Inovasi baru ciptaan daging vegetarian
![]() |
Gambar hiasan |
Di Malaysia, produk makanan segera seperti burger,
sosej dan sandwich merupakan antara makanan yang digemari oleh semua lapisan
masyarakat. Bagaimanapun, makanan ini dikhuatiri boleh menyebabkan kesan yang
buruk pada kesihatan manusia sekiranya diambil secara berlebihan.
Atas dasar itu, sekumpulan pelajar dari Fakulti
Teknologi Makanan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah melakukan
satu inisiatif baru bagi membendung
masalah tersebut. Melalui penyelidikan yang dilakukan, mereka mendakwa
berjaya mencipta satu produk baru daging segera vegetarian. Kandungan utama produk
makanan segera tersebut diolah semula sekali gus mengubah makanan tersebut menjadi
lebih berkhasiat.
Kandungan tersebut iaitu daging atau ikan digantikan
dengan bahan baru yang berasaskan sayuran seperti ubi keledek, hampas kelapa,
ubi kentang dan sayuran lain. Selain rasanya yang enak, ia juga menjamin
kesihatan penggemarnya daripada terkena pelbagai penyakit kronik khususnya
barah dan obesiti.
Menurut Dekan fakulti berkenaan, Profesor Dr. Che Abdulah Abu Bakar, inovasi makanan baru ini dihasilkan melalui bahan mentah seperti sayur-sayuran tempatan yang segar. Selain itu, katanya, sayur-sayuran merupakan sejenis makanan yang mengandungi kadar serat tinggi sekali gus membantu tahap kesihatan penggunanya. Tambahan pula, ia bebas daripada sebarang campuran-campuran makanan lain yang mampu memudaratkan kesihatan manusia.

Jelas Dr. Che Abdullah lagi, penghasilan produk
makanan ini masih lagi di peringkat penyelidikan awal. Bagaimanapun, pihaknya
bersedia sekiranya diberi peluang untuk membuat penambahbaikan terhadap kualiti
makanan seumpama itu sebelum menembusi pasaran tempatan.
Pada peringkat pertama, pihaknya menganjurkan pertandingan yang disertai enam kumpulan pelajar dari Fakulti Teknologi Makanan UniSZA yang menghidangkan produk makanan segera berasaskan sayuran. Mengenai pertandingan tersebut, jelasnya, ia diadakan buat kali kedua selepas mula diperkenalkan tahun lalu yang disertai para pelajar dari fakulti berkenaan.

Dalam pertandingan itu, kumpulan Spot yang
menampilkan produk sweet potato sausage dinobatkan sebagai johan diikuti
Cocoron (naib johan) dan Viggie (ketiga). Kumpulan Cocoran mempertandingkan
produk coconut fiber macaroon, manakala kumpulan Viggie dengan vegetarian
burger.
Daripada kumpulan yang bertanding, satu kumpulan
akan dipilih untuk menyertai pertandingan dwi-tahunan antara universiti
tempatan iaitu Malaysia Institute of Food Technology (MIFT) tahun depan dengan
UniSZA menjadi tuan rumah.
Pada pertandingan serupa tahun lalu, UniSZA muncul
naib johan manakala johan disandang oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) dan
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ketiga.
Sebelum ini, seorang saintis di Okayama,
Jepun, Matsuyuki Ikeda mempunyai cara tersendiri untuk menghasilkan produk
makanan segera khususnya daging burger. Beliau menemui satu formula guna semula
bahan buangan bagi mengatasi masalah kekurangan makanan yang bakal melanda
dunia di masa akan datang.
Langkah menggunakan semula najis dianggap
praktikal kerana kandungan najis manusia mempunyai 65 peratus protein, 25
peratus karbohidrat, tiga peratus lipid dan sembilan peratus mineral. Berdasarkan
kepada fakta ini, Ikeda mencipta daging guna semula dengan mencampurkan protein
najis manusia, protein soya dan sos stik.
Semua elemen ini diadun bersama daging burger untuk dijadikan makanan. Jelas
Ikeda, daging guna semula ini mempunyai kandungan lemak yang rendah dan ia
sesuai untuk mereka yang mahu berdiet.
Bagaimanapun, ciptaan makanan baru tersebut mendapat
tentangan daripada beberapa pihak. Kebanyakan daripada mereka tidak bersetuju
dan menganggap bertentangan dengan etika kehidupan manusia. Makanan seumpama
itu mungkin lebih sesuai dihasilkan untuk haiwan dan bukanya manusia. Tambahan
pula, terdapat pelbagai cara lain yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah
kekurangan makanan.
Info ringkas mengenai daging vegetarian
·
Kandungan utama bagi produk makanan ini adalah berasaskan
sayur-sayuran.
·
Kaya dengan pelbagai khasiat dan mengandungi kadar serat
yang tinggi.
·
Boleh menghindarkan penggemar makanan ini terkena
pelbagai penyakit kronik khususnya barah dan obesiti.
Comments
Post a Comment