Tahukah anda?

·         Satu-satunya makanan yang tidak akan basi sampai bila-bila ialah madu.

·         Tempat paling lembap di dunia ialah Tulunendo, Columbia, Amerika Selatan. Ia menerima 11,770 milimeter  hujan setahun.

·         India mengeluarkan 146 juta tan buah-buahan dan sayuran setiap tahun, menjadikannya pengeluar kedua terbesar di dunia selepas China.

·         Manusia ke-5 bilion lahir di Zagreb, Croatia pada Julai 1987. Hari itu diisytiharkan sebagai Hari 5 Bilion.

·         Setitik air mengandungi 1,700,000,000,000,000,000 molekul.

·         "Kalaulah aku dilatih dalam bidang teknikal, dah lama aku menyerah kalah," kata King Gillette selepas berjaya mencipta pisau cukur - setelah berusaha tanpa jemu selama lapan tahun!

·         Nyamuk adalah pembawa penyakit berbahaya. Tahukah anda nyamuk juga mempunyai 47 batang gigi.

·         Dubuk adalah satu-satunya binatang yang boleh ketawa macam manusia.

·         Zirafah boleh melihat ke belakang tanpa menolehkan kepalanya. Bagaimanapun, ia tidak boleh mengeluarkan bunyi yang jelas biarpun lidahnya panjang.

·         Unta tidak tahu berenang, ia akan lemas kalau terjatuh ke dalam air.

·         Kucing mengesan arah jalannya menggunakan misai.

·         Burung Reng boleh terbang setinggi 9,144 meter (30,000 kaki).

·         Istimewanya semut, serangga itu akan pergi ke tempat yang jauh, yang tidak pernah dijejakinya. Tapi boleh pulang semula ke tempat asalnya dengan membawa makanan untuk semut-semut lain.


Comments

Popular posts from this blog

Air yang menyembuhkan penyakit

Manusia kembar dengan binatang

Kenapa burung nuri boleh bercakap?