MIsteri teknik menyelam kuno
Sekitar tahun 415 sebelum Masihi, aktiviti menyelam telah pun wujud. Ia dibuktikan satu penemuan arkeologi sebuah pelabuhan kuno Yunani di Sirakusa, Itali. Mengikut cerita mitos, orang-orang dahulu boleh menyelam sehingga berjam-jam lamanya tanpa memakai sebarang alat bantuan pernafasan.
Sebelum alat bantuan pernafasan dicipta, teknik selaman yang dipanggil ‘Free Diving’ menjadi amalan masyarakat dulu yang tinggal di persisiran pantai untuk menangkap ikan. Pun begitu, apakah teknik yang digunakan oleh masyarakat lalu, sedangkan pada masa itu alat pernafasan juga tidak wujud? Bagaimana penyelam-penyelam kuno ini boleh bertahan? Justeru, sehingga kini ia masih menjadi misteri dan tiada bukti saintifik dilakukan setakat ini.
Jusuh Ali |
Bagaimanapun, seorang warga emas yang lebih mesra dipanggil Ayah Cuh atau Jusuh Ali, 90, dari Besut, Terengganu mengakui memang benar orang-orang dahulu boleh menyelam dalam jangka masa yang lama, tetapi paling maksima hanyalah beberapa minit sahaja. Jika dikatakan wujudnya orang yang boleh menyelam sampai berjam-jam lamanya, ia mungkin tidak benar. Jelasnya, tidak mungkin seseorang manusia boleh melakukannya, kalau ada pun mungkin ada ‘sesuatu’ yang mendampinginya.
Berpengalaman bekerja sebagai pemasang kipas kapal di sebuah pelabuhan masa lalu, Ayah Cuh pernah menyelam paling lama pun sehingga 20 minit sahaja. Itulah catatan masa yang paling lama pernah dilakukannya. Ingin mengetahui rahsianya itu, dia menjelaskan, tiada rahsia dan amalan pun dilakukannya. Namun apa dibuatnya adalah, mengamalkan senaman sebelum menyelam.

Aspek pemakanan juga amat penting. Memilih makanan yang seimbang juga perlu bagi dirinya. Mana tidaknya, saiz dan berat kipas kapal itu memerlukan tenaga yang kuat untuk memasangnya. Jelasnya, semasa berada di dalam air, pergerakan otot-otot badan akan terbatas. Justeru, penekanan pada pemilihan makanan seperti protein dan zat besi membantunya lebih bertenaga sewaktu berada di dalam air.
![]() |
Lesly Goh |
Seorang pengajar berpengalaman dalam bidang selaman skuba, Lesly Goh, 49, daripada PADI, Global Scuba berkata, memang benar sebelum alat bantuan pernafasan direka, teknik selaman yang digunakan pada zaman dulu ialah Free Diving.
Namun begitu, teknik ini tidak mampu bagi seseorang penyelam bertahan lama di dalam air. Keadaan ini berlaku kerana tempoh masa bagi teknik ini hanya boleh bertahan selama beberapa minit sahaja. Justeru, sangat mustahil bagi seseorang penyelam itu menyelam pada jangka masa yang lama.
Ini kerana apabila seseorang berada di dalam air proses penyedutan gas oksigen tidak berlaku melainkan pembebasan gas karbon dioksida yang dikeluarkan melalui saluran pernafasan. Apabila oksigen sudah tiada, seseorang itu perlu naik ke permukaan air bagi menyedutnya semula.
Comments
Post a Comment