Pengklonan Organ?
Mengikut
statistik yang dikeluarkan oleh sebuah badan yang dilantik oleh Jabatan
Kesihatan dan Khidmat Kemanusiaan Amerika Syarikat, Organ Procurement and
Transplantation Network mendapati, sebanyak 28,356 orang warga di negara itu
menerima pemindahan organ pada tahun 2007. Sehingga kini, dari tahun 2008
terdapat lebih 99,000 orang dalam senarai menunggu pendermaan organ di negara
itu.
Melihat
kepada situasi ini, negara tersebut sedang mengalami masalah untuk mendapatkan
penderma organ. Disebabkan keadaan itu, pelbagai alternatif dilakukan bagi
menyelesaikan masalah tersebut. Salah satunya adalah teknologi pengklonan
organ.
Dalam
istilah perubatan, teknologi ini dikenali sebagai klon Terapeutik. Ia merupakan satu kaedah
perubatan baru yang menggunakan formula ‘Somatic Cell Nuclear transfer’ (SCNT).
Melalui formula ini, sel nukleus akan dikeluarkan daripada penderma dan
digantikan dengan DNA daripada organisma yang ingin di klon.
Bagaimanapun,
kajian terhadap klon Terapeutik manusia ini menjadi perdebatan hangat di
Amerika Syarikat. Ia dianggap melanggar etika biologi yang boleh mengakibatkan
kekurangan benih telur manusia. Ekoran keadaan itu, seorang Pakar Embriologi
dari University of Endinburgh, Ian Wilmut mencadangkan DNA manusia disuntik ke
dalam benih telur haiwan.
Pada tahun
2002, sekumpulan saintis dari University of Mussouri telah melakukan satu
kajian yang dipanggil GATA1. Melalui formula SCNT, kumpulan ini cuba melakukan
kajian ke atas sejenis spesies haiwan iaitu khinzir. Malangnya, selepas
beberapa saringan ujian yang dilakukan mendapati usaha tersebut gagal dan sel
yang diperoleh tidak bertindak balas terhadap sel manusia.
Kemudian,
pada bulan Mac 2008, kumpulan penyelidik yang sama cuba melakukan satu lagi
kajian. Kali ini, spesimen yang digunakan adalah sel kulit daripada tikus
makmal yang menghidapi penyakit Parkinson.
Melalui
kaedah yang sama iaitu SCNT,kumpulan penyelidik itu telah memasukkan DNA sel
kulit berkenaan ke dalam enucleated eggs atau telur yang telah dibuang nukleusnya untuk menghasilkan
embrio tikus klon. Hasilnya cukup mengagumkan apabila sel kulit yang memiliki
sindrom penyakit Parkinson mula
menunjukkan tanda-tanda pemulihan.
Selain
cubaan penyelidik dari Amerika Syarikat, kajian yang menggunakan formula SCNT
turut diuji oleh saintis di Belanda. Berdasarkan eksperimen yang dilakukan,
kumpulan saintis ini telah menggunakan sel matang yang diambil daripada organ
jantung. Apa yang menariknya, kumpulan saintis tersebut berjaya menghasilkan
satu klon jantung yang baru.
Timbul persoalan, sejauh manakah organ yang diklon boleh
digunakan dalam pemindahan organ? Apakah fungsinya sama seperti pendermaan
organ yang masih dilakukan pada hari ini? Setakat ini, teknologi tersebut masih
di peringkat kajian dan tidak mungkin suatu hari nanti ia boleh menjadi
kenyataan.
Banyak halangan yang perlu di atasi sebelum ‘klon organ’
ini berjaya dan menjadi realiti. Pada 2001, saintis dari syarikat bioteknologi,
Advanced Cell Teknologi (ACT) melaporkan bahawa mereka berjaya mengklon embrio manusia
yang pertama. Bagaimanapun satu-satunya embrio yang terselamat semasa
proses pengklonan tersebut berhenti
berfungsi setelah terbahagi kepada enam sel.
Pada Februari 2002, saintis dari syarikat yang
sama dilaporkan berjaya dalam satu pemindahan buah pinggang pada seekor
lembu. Pasukan penyelidik itu telah menghasilkan satu embrio klon daripada
lembu dengan mengambil DNA dari sel telur dan menyuntik DNA daripada sel kulit
telinga lembu penderma. Selepas tiga bulan pemindahan dilakukan,tiada tanda
penolakan daripada penerima.
Comments
Post a Comment