Tech hibrid manusia dan haiwan









Pada tahun 2004, sejenis spesies unik haiwan yang memiliki organ dan sel manusia berjaya dihasilkan oleh beberapa kumpulan saintis di Amerika Syarikat.

Ia bermula di California, seekor anak tikus yang mempunyai sel otak manusia di dalam tengkorak kepalanya. Manakala, di Minnesota pula, seekor anak babi yang mempunyai darah manusia juga berjaya dihasilkan. Begitu juga, di Universiti Nevada, Reno, para penyelidik berjaya menghasilkan seekor bebiri yang memiliki hati dan jantung manusia.

Bagaimanapun, penyelidikan ke atas sel tunjang manusia yang dimasukkan ke dalam janin haiwan hidup telah mencetuskan debat di kalangan para saintis lain. Ahli-ahli biologi telah menamakan spesies ini sebagai Chimeras sempena nama makhluk mitos Yunani yang mempunyai kepala singa, berbadan kambing dan berekor ular. 

Menurut Pengarah Kilinik Transplantasi Program Biologi, Mayo, Jeffry Platt, berkata dalam kajiannya, dia telah menemui satu penemuan baru ini apabila sel manusia berjaya dicantumkan dengan sel babi. Ia adalah merupakan sel campuran pertama yang dijumpainya dalam sesuatu benda hidup yang mungkin menjadi bukti wujudnya Xenotransplantation (Penggunaan tisu dan organ manusia dalam haiwan). Jelasnya lagi, kajian terbaru ini juga dapat mengesan asal-usul bermulanya kewujudan penyakit sebagai contoh HIV.

Dalam kajian lanjut yang dibuatnya telah menjumpai sejenis virus yang terdapat dalam babi. Virus tersebut dikenali sebagai Porcine Endogenous Retrovirus (PERV) yang turut juga hadir dalam sel hibrid yang diciptanya. Virus ini tidak boleh menjangkiti sel manusia jika ia wujud dalam sel babi. Tetapi sekiranya ia terdapat dalam sel hibrid maka ia boleh mendatangkan kesan yang buruk pada manusia.

Justeru, hasil daripada kajiannya itu mendapati, kewujudan sel hibrid ini boleh mencetuskan masalah pada tisu dan organ manusia. 

Seorang lagi penyelidik dari Universiti Nevada di Reno, Esmail Zanjani, membidas kenyataan yang dibuat oleh Jeffry Platt yang percaya bahawa kajian yang dibuatnya boleh mengesan punca penyakit HIV. Esmail mempersoalkan, sekiranya benar kajian yang dilakukan Platt , mengapa tidak ada pihak yang mengambil langkah serius untuk mengkajinya dengan lebih mendalam?



Seperti eksperimen yang dilakukan Platt, sel manusia telah disuntik ke dalam fetus babi pada tahap ketiga proses tumbesaran fetus. Sebaliknya, dalam uji kaji yang dilakukan Esmail pula, sel manusia itu pula disuntik ke dalam badan babi sewaktu di dalam pertengahan kandungan (ketika fetus babi sudah membesar) sebelum sistem imun aktif.

Sementara itu, Pengarah Institut Kanser, Sel, Biologi dan Perubatan, Universiti Stanford, California, Irv Weissman pula mencipta tikus yang mempunyai 1 peratus otak manusia. Pada penghujung tahun 2005, Irv juga akan menjalankan lagi satu eksperimen di mana tikus akan memiliki 100 peratus otak manusia.Katanya, eksperimen baru yang bakal dijalankan ini akan menggunakan kaedah suntikan neuron manusia ke dalam otak embrio tikus. Sebelum tikus itu lahir, ia akan dibunuh dan dikaji struktur otak embrio tikus itu untuk melihat sama ada otak manusia telah pun terbentuk atau tidak. Jelasnya, jika proses itu berjaya, dia akan mengkaji kewujudan sifat kognitif manusia. Dia berharap eksperimen ini akan membantu untuk merawat penyakit Alzheimer dan Parkinson.


Bagaimanapun, seorang Profesor Neurologi dari Mayo, Florida, William Cheshire, merasakan gabungan neuron manusia dan haiwan adalah satu perkara yang sukar difahami kerana ia boleh mencabuli sistem biologi.

Pun begitu, dia tetap menyokong penyelidikan yang menggabungkan sel manusia dan haiwan tetapi kajian ini haruslah ditekankan untuk mengkaji fungsi sel seperti yang dilakukan oleh para pelajarnya.

Bagaimanapun, terdapat juga sesetengah pihak yang menolak kewujudan teknologi Chimeras. Salah seorang daripada ialah Aktivis Bioteknologi, Jeremy Rifkin. Menurutnya, haiwan juga mempunyai hak untuk terus hidup tanpa dieksploitasi ataupun digabungkan dengan spesies yang lain.

Dia juga menegaskan, sekiranya penyelidikan ini diteruskan maka ia akan membawa kepada penemuan saintifik yang sia-sia sahaja. Jelasnya, banyak lagi cara-cara lain untuk memajukan dunia perubatan dan kesihatan manusia selain daripada mewujudkan teknologi hibrid ini. Dia juga mempersoalkan, kenapa mesti menggunakan haiwan sebagai bahan uji kaji sedangkan teknologi komputer yang ada masa kini mampu memberikan keputusan yang sama.

Begitu juga dengan Pengarah Perubatan Biologi, Universiti Stanford, California, David Magnus percaya akan berlaku pelbagai masalah sekiranya teknologi ini masih lagi diteruskan.

Buktinya, seekor tikus Chimeras yang diciptakan telah berjaya menghasilkan telur dan sperma manusia. Kemudian, ia cuba untuk melakukan proses pembiakan ‘invitro’ bagi menghasilkan seorang bayi yang berbapakan tikus.

Namun persoalannya, sejauh manakah, teknologi hibrid haiwan dan manusia mampu dibuktikan berkesan dalam bidang perubatan dan mungkinkah manusia dan haiwan akan berubah bentuk fizikal?

Comments

Popular posts from this blog

Laluan rahsia Genting Bidai

Pengawal Rumah Melayu Lama

Air yang menyembuhkan penyakit