Kembar seiras tapi beza warna kulit
Dua adik- beradik, Kian dan Ramee merupakan salah
satu pasangan kembar seiras yang berasal dari negara England. Mereka mempunyai
satu keistimewaan yang tidak ada pada pasangan kembar lain iaitu memiliki warna
kulit dan mata yang berbeza.
Menurut ibu pasangan kembar ini, Kyle Hodgson, keadaan
pelik yang dialami oleh kedua-dua orang anak perempuannya mula dikesan sejak
mereka dilahirkan lagi. Pada ketika itu, anak kembar pertamanya iaitu Remee memiliki
warna kulit yang cerah selepas dilahirkan. Selang beberapa minit selepas itu, anak
kembar keduanya iaitu Kian turut selamat dilahirkan. Namun, warna kulit Kian dilihat
tidak sama dan gelap berbanding kakaknya, Remee.
Kini, pasangan kembar tersebut sudah pun
menjangkau usia tujuh tahun. Meskipun secara kasarnya dilihat berbeza dari segi
warna kulit, namun mereka tidak pernah mempersoalkan perkara itu kepada
Hodgson. Tambahan pula, mereka berdua amat rapat antara satu sama lain dan tetap
menjalani kehidupan normal seperti pasangan kembar seiras lain.
Bagaimanapun, kata wanita itu, perbezaan warna
kulit yang dialami oleh anak kembarnya dianggap pelik oleh sesetengah
masyarakat. Ia bagaikan seperti satu malapetaka buruk yang mungkin perlu dihadapi
oleh pasangan kembar ini apabila dewasa kelak.
Ujar Hodgson, ramai di kalangan mereka
mempersoalkan tentang pakaian Remee dan Kian yang sama setiap kali
dia membawa pasangan kembar tersebut keluar bersiar-siar. Namun, apa yang boleh
dilakukannya hanyalah menyatakan bahawa dua orang anak perempuannya itu adalah
pasangan kembar. Tapi, jawapan berkenaan membuatkan mereka yang bertanya
tercengang seketika sambil memikirkan bagaimana pasangan berkenaan boleh
mempunyai warna kulit yang berbeza.
Menurut wanita itu lagi, dia dan suaminya, Remi
Horder merupakan antara individu di England yang berdarah kacukan. Masing-masing daripada
mereka lahir hasil daripada sebuah perkahwinan campur di antara ibu bapa mereka
yang berketurunan kulit putih dan hitam. Keadaan ini dipercayai menjadi
penyebab utama bagi pasangan kembar, Kian dan Remee mungkin mewarisi satu
daripada sejuta kombinasi gen orang tua mereka.
Menurut Pakar Genetik dari Hospital Universiti
Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan, Profesor Dr. Zilfalil Alwi,
faktor pewarisan memainkan peranan penting dalam menentukan kedudukan identiti
seseorang individu.
Mengulas mengenai kes yang dihadapi oleh pasangan
kembar dari England itu, jelas beliau, Kian mungkin dilihat mewarisi majoriti
gen yang menentukan warna kulit daripada ayahnya. Manakala, Remee pula mewarisi
majoriti gen berkenaan daripada ibunya. Apabila keadaan ini berlaku, tidak
mustahil warna kulit gelap yang dimiliki oleh Kian mungkin mewarisi warna kulit
ayahnya berbanding Ramee yang berkulit cerah.
Berdasarkan prinsip perwarisan yang juga dikenali sebagai Mendel Law of
Inhertance, yang merujuk kepada satu penyelidikan yang dilakukan pada kurun
ke-19. Penyelidikan ini dilakukan oleh Bapa Genetik Moden yang bernama Gregor
Johann Mendel. Dalam kajian tersebut, beliau telah melakukan eksperimen kacukan
terhadap dua jenis kacang pea yang mempunyai warna yang berbeza.
Melalui penyelidikan ini, Mendel berharap akan terhasil satu kacukan baru
(warna campuran) di antara kedua-dua jenis kacang ini. Malangnya, keputusan yg
di temui adalah tidak seperti yang di jangka apabila ciri utama yang terdapat
pada dua tumbuhan tersebut iaitu warna putih dan ungu, masing-masing tidak
menunjukkan sebarang percampuran.
Mendel Law of Inheritance terbahagi kepada dua iaitu Law of Segregation dan Law
of Independent Assortment.
Law of Segregation bermaksud pewarisan yang diturun kan kepada anak melalui
salah satu dari dua salinan (copy) alel (allelle) yang ada pada gen ibu atau
bapa. Dalam kata lain, anak akan
mewarisi hanya satu alel daripada ibu dan satu alel lagi dari bapa. Hanya
salah satu dari ke dua-dua alel berkenaan bergantung kepada yang mana lebih
dominan, sekali gus menentukan ciri yang di wariskan itu.
Law of Independent Assortment pula bermaksud, gen yang diwariskan itu adalah
bebas dari gen- gen yang lain. Dalam erti kata lain, gen yang diwarisi ini
tidak akan bergantung kepada gen- gen lain walaupun ia mempunyai fungsi yang
sama.
Jelas Dr. Zilfalil lagi, manusia mempunyai 23 pasang kromosom yang terdiri daripada lebih kurang 25,000 gen dalam setiap sel. Apabila dirujuk pada satu gen (ciri) di dalam satu sel, sememangnya seseorang itu mungkin mewarisi gen berkenaan daripada ayah atau ibunya.
Tapi apabila di ambil keseluruhannya, didapati terdapat berbilion-bilion sel yang mungkin lebih mewarisi dua induk besar yang terdapat pada si ayah atau si ibu.
Ujar Dr. Zilfalil, beliau belum menemui laporan kes seumpama ini di dalam jurnal perubatan yang melibatkan kembar seiras berlaku di Malaysia. Walau bagaimanapun laporan kes
Comments
Post a Comment