Laluan rahsia Genting Bidai
Jamali menunjukkan kawasan yang dipercayai Genting Bidai |
Sekitar kurun ke-16, terdapat satu laluan rahsia telah dibina di Banjaran Titiwangsa. Laluan tersebut dikenali sebagai Genting Bidai. Ia merupakan jalan utama yang menghubungkan penduduk di negeri Pahang yang ingin ke Ulu Kelang, Selangor pada suatu ketika dahulu.
Selain itu, berdasarkan cerita lisan, Genting Bidai dahulunya pernah digunakan Jeneral Perang Datuk Bahaman sebagai kubu peninjau dan tempat menyimpan bekalan makanan sewaktu peristiwa peperangan saudara antara negeri Pahang dengan Selangor sekitar tahun 1872 lalu.
Batu tanda sempadan antara negeri Pahang dan Selangor yang terdapat di Genting Bidai |
Malangnya, selepas kedatangan British pada tahun 1895 laluan tersebut difahamkan telah ditutup serta-merta dan digantikan dengan laluan baru di Bentong. Timbul persoalan, mengapakah laluan berkenaan ditutup? Adakah pihak British sengaja menutup laluan itu untuk menyembunyikan operasi rahsia mereka? Mungkinkah laluan ini mempunyai hubung kait dengan operasi rahsia perlombongan haram di Kuala Kubu? Sehingga hari ini laluan tersebut ditinggal sepi. Berketinggian 600 meter dari aras laut, tiada siapa yang tahu mengapa laluan ini ditutup.
Haji Muhammed Tahir |
Terpesona dengan bukti lisan sejarah lampau ini, penulis cuba menyelongkar kisah laluan rahsia yang terletak di kaki Banjaran Titiwangsa ini. Seorang penduduk dari Janda Baik, Pahang, Ahmad Jamali Mat Yunus, sudi menunjukkan laluannya. Kata Jamali, dia telah beberapa kali sampai ke laluan berkenaan.
Tidak banyak bukti yang ditemui. Hanya serpihan botol-botol lama sahaja yang tinggal |
Malangnya, sejak kali pertama menjejak kaki ke situ, dia tidak berjaya menemui apa-apa bukti tentang aktiviti perlombongan di kawasan itu. Seluruh kawasan berkenaan telah ditumbuhi semak-samun sekali gus terbantutnya usaha Jamali untuk mencari bukti-bukti seperti struktur binaan dan peninggalan lain yang didakwa milik pihak British pada ketika itu.
Kebanyakannya telah musnah dimamah usia. Hanya yang tinggal adalah bukti-bukti sampingan iaitu beberapa serpihan botol-botol lama, batu tanda sempadan antara Pahang dan Selangor serta jalan denai yang dipercayai sebagai laluan kuda pihak British pada ketika itu.
Menurut Haji Muhammed Tahir Haji Daud, kawasan Genting Bidai ini dulunya pernah menjadi tempat persinggahan peniaga yang berulang alik daripada negeri Pahang ke Selangor. Jelas Haji Tahir lagi, moyangnya pernah bercerita, dulu kawasan itu merupakan laluan peniagaan dan jalan perhubungan utama antara negeri Pahang dengan Selangor. Laluan itu awalnya dibina oleh seorang pegawai Inggeris yang bernama Watson.
Keindahan hulu sungai Cheringin yang masih lagi tidak tercemar |
Selepas laluan karak dibina dan dibuka kepada umum, nama Genting Bidai terus lenyap dan tidak ada sesiapa lagi yang pergi ke situ. Bagaimanapun, semasa banjir besar melanda Pahang pada tahun 1976, kawasan itu pernah dijadikan tempat berlindung oleh penduduk di beberapa kawasan berhampiran. Ketika itu, kawasan ini telah menjadi hutan semula dan ramai yang tidak tahu sebenarnya kawasan tempat mereka berlindung itu pernah menjadi kubu pertahanan askar-askar Pahang.
Cuma apa yang menjadi tanda tanya, apakah penutupan laluan ini menjadi salah satu muslihat untuk menyembunyikan operasi rahsia pihak tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan hasil bumi negara tanpa pengetahuan kita?
Seperti edisi ketiga lalu, Infiniti pernah mendedahkan betapa rakusnya penjajah yang begitu tamak mengaut hasil bumi negara kita. Ini berdasarkan kisah sebuah rahsia yang tersimpan selama hampir 100 tahun di mana sebuah operasi rahsia telah dijalankan oleh pihak penjajah di Banjaran Titiwangsa. Operasi tersebut merupakan aktiviti perlombongan haram yang disembunyikan daripada pengetahuan sesiapa pun bagi mengelakkan cukai dan pemilikan serta perebutan emas yang ditemui di Pahang.
Laluan denai yang dipercayai laluan kuda untuk ke Genting Bidai. |
Mungkin laluan ini juga seperti itu, namun kesahihannya tidak dapat dibuktikan. Malah dokumentasi mengenai perkara ini juga tidak ditemui. Penulis percaya banyak lagi laluan sutera seperti ini wujud di Malaysia tetapi tidak dipedulikan kerana kita tidak tahu kewujudannya.
Assalamualaikum. Saya merupakan penyelidik daripada Universiti Malaya. Sekarang ini saya sedang melakukan penyelidikan berkenaan Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong. Seringkali saya terlihat di dalam beberapa dokumen rasmi British berkenaan dgn Genting Bidai. Jadi, bolehkah saya ingin berjumpa dgn saudara utk pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini? Saya tinggalkan no H/p saya 0105739044 . Ws saya jika saudara sudi memberikan kerjasama dalam penyelidikan saya ini.
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya merupakan pelajar daripada Universiti malaya dan sedang melakukan kajian mengenai Jalan Kuala Lumpur- Karak. Saya amat tertarik dengan artikel yang diterbitkan. Saya ingin bertemu dengan saudara utk mendapatkan maklumat yang lebih berkenaan Genting Bidai. Jika saudara bersetuju dan sudi membantu saya dalam kajian ini, boleh hubungi saya di 0105739044 . Bantuan dan kerjasama daripada pihak saudara amat-amat saya hargai.Terima kasih.
ReplyDeletelaluan bentong-janda baik-genting bidai-kemensah pernah disebut catatan sejarah sebagai laluan kereta kuda dan lembu serta manusia sebelum laluan gombak-janda baik-bentong dibuka. malah dipuncak gunung antara permatang ada laluan lama merentasi negeri
ReplyDelete