Pembedahan tanpa mata pisau

Bolehkah sesuatu pembedahan pembuangan tumor  dilakukan tanpa sebarang kesakitan, transfusi serta tidak menggunakan mata pisau? Bunyinya agak pelik, tetapi itulah realiti teknologi perubatan terbaru yang telah dicipta oleh sebuah firma teknologi dari China, Chongging Haifu Technology.

Produk terbaru yang diberi nama HIFU (high intensity focused ultrasonic) itu dicipta untuk ‘membunuh’ kanser tanpa sebarang luka. Hanya menggunakan aplikasi pancaran ultrasound, penyakit yang menjadi pembunuh nombor dua di dunia itu dapat disembuhkan sepenuhnya.

Jika menggunakan teknologi pembedahan biasa, seseorang wanita yang menghidapi penyakit kanser payudara perlu membuang salah satu payudaranya untuk mengelakkan ia dari terus merebak. Bukan itu sahaja, selepas pembedahan dilakukan, seseorang pesakit juga perlu mendapatkan rawatan susulan bagi memastikan ia sembuh sepenuhnya.

Tetapi, dengan kemajuan teknologi ultrasound HIFU, prosedur penyembuhannya tidak lagi sesukar dulu. Prinsipnya mudah, hanya memfokuskan sinar ultrasonik dengan kekuatan yang optimum pada tempat berlakunya ketumbuhan untuk disteril dan mematikannya. Proses itu dilakukan di antara 30 hingga 45 minit, bergantung pada tahap kebesaran tumor.

Menurut Timbalan Presiden Chongging Haifu Technology, Xiang Peng, rawatan ini tidak memerlukan sebarang ubat bius atau ubat pelali. Pesakit menjalaninya dalam keadaan sedar dan tanpa rasa sakit. Malah, selepas selesai rawatan, mereka boleh terus pulang ke rumah.

Teknologi ini berbeza dengan teknik laser yang mana ia langsung tidak mengganggu organ lain. Penggunaannya hanya difokuskan pada tempat yang sakit sahaja, walaupun ketumbuhan berlaku di bahagian dalam tubuh manusia. Secara mudah, konsep ini dilihat sama seperti kaedah ultrasonografi yang digunakan untuk mengimbas bayi di dalam kandungan. Dengan meningkatkan suhunya secara ultrasound, alat ini akan membunuh kanser di titiknya yang tepat.

Antara barah dan tumor yang boleh dirawat menggunakan teknologi ini ialah kanser hati, payudara, pankreas, buah pinggang dan kanser tulang. Kemampuan rawatannya pula dikatakan mampu menyembuhkan barah yang sudah merebak.

Kos rawatannya tidaklah begitu mahal, iaitu dalam lingkungan 6000 Euro sahaja. Sehingga kini, lebih 10,000 orang di seluruh dunia telah berjaya disembuhkan menggunakan teknologi ini.





AMARAN!!!

Teknologi ini masih lagi belum popular dan tidak digunakan secara meluas. Malah banyak pihak masih meraguinya. Bagaimanapun, ujian-ujian keberkesanan secara klinikal perlu dijalankan terlebih dahulu sebelum boleh disahkan kebolehcapaian hasil ciptaan ini. Apa pun, inovasi ini merupakan sesuatu yang amat diperlukan penduduk dunia.

Comments

Popular posts from this blog

Pengawal Rumah Melayu Lama

Laluan rahsia Genting Bidai

Air yang menyembuhkan penyakit