Makam emas Scythians
Sebanyak
tujuh buah makam purba dipercayai milik pahlawan dari bangsa kuno, Scythian,
telah dijumpai. Penemuan ini ditemui di sebuah bukit yang terletak di wilayah
timur Karaganda,
hasil
ekskavasi oleh sekumpulan penyelidik arkeologi dari Kazakhstan.
Walaupun
kebanyakan artifak ini ditemui dalam rupa bentuk yang tidak begitu sempurna, ia
amat penting kepada kajian arkeologi zaman pra sejarah, khususnya perkembangan
kebudayaan Scythian. Ini kerana, kajian terhadap makam tersebut secara tidak
langsung dapat menyelesaikan beberapa persoalan tentang kewujudan bangsa itu.
Antara
persoalan yang sering menjadi polemik ialah apakah yang menyebabkan bangsa Scythian lenyap? Kedua,
susur galur masyarakatnya dan di manakah lokasi bangsa ini wujud?
Menjawab
persoalan-persoalan itu, ketua kumpulan penyelidik tersebut, Arman Beysenov
menjelaskan, bangsa Scythian merupakan sebuah komuniti nomad yang dipercayai
wujud sekitar abad ke-8 Sebelum Masihi
(SM). Difahamkan, bangsa ini berasal dari
bahagian Asia tengah dan meluaskan peradaban mereka sehingga ke benua
Eropah iaitu negara Ukraine dan selatan Rusia.
Jelas
Beysenov, bangsa Scythian merupakan sebuah komuniti yang mahir dalam
pertukangan emas. Buktinya, beberapa penemuan artifak topi, patung berbentuk
binatang, bekas pelita, sarung pedang dan baju perisai. Selain itu, turut
dijumpai ratusan manik-manik yang diperbuat sepenuhnya menggunakan emas.

Dalam
hierarki bangsa Scynthian, para pahlawan ini merupakan golongan atasan
yang sangat dihormati. Ketika upacara
pemakaman, mayat pahlawan-pahlawan ini
dihiasi emas yang melambangkan
kedudukan tinggi mereka di kalangan masyarakat. Mereka juga cukup terkenal
sebagai pejuang yang diberi jolokan nama ‘The Sun Lord’.
Penemuan
arkeologi ini hampir serupa dengan sebuah artifak yang digelar sebagai ‘The
Golden Man’ di wilayah Almaty, Kazakhstan pada tahun 1969. Ia merupakan
sepasang pakaian disaluti 4,000 manik-manik emas yang dipercayai milik seorang
putera Scythian sekitar abad ke-4 hingga ke-5 Sebelum Masihi.
Artifak ini
merupakan simbol bagi masyarakat di Kazakhstan. Selain pakaian, ia turut
dijumpai bersama sebuah topi emas berbentuk tirus. Kini, artifak tersebut
disimpan rapi dan dipamerkan di dalam sebuah muzium emas di Almaty.
Sehingga
hari ini, para ahli arkeologi Kazakhstan masih belum menemui bukti yang menjadi
penyebab kehilangan bangsa ini. Pun begitu, kerja-kerja penggalian masih giat
dilakukan untuk mendapatkan lebih informasi mengenai bangsa ini.
Selain
mahir dalam kerja-kerja pertukangan emas, bangsa Scynthian turut dikenali
sebagai masyarakat yang cekap menunggang kuda.
Comments
Post a Comment