Petua manusia berusia 256 tahun

Pada 1930, seorang profesor daripada Universiti Chengdu, bernama Wu Chung Chieh telah menemui sebuah catatan kerajaan purba China yang mempunyai kaitan dengan Li Chung Yun. Ia adalah lembaran daripada maharaja China Dinasti Qing ketika itu, yang mengucapkan selamat ulang tahun kepada Li Chung Yun yang ke-150. Lembaran tersebut dikeluarkan pada tahun 1827. Ini bermakna Li Chung Yun dilahirkan pada 1677.
Selama hidupnya, Li Chung Yun dikenali sebagai seorang pengamal herba dan ahli kung-fu. Beliau pernah dilantik menjadi penasihat ketenteraan oleh kerajaan China. Li Chung Yun juga adalah pengembang ilmu Jiulong Baguazhang (sembilan naga dan diagram tapak tangan) serta Qigong (tenaga dalaman). Ketika dia meninggal dunia, ucapan takziah turut disiarkan oleh media-media antarabangsa termasuk The New York Times dan Times Magazine.
Comments
Post a Comment