SM. Malangnya, kisah kejayaan pemerintah itu tidak ramai yang mengetahuinya. Yang lebih diketahui umum sebaliknya adalah kisah kehilangan 50,000 orang tenteranya dalam suatu kejadian yang cukup misteri.
Sumber utama kisah mengenai tentera Cambyses yang hilang telah direkodkan oleh seorang ahli sejarah Greek, Herodotus, yang dipercayai pernah mengembara ke Mesir selepas 75 tahun pencerobohan Parsi ke atas wilayah itu.
Dalam sebuah buku yang bertajuk ‘Book III: Herodotus Histories’, satu angkatan tentera Cambyses telah diarah menyerang penduduk Ammon di Siwa dan membakar sebuah tempat suci. Selepas mendapat arahan, angkatan tentera tersebut telah memulakan perjalanan menuju ke Ammon melalui sebuah lokasi yang digelar ‘The Isles of the Blest’- sebuah kawasan padang pasir yang terletak di Kharga, Mesir. Bagaimanapun, ketika angkatan tentera berkenaan melalui lokasi tersebut, kesemua mereka dilaporkan ghaib tanpa meninggalkan sebarang jejak.
Persoalannya, ke manakah angkatan tentera Cambyses menghilang? Apakah punca sebenar yang dihadapi oleh mereka? Mengikut catatan yang direkodkan Herodotus, terdapat saksi yang melihat kejadian tersebut iaitu penduduk Ammon sendiri. Dakwa mereka, kesemua angkatan tentera Cambyses telah dilanda ribut pasir yang kencang sebelum lenyap secara tiba-tiba.
Bagaimanapun, catatan yang direkodkan oleh Herodotus telah menimbulkan kesangsian di kalangan penyelidik pada hari ini. Malah, kisah mengenai kehilangan tentera Cambyses yang diceritakan oleh ahli sejarah Greek itu dianggap sebagai sebuah cerita rekaan bagi menampakkan Cambyses seorang yang bodoh!
Ekoran itu, pelbagai persoalan yang diajukan. Antaranya, mengapakah maharaja Parsi itu mahu membazirkan masa melancarkan serangan ke atas wilayah Siwa? Apakah tujuan sebenar Cambyses mengarahkan satu angkatan besar untuk menakluk sebuah kawasan yang kecil? Dan, mengapakah maharaja Parsi tersebut mengarahkan tenteranya melalui kawasan yang berbahaya? Misteri kehilangan angkatan tentera Cambyses menarik minat para penyelidik untuk terus mengkajinya.
Pada 17 Februari 1977, satu laporan bertajuk ‘Lost Army Found’ yang ditulis oleh seorang wartawan, Marcus K.Smith, cuba membongkar misteri kehilangan angkatan tentera tersebut. Mengikut laporan itu, sekumpulan ahli arkeologi Mesir berjaya menjumpai beribu-ribu bukti seperti tulang manusia, pedang, dan tombak buatan Parsi. Bukti-bukti tersebut dipercayai milik angkatan tentera Cambyses yang telah dijumpai di kaki gunung Abu Balas. Malangnya, laporan tersebut telah dianggap palsu.
Kemudian, pada bulan September 1983 hingga Februari 1984, satu ekspedisi menjejaki angkatan tentera Cambyses telah dilakukan. Ekspedisi tersebut merupakan satu penyelidikan yang dibiayai oleh Havard University ,The National Geographic Society, Egyptian Geological Survey and Mining Authority dan Insititut Kajian Ligabue.
Seramai 23 orang termasuk 20 ahli geologi Mesir dan pekerjanya, seorang jurugambar National Geographic dan dua orang pembikin filem dokumentari dari Havard Film Studies terlibat dalam usaha menjejaki kehilangan angkatan tentera Cambyses itu. Sepanjang tempoh enam bulan penyelidikan, kumpulan tersebut telah menemui 500 buah tapak perkuburan masyarakat yang beragama Zoroastrian di sepanjang sempadan negara Mesir dan Libya.
Bagi mengesahkan penemuan tersebut, kumpulan penyelidik berkenaan telah melakukan beberapa siri ujian radiokarbon ke atas tapak perkuburan itu. Malangnya, hasil ujian yang dilakukan tidak mempunyai kaitan dengan kehilangan angkatan tentera Cambyses.
Selepas itu, pada tahun 2000, terdapat pula satu laporan mengenai sekumpulan ahli geologi dari Helwan University, telah menemui beberapa bukti di kawasan padang pasir El Bahrein, Mesir. Antara bukti yang dijumpai adalah mata anak panah dan tulang-tulang manusia.
Susulan itu, pada tahun 2005, satu lagi ekspedisi penyelidikan menjejaki angkatan tentera Cambyses dilakukan. Kali ini oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Toledo, Amerika Syarikat bersama Persatuan British dan Mesir yang melakukan kajian di padang pasir El Bahrein. Seperti penyelidikan yang dilakukan sebelum ini, kumpulan penyelidik tersebut turut menemui beberapa serpihan tulang-tulang manusia.
Bagaimanapun, pada bulan November 2009, dua ahli arkeologi Itali, Angelo dan Alfredo Castigliono mengumumkan satu penemuan bersejarah, sekaligus membongkar misteri kehilangan 50,000 angkatan tentera Cambyses. Dua orang ahli arkeologi itu mendakwa telah menemui beberapa bukti seperti tulang dan peralatan senjata milik tentera Cambyses di lokasi ‘The Isles of the Blest’.
Angelo dan Alfredo menganggap penemuan mereka adalah bukti arkeologi yang pertama mempunyai kaitan dengan catatan yang dilaporkan oleh Herodotus. Sungguhpun begitu, dua orang penyelidik Itali ini tidak membentangkan bukti penemuan mereka melalui jurnal sains. Sebaliknya, mereka berdua mendokumentasikan bukti misteri kehilangan angkatan tentera Cambyses melalui filem.
Justeru, penemuan yang dijumpai oleh mereka berdua telah menimbulkan keraguan oleh Majlis Tertinggi Barangan Antik Mesir (SCA). Setiausaha Agungnya Zahi Hawass menyatakan dalam satu sidang media bahawa penemuan kedua-dua ahli arkeologi Itali itu adalah mengelirukan. Malah, Zahi turut memberitahu, Angelo dan Alfredo tidak mendapat kebenaran daripada SCA untuk melakukan ekskavasi di Mesir. Oleh itu, sebarang dakwaan mereka berdua mengenai bukti kehilangan tentera Cambyses, adalah tidak benar.
Misi menjejaki tentera Cambyses yang hilang masih lagi diteruskan. Sama ada kisahnya benar atau tidak, ia adalah antara kisah yang masih kekal misteri hingga ke hari ini.
Comments
Post a Comment