Budaya pelik meraikan kedewasaan

Suku Sambia di Papua New Guinea, misalnya, mempunyai upacara kedewasaan yang cukup brutal dan mengerikan. Sebagai permulaan ritual, kanak-kanak lelaki yang berusia tujuh tahun akan dipisahkan daripada ibu dan ahli keluarga perempuan. Mereka kemudian ditempatkan di sebuah pondok khas yang kesemuanya adalah budak lelaki. Di situ, mereka perlu menjalani beberapa ritual yang sangat berbahaya.

Suku Sambia percaya bahawasanya lelaki dan perempuan yang dilahirkan memiliki ‘tingu’. Tingu bermaksud bahagian organ yang membolehkan seseorang mendapat zuriat. Tingu di kalangan wanita bermula saat pertama kali keluar haid. Manakala, ‘tingu’ lelaki pula dipercayai berkeadaan kosong, layu dan kering sejak mereka lahir.

Itu ritual yang diamalkan oleh suku Sambia. Keadaan ini berbeza dengan suku Satere-Mawe yang menghuni kawasan pedalaman hutan Amazon. Untuk menjadi lelaki dewasa, pemuda suku Satere-Mawe disyaratkan memasukkan tangan ke dalam sarung tangan tenunan yang berisi semut peluru (bullet ant). Mereka harus berkeadaan begitu selama 10 minit sehingga terkena sengatan tanpa dibolehkan mengeluarkan suara atau menjerit.

Sementara itu, di Autralia pula lain ceritanya. Lelaki suku Mardudjara Aborigin yang meningkat dewasa, berusia antara 15 hingga 16 tahun diwajibkan bersunat. Bagaimanapun, ritual berkhatan bagi suku ini agak berbeza daripada kebiasaan yang dilakukan oleh masyarakat dunia. Upacara lazimnya akan dimulakan dengan mengarahkan anak lelaki berbaring di sebelah unggun api. Setelah berbaring, sekumpulan lelaki dewasa mengelilingi kanak-kanak itu sambil bernyanyi dan menari.

Selain Suku Mardudjara, amalan bersunat juga dilakukan oleh suku Maasai Warrior di Kenya dan Tanzania. Setiap kanak-kanak lelaki berumur antara 10 hingga 15 tahun akan dibawa tidur ke dalam hutan untuk dilatih sebagai perajurit baru. Sekembali mereka dari hutan, setiap dari anak lelaki tadi perlu meminum susu yang dicampur dengan darah lembu. Setelah itu, barulah upacara bersunat dilakukan. Selesai berkhatan, semua suku Maasai akan menganggap pemuda berkenaan seorang lelaki dewasa, pahlawan dan pelindung desa.

Lazimnya, setiap musim menuai sekitar bulan April hingga Mei, anak-anak muda yang menginjak dewasa dikehendaki memanjat menara yang dibina daripada tiang-tiang kayu setinggi lebih 30 meter. Tiba di atas menara, kedua-dua kaki mereka akan diikat dengan seutas tali panjang. Itu tandanya mereka sudah bersedia untuk terjun ke bawah dengan kelajuan lebih kurang 72 kilometer sejam. Dalam upacara ini, kepala harus menyentuh tanah. Jika tersalah langkah, nyawa akan melayang.

Sesudah itu, tubuh mereka digantung di udara dan paling menyeksakan mereka tidak dibolehkan berteriak mahupun menangis sehinggalah anak lelaki itu jatuh pengsan. Apabila ketua suku yakin kanak-kanak itu sudah tidak sedarkan diri, barulah ritual itu dihentikan dan cangkuk dilepaskan seterusnya dianggap telah berjaya melepasi pahit getir satu fasa kedewasaan.
Jika anda – kaum lelaki dari suku-suku yang dinyatakan tadi, amalan ekstrem ini mungkin adalah antara yang harus anda lalui. Hanya kerana untuk menjadi seorang lelaki dewasa. Namun jika tidak, anda harus berbangga kerana menjadi lelaki sejati dan matang meskipun tidak melalui fasa menyakitkan itu.
Comments
Post a Comment