Beruk Pun Bersekolah

Sewaktu penulis berkunjung ke kampung Bunut Sarang Burung, Wakaf Baru, Tumpat, Kelantan terdapat sebuah sekolah istimewa berbeza daripada sekolah yang ada di seluruh negara kita. Di sekolah ini, para pelajarnya dilatih memetik buah kelapa. Menakjubkan! mesti anda tertanya-tanya apakah keistimewaan yang ada pada sekolah tersebut.

Istimewanya adalah, semua para pelajarnya adalah di kalangan binatang yang dikenali sebagai Beruk. Tenaga pengajarnya, Roslan Hj. Abdullah, 45, berkata, sekolah yang ditubuhkan sejak tujuh tahun lalu menjadi tumpuan pemelihara beruk melatih haiwan kesayangan mereka itu.

Persoalannya, apakah istimewanya sekolah ini. Roslan menjelaskan, istimewanya sekolah ini ialah cara pengajaran yang lebih menitikberatkan komunikasi persefahaman antara pengajar dan pelajar. Buktinya, ramai pelajarnya menunjukkan prestasi yang cemerlang kepada tuan masing-masing selepas menamatkan pengajian. Memang janggal dan kelakar jika anda membacanya, tapi itulah keistimewaan yang dimiliki oleh sekolah tersebut.

Roslan menunjukkan salah seekor
beruknya teknik mengopek buah kelapa.
Kata Roslan, sebelum membuka sekolah ini, memang sukar baginya untuk melatih haiwan ini lebih-lebih lagi yang masih liar. Malah, pada mula pembukaan sekolah ini, dia langsung tiada pengalaman dalam bidang mengajar beruk. Namun, selepas setahun kemudian, dia menemui satu rahsia yang jarang dilakukan oleh tenaga pengajar yang lain. Rahsianya yang dimaksudkan ialah bentuk komunikasi kasih sayang di kalangan pelajarnya.

Bentuk komunikasi yang diajar dalam sekolah itu mengandungi tiga peringkat yang harus dilalui sebelum melahirkan seekor beruk yang cemerlang. Peringkat pertama, sewaktu pelajar-pelajar baru yang dihantar oleh tuannya mestilah dibelai dan cuba berbuat baik terlebih dahulu. Di samping, berbuat baik kita cuba berkomunikasi dengannya dengan bahasa gerak-geri ataupun dikenali bahasa badan untuk merapatkan hubungan. Kemudian, selepas dua atau tiga hari barulah kita mandikan haiwan ini.

Gambar sekadar hiasan
Selepas itu, kita teruskan peringkat kedua dengan memberi makan dan minum. Setiap hari, bagi seekor beruk, makanan berkhasiat perlu disediakan dua kali sehari bagi memastikan kesihatan haiwan ini terjamin.

Justeru, apabila peringkat pertama dan kedua berjaya, maka aplikasi peringkat ketiga di teruskan. Kata Roslan, jika peringkat pertama dan kedua kurang mantap, peringkat ketiga tidak boleh diteruskan.

Pada peringkat ini, tenaga pengajar perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi kerana pada tahap ini biasanya memakan masa dua atau tiga bulan. Bagaimanapun, sekiranya, baka pelajar yang sememang berasal dari baka bermutu, tidak mustahil akan mengambil masa sebulan sahaja.

Gambar sekadar hiasan
Pada peringkat ini, beruk akan melalui peringkat latihan memetik kelapa dengan cara yang betul dan pantas. Ini kerana, cara dan teknik yang diajar menggunakan tiga tenaga iaitu kedua belah tangan dan juga sebelah kaki. Untuk melatihnya, perkara utama yang perlu ada ialah memberi upah buah-buahan seperti pisang setiap kali haiwan ini berjaya memetik kelapa dengan cara yang betul.

Tambah Roslan, selepas ketiga-tiga peringkat ini habis dilalui, maka tamatlah pengajian haiwan itu dan kemudian akan dikembalikan pada tuannya. Ujarnya, ramai pembela haiwan ini berpuas hati dengan beruk mereka. 

Comments

Popular posts from this blog

Laluan rahsia Genting Bidai

Pengawal Rumah Melayu Lama

Air yang menyembuhkan penyakit