Creepy Doll Island
![]() |
Menyeramkan!!!! |
Kebiasaannya, kita menganggap pulau sebagai sebuah destinasi pelancongan yang menarik. Namun, pandangan ini berbeza dengan sebuah pulau yang diberi jolokan nama ‘La Isla de la Munecas’ atau dikenali sebagai Pulau Anak Patung di selatan Mexico. Ia satu tempat yang cukup menakutkan!
Menurut penduduk di selatan Mexico, pulau tersebut terkenal sebagai sebuah kawasan yang sunyi dan tidak berpenghuni. Lebih menyeramkan, ia dipenuhi dengan ribuan anak patung yang menakutkan tergantung di sekitar pokok-pokok, ampaian, dan juga dinding pondok.
![]() |
Adakah anda berani tinggal di pulau ini seorang diri? |
Tidak lama selepas itu, Santana mengalami tekanan perasaan sehingga menjadi kurang siuman. Akibatnya, dia telah ditinggalkan berseorangan di pulau tersebut oleh ahli keluarganya yang menyangka lelaki itu menghadapi penyakit mental.
Akibat sering diganggu ‘kanak-kanak’ tersebut, Santana mengambil keputusan untuk menggantungkan anak patung di pulaunya. Dia percaya, sekiranya perbuatan itu dilakukan, ia akan mengurangkan gangguan. Sejak itu, setiap hari Santana akan menaiki bot menuju ke bandar berdekatan untuk mengutip anak-anak patung terbuang dari tong sampah untuk digantung.
Ada sesetengah penduduk mendakwa, Santana sering dilihat memancing boneka dari terusan berhampiran kerana menyangka ia adalah ‘kanak-kanak’ itu. Namun kenyataannya, lelaki tersebut mengumpul boneka itu dan meletakkannya di sekitar kawasan rumah bagi mengelakkan gangguan seperti yang didakwanya.
Bagaimanapun, pada tahun 2001 Santana ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan. Mayat lelaki itu dijumpai dengan kesan kelar di bahagian leher. Seluruh badannya seolah-olah dihiris dengan suatu objek yang tajam. Persoalannya, siapakah yang membunuh Santana? Mengapakah lelaki tersebut dibunuh?
Dakwa penduduk berhampiran pulau tersebut, Santana mati akibat dimarahi ‘kanak-kanak’ tersebut berikutan tindakannya tidak lagi mengantungkan anak-anak patung di sekitar pulau berkenaan.
![]() |
Ramai pengunjung yang datang ke pulau ini mendakwa mendengar hembusan nafas ketika menghampiri anak-anak patung ini |
Setelah kematian Don Santana yang aneh dan mengerikan itu, pulau La Isla de la Munecas terus menjadi tumpuan orang ramai dan lama-kelamaan ia menjadi salah satu tumpuan pelancongan utama di Selatan Mexico.
Ramai pengunjung yang datang ke situ berpendapat, pulau berkenaan berpuaka setelah mengalami perasaan aneh seperti terdengar hembusan nafas ketika menghampiri anak-anak patung di sekitar pulau itu. Ada juga yang mengatakan mereka mendengar tangisan kanak-kanak seperti sedang menderita kesakitan.
Selain Pulau Anak Patung, terdapat beberapa lagi pulau yang menyeramkan di dunia. Antaranya, Pulau Fiji yang terkenal dengan kisah sebuah masyarakat pemakan manusia atau dikenali kanibal. Pulau ini terletak di bahagian selatan Laut Pasifik.
Begitu juga dengan Pulau Ramree di Jepun. Ia cukup terkenal sebagai lokasi yang boleh membawa maut. Pulau ini tidak berpenghuni dan sesiapa yang memasukinya berisiko untuk mati. Ini kerana, di pulau ini terdapat nyamuk tiruk boleh menyebabkan Malaria dan juga kala jengking yang berbisa. Selain itu, ada beberapa lagi spesies serangga yang dipercayai mempunyai bisa dan mampu membunuh manusia.
Comments
Post a Comment