OOPART Mendahului Masa
![]() |
OOPART adalah singkatan dari perkataan ‘Out of Place Artifact’ yang bermaksud artifak-artifak yang tidak sesuai dengan zamannya. Dalam erti kata lain, penemuan artifak-artifak ini telah mendahului zaman di mana perbandingan corak sosial dengan teknologi penghasilannya menyebabkan artifak itu dilihat datang daripada satu zaman yang tidak sepadan dengan waktu ia dijumpai.
Bagaimanapun, penemuan artifak seumpama ini banyak sekali dijumpai dan masih belum dapat dijelaskan sehingga hari ini. Ramai pengkaji mengakui, fenomena OOPART merupakan kejadian yang tidak diketahui puncanya. Ia juga merupakan istilah asing yang paling jarang digunakan dalam sesuatu penemuan.
OOPART adalah istilah yang diciptakan oleh seorang ahli Cryptozoologist Amerika Syarikat yang bernama Ivan T. Sanderson untuk merujuk kepada objek sejarah, arkeologi atau paleontologi yang ditemui tidak sesuai pada tempat dan zamannya. Jelas Sanderson, kewujudan artifak seumpama ini dilihat bertentangan dengan sejarah, waktu, dan teori kewujudan.

Seperti yang diketahui umum, bangsa Maya merupakan salah satu bangsa yang telah mengeluarkan satu ramalan mengenai kemusnahan bumi yang bakal berlaku pada tahun 2012. Ramalan ini berlandaskan kepada kiraan kalendar matahari dalam tamadun ini. Namun selepas penemuan Tengkorak Kristal, banyak ahli arkeologi merasakan, terlalu banyak rahsia dalam tamadun Maya yang mereka tidak ketahui.
Jika dilihat daripada aspek ketelitian dan reka bentuk tengkorak ini, ramai pengkaji mengandaikan, adalah sesuatu yang mustahil bangsa ini mampu menghasilkan artifak yang begitu sempurna seperti ini? Lebih-lebih lagi ia dihasilkan daripada batu permata Amesthyst. Persoalannya, sejauh manakah bangsa Maya pada waktu itu mampu membentuk batu keras ini menjadi artifak yang sama seperti tengkorak manusia, sedangkan manusia di zaman teknologi pun susah untuk mengukir batu permata ini?

Namun, kemunculan tulisan ini menjadi tanda tanya kerana pesawat yang pertama kali dicipta di bumi adalah berlaku pada abad ke-16. Pesawat ini dicipta oleh dua orang adik beradik, Orville dan Wilbur Wright.

Golongan ini berpendapat adalah tipu helah semata-mata dan ia tidak ada kena mengena dengan teknologi yang mendahului zaman. Walaupun begitu, istilah ini dilihat berlaku masih diaplikasikan untuk mencari bukti dan teori terhadap teknologi mendahului zaman pada peradaban silam.

Bagaimanapun, di antara keempat-empat zaman tersebut wujud satu zaman yang tidak ditonjolkan dan seolah-olah disorokkan dalam lipatan sejarah, iaitu zaman Megalitik atau zaman batu besar.

Begitu juga dengan struktur piramid yang dibina oleh masyarakat Mesir yang masih tidak dapat ditandingi oleh kebanyakan negara moden hari ini. Monumen ini dianggap sebagai binaan batu yang paling besar di dunia. Mengikut kajian arkeologi, struktur binaan kuno ini
dibina oleh 240,000 orang hamba abdi.
Difahamkan,pada musim banjir, 4,000 blok dibawa menyeberangi Sungai Nil, diheret di atas tanjak ke dataran Giza dan diletakkan di bahagian teras. Batuan ini kemudian diletakkan dengan cermat di tempat sepatutnya sehingga ruang di antara batu terlalu kecil untuk memuatkan sebarang objek, walaupun sehelai kertas.
Selain kecanggihan teknologi pembinaan kuno yang melangkaui zaman, masyarakat purba juga maju dalam ilmu sains. Masyarakat Mesir misalnya telah melakukan pembedahan otak sekitar tahun 3,000 SM. Ia dilakukan dengan menggunakan teknik-teknik yang sangat profesional seperti pemotongan kulit dan tengkorak yang begitu kemas sehingga pesakit mampu hidup lama selepas pembedahan.
Begitu juga dengan ilmu sains masyarakat Sumeria. Mengikut kajian arkeologi, masyarakat ini sudah memiliki sistem angka sendiri dan mencipta matematik berdasarkan nombor 60 sejak tahun 5,000 SM. Menariknya, sistem itu masih memainkan peranan penting sehingga ke hari ini. Antaranya, 60 minit dalam sejam, seminit ada 60 saat dan 360 darjah dalam satu bulatan penuh.
http://baca-blogspot.blogspot.com/2014/04/pembohongan-tentang-penemuan-tengkorak.html
ReplyDelete