Hormon cinta sang monyet


Istilah cinta monyet sering digunapakai untuk menggambarkan cinta remaja yang tidak serius. Namun, hakikat yang sebenarnya ialah monyet juga boleh dilamun cinta.
Perkara itu dibuktikan melalui satu kajian genetik yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Stanford, Amerika Syarikat, yang telah menemui sejenis hormon aneh pada satu spesies monyet. Hormon tersebut dikenali sebagai Oksitosin atau ‘hormon cinta’ – sejenis hormon pituitari yang merangsang uterus.
Menurut ketua kumpulan penyelidik itu, Karen Parker, hormon tersebut amat berpotensi untuk mengaktifkan sistem pembiakan dan perilaku sosial. Bagaimanapun, hormon ini bukan bererti monyet akan menjadi spesies haiwan monogami, tetapi lebih memupuk sifat kasih sayang antara satu sama lain, seperti hubungan ibu dan anak.
Jelasnya, oksitosin sebenarnya ditemui pada semua spesies mamalia, tetapi oksitosin yang ditemui pada spesies monyet ini berbeza sama sekali. Perbezaan itu berlaku kerana gen yang bertanggungjawab merangsang hormon berkenaan juga berbeza. Setakat ini, ia adalah kes pertama yang dijumpai.
Sebelum ini, sains menjelaskan bahawa semua mamalia mempunyai oksitosin yang sama. Bagaimanapun, penemuan itu membuktikan bahawa oksitosin yang terdapat di dalam satu spesies adalah berbeza dengan mamalia lain. Sehingga kini, Karen dan pasukan penyelidiknya masih terus melakukan kajian terhadap aktiviti oksitasin yang baru ditemui iitu untuk membandingkan kesan lain terhadap hidupan mamalia.

Comments

Popular posts from this blog

Pengawal Rumah Melayu Lama

Laluan rahsia Genting Bidai

Air yang menyembuhkan penyakit