Misteri segitiga Bridgewater


Berbicara mengenai fenomena misteri segitiga Bermuda, pasti ramai yang mengetahui kisah misterinya. Namun, ternyata di bahagian dunia lain, masih wujud lagi wilayah yang didakwa berbentuk segitiga menyamai fenomena aneh segitiga Bermuda. Salah satunya adalah segitiga Bridgewater.

Bridgewater Triangle atau segitiga Bridgewater adalah sebuah wilayah yang mempunyai keluasan 520 kaki persegi di sebelah tenggara Massachussets, Amerika Syarikat. 

Loren Coleman
Ia meliputi 14 kawasan iaitu kota Abington, Brockton, Rehoboth, Freetown, Norton, Bridgewater, West Bridgewater, Middleboro, Dighton, Berkley, Raynham, Easton, Lakeville, dan Taunton.
Wilayah ini pertama kali diungkapkan oleh seorang penyelidik paranormal yang bernama Loren Coleman dalam bukunya ‘Mysterious America’.

Kononnya, selama beberapa abad dahulu wilayah ini sering dilaporkan mengalami pelbagai fenomena aneh yang tidak masuk akal. Wilayah ini juga sangat terkenal sebagai pusat aktiviti paranormal yang paling aktif. Dahulunya, wilayah ini digelar ‘Hockomock Swamp’ iaitu tempat yang dihuni oleh roh-roh. Penemuan beberapa makam penduduk awal masyarakat Asli Amerika menjadi bukti mitos ini. Ia dikatakan berusia sejak era Perang Raja Philip lagi.

Di bahagian sempadan segitiga ini pula, terdapat lagi sebuah tempat yang digelar dengan nama Dighton Rock. Di tempat ini banyak ditemui tulisan-tulisan aneh yang terukir pada batu. Tulisan-tulisan itu dipercayai berasal sejak era peradaban Pre-Colombia iaitu bermula dengan era Viking hinggalah ke era Phoenician.

Wilayah segitiga ini turut mempunyai sebuah hutan yang digelar Freetown-Fall River State Forest. Ia adalah merupakan sebuah kawasan hutan yang dahulunya didiami oleh penduduk orang asli Amerika daripada suku Wampanoang pada tahun 1659. Namun, selepas suku orang asli ini berpindah ke tempat lain, kawasan hutan itu dijadikan sebagai tempat pemujaan untuk melakukan aktiviti korban haiwan, tempat membunuh diri dan ritual pemuja ilmu hitam.

Selama lebih kurang 300 tahun, wilayah ini juga dikatakan menjadi tempat persinggahan objek terbang. Kali pertama objek terbang ini dilaporkan wujud adalah sekitar tahun 1760. Kemudian antara tahun 1908 hingga 1960, penduduk tempatan mendakwa mereka lihat objek terbang itu muncul di siang hari. Selepas itu pada tahun 1973, seorang penduduk tempatan yang bernama George la Casse mendakwa telah melihat satu objek aneh berwarna merah terbang mengelilingi kediamannya.

Selain kehadiran objek terbang yang pelik, di kawasan Hockmock Swamp juga mempunyai kisah penemuan Bigfoot. Makhluk berbulu seperti manusia ini pernah dilihat pada tahun 1978 oleh Joseph de Andrade. Kata Andrade, fizikal makhluk ini memang sama seperti manusia cuma ia berbulu tebal seperti beruang.

Kadang kala, penduduk setempat juga boleh lihat kemunculan binatang yang aneh. Fenomena ini dipanggil ‘Out of Place Animal’. Pada tahun 1939,sekumpulan pekerja Civilian Conservation Corp dikejutkan dengan kemunculan beberapa ekor haiwan seperti buaya, kura-kura dan ular yang bersaiz luar biasa. Beberapa tahun selepas itu, seorang penduduk dari Abington mendakwa telah melihat seekor anjing gergasi sedang memakan dua ekor anjing peliharaannya. Anjing itu kemudiannya dinamakan sebagai ‘Phantom Dog’.

Sementara itu, seorang wanita yang bernama Mary Lou Jones Drown mendakwa, dia pernah dikejar sejenis helikopter pelik pada 25 Jun 2005. Helikopter itu semacam memburunya tetapi apabila menghampiri wanita berkenaan, ia ghaib begitu saja. Hal yang sama pernah dialami oleh beberapa lagi penduduk. Oleh itu, masyarakat setempat menamakannya sebagai fenomena Black Helicopter.

Sebenarnya, Wilayah Bridgewater Triangle memang menjadi salah satu tempat paling misteri di Amerika Syarikat.  Walaupun tempat ini kelihatan menyeramkan, ia merupakan salah sebuah tempat bersejarah bagi penduduk di negara ini sehingga ramai pelancong dari luar datang berkunjung ke sini.

Comments

Popular posts from this blog

Pengawal Rumah Melayu Lama

Laluan rahsia Genting Bidai

Air yang menyembuhkan penyakit