Bunyinya seakan aneh dan mampu menimbulkan rasa mual kepada individu yang ingin mencuba makanan pelik ini. Bagaimanakah rasanya memakan tanah liat yang dipanggang?
Bagi masyarakat Tuban di Jawa Timur, Indonesia, tradisi memakan tanah liat panggang ini ibarat sama seperti sedang memakan gula-gula berperisa coklat. Malah, makanan yang dijadikan snek ini juga mudah didapati di kedai-kedai kecil dengan harga Rp. 20 ribu.
Makanan daripada tanah liat ini merupakan makanan tradisional masyarakat Tuban yang didakwa dapat membantu menguatkan sistem pencernaan mereka. Dikenali sebagai Ampo, mereka juga percaya makanan ini dapat mengubati penyakit-penyakit lain
Menurut salah seorang penjual Ampo, Rasima, dia tidak mempunyai sebarang resipi istimewa untuk memasak tanah tersebut. Melainkan dia hanya mencari tanah yang bersih dan tidak berbatu. Kemudian, tanah itu ditumbuk dan dipadatkan sehingga berbentuk segi empat.
Apa yang menariknya, tanah tersebut akan digulung menjadi stik (batang), kemudian dibakar dan diasapkan selama hampir satu jam untuk memastikan tanah tersebut kering dan keras. Selepas itu, ia siap sedia dimakan seperti makanan ringan yang lain.
Kaum Tuban merupakan satu-satunya masyarakat dunia yang memakan tanah. Walaupun di dunia ini terdapat lagi pelbagai budaya yang aneh dan pelik, tetapi tidak ada yang memakan tanah panggang. Walaupun begitu sanggupkah anda makan makanan berasaskan tanah ini, dan bagaimana pula rasanya?
Comments
Post a Comment