Tahukah anda?
·
Purata setiap manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh
lebih cepat pada waktu malam. Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat
mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.
·
Kebanyakan produk yang berada di pasaran masa kini
mempunyai `bar code' bagi memudahkan proses pembayaran. Produk
pertama yang mempunyai `bar code' adalah `chewing gum' Wrigleys.
·
Jika anda menjerit selama lapan tahun, tujuh bulan dan
enam hari, anda boleh menghasilkan tenaga yang cukup untuk
memanaskan secawan kopi.
·
Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang
lama, ia akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya.
·
Seoul adalah ibu negeri Korea. Dalam bahasa ibundanya,
Seoul bermakna `ibu negara'.
·
Sebelum mengenali huruf, kebanyakan masyarakat termasuk
Eskimo, Red Indian dan penduduk Kepulauan Marshall melukis pelan kawasan
yang sudah mereka kenali. Peta tertua yang diketahui sekarang
ini disimpan di Muzium Semitic, Harvard, Amerika Syarikat. Ia
adalah kepingan tanah liat yang dibuat oleh masyarakat Babylon kira-kira 2500
Sebelum Masihi.
·
Semasa pemerintahan Kublai Khan, orang-orang Cina
menggunakan singa untuk berburu. Mereka melatih singa untuk mengejar dan
menangkap haiwan liar termasuk seladang serta beruang. Singa tersebut akan terus
berada di samping binatang yang dibunuhnya sehingga pemburu sampai.
·
Senjata biologi telah digunakan sejak permulaan abad ini.
Kali pertama digunakan oleh bangsa Rom dengan memasukkan haiwan mati ke dalam
empangan untuk meracun sumber air musuh.
·
Seminit selepas anda membaca ayat ini, seratus orang akan
meninggal dunia dan 240 bayi akan lahir. Mengapa? Kerana pertambahan populasi dunia
dianggarkan sebanyak 140 orang seminit.
·
Masyarakat Mesir purba akan mencukur bulu kening mereka
sebagai tanda berkabung setiap kali kucing kesayangan mereka ditemui mati.
·
Di Alaska, orang dilarang mengambil gambar beruang tetapi
jika menembak haiwan itu, ia dibenarkan.
·
Ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam
dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindak balas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan
hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu di belanja oleh kawan kita.
·
Orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang
ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
Comments
Post a Comment