Hamil selepas sentuh Patung Kesuburan



Sekitar tahun 90-an, bandar  Orlando, Florida, Amerika Syarikat cukup terkenal dan menjadi bualan masyarakat di seluruh dunia. Ia berikutan sebuah kisah sepasang patung kayu yang didakwa telah menghamilkan 2000 orang wanita.

Mungkin bunyinya seperti sesuatu yang kelakar dan mengarut, tapi kisah ini benar-benar berlaku. Ia diakui sendiri oleh pemilik patung ini iaitu sebuah syarikat penerbitan terkenal Amerika Syarikat, Ripley’s Entertaiment yang berpusat di bandar tersebut.

Pada tahun pertama patung dipamerkan, syarikat tersebut mendakwa satu keadaan luar biasa telah berlaku. Ia bagaikan seperti satu situasi yang dirancang apabila 13 orang pekerja termasuk beberapa pengunjung disahkan hamil selepas menyentuh patung terbabit. Ada di antara berasa terkejut dan tidak menyangka mengandung dalam waktu yang singkat walaupun telah mengambil pil perancang.

Seorang wanita yang pernah menyentuh patung tersebut yang merupakan salah seorang pekerja di syarikat itu, Kimberly Martin mendakwa, sangat terkejut selepas mendapat  tahu dirinya disahkan hamil. Ujar wanita terbabit, menganggap kejadian seumpama itu adalah satu perkara aneh pernah terjadi seumur hidupnya. Mustahil bagi wanita sepertinya yang mengambil pil perancang mampu mengandung dalam tempoh masa yang cepat.

Sementara itu, seorang petugas wanita sebuah syarikat kiriman ekspres, Airborne Express, turut dilaporkan hamil. Wanita tersebut yang dirahsiakan identitinya itu mendakwa, sewaktu melakukan rutin hariannya dia kerap kali menyentuh patung berkenaan untuk dipindahkan ke tempat-tempat pameran mengikut jadual yang ditetapkan.  

Kisah mengenai kemampuan patung tersebut yang mampu menghamilkan wanita mula tersebar. Ia mendapat liputan meluas daripada media di seluruh dunia. Antaranya, pernah ditayangkan di beberapa buah stesen televisyen tempatan dan luar negara seperti Cable News Network (CNNN), Good Morning America!, Unsolved Mysteries, Primer Impacto di Sepanyol dan lain-lain lagi.

Ekoran itu, satu fenomena di luar jangkaan telah berlaku. Ia telah menarik perhatian sejumlah besar kaum wanita tempatan mahupun dari luar negara. Kebanyakkan daripada mereka disahkan mandul dan terdesak untuk menimang cahaya mata. Mereka mengirim pelbagai objek termasuk gambar tangan dan pakaian untuk digosokkan pada patung tersebut, sekali gus berharap akan dapat memperoleh cahaya mata.

Difahamkan, patung kayu itu diambil dari sebuah negara benua Afrika iaitu Ivory Coast. Pada tahun 1995, patung tersebut telah menarik minat seorang pengasas muzium Ripley’s Believe It or Not, Robert Ripley . Robert dikatakan membeli patung berkenaan dari negara Ivory Coast, dengan harga $1000 dolar.

Pada asalnya, patung kayu setinggi lima meter itu merupakan milik sebuah suku kaum asli Afrika yang dikenali Baule.  Ia diukir secara berpasangan yang kelihatan seolah-olah seperti pasangan diraja. Berdasarkan kepercayaan suku kaum ini, patung tersebut dianggap sebagai lambang  kesuburan bagi kelangsungan keturunan mereka.

Mengikut kenyataan yang dikemukakan oleh Ripley’s Entertaiment mendakwa, telah menerima kira-kira 2000 pucuk surat selepas tiga tahun pameran patung tersebut di seluruh dunia. Kesemua surat  itu dihantar oleh golongan wanita yang mengaku hamil selepas menyentuh patung berkenaan. Peliknya, ada juga di antara mereka yang sebelum disahkan mandul begitu teruja selepas mendapat tahu bakal menerima cahaya mata.  

Lantaran itu, sehingga hari ini pihak syarikat tersebut menawarkan sesiapa sahaja terutamanya golongan wanita inginkan cahaya mata berkunjung ke muzium mereka. Apa yang menariknya, tiada sebarang caj dikenakan dan ia percuma kepada sesiapa sahaja. 

Comments

Popular posts from this blog

Pengawal Rumah Melayu Lama

Laluan rahsia Genting Bidai

Air yang menyembuhkan penyakit