Sana-sini pelik
Restoran kanibal
Mengejutkan! Sebuah laman sesawang yang mengiklankan
sebuah restoran baru di Jerman menggemparkan orang ramai apabila meminta
sumbangan bahagian tubuh badan manusia sebagai menu di restoran itu.
Laman sesawang tersebut yang dikenali flime-restayrante.com, telah meminta
para pengunjung restoran itu untuk menyumbangkan apa saja bahagian daripada
tubuh mereka. Di samping itu, restoran berkenaan turut menawarkan kerja seorang
ahli bedah yang berfikiran terbuka. Bagaimanapun, setakat ini lokasi sebenar
restoran tersebut tidak dapat dipastikan. Jika benar ada, belum dapat
dibuktikan lagi.
Mengikut laporan agensi berita tempatan, Telegraph,
restoran tersebut turut mengeluarkan borang permohonan untuk turut serta dalam
budaya ‘Kanibal Wari’. Dalam borang itu, tertera pelbagai maklumat dan
soalan-soalan termasuk sejarah perubatan, kekerapan bersenam, wanita hamil dan
indeks tubuh manusia.
Wakil Ketua Parti Demokrat Kristian Berlin, Michael Braun
berkata, perkara ini adalah sesuatu lawak jenaka yang boleh menyesatkan
pemikiran orang ramai. Ia sungguh menjijikkan kerana seorang penduduk di Berlin
pernah dibunuh oleh seorang kanibal tidak lama dahulu.
Braun merujuk kepada satu pembunuhan yang dilakukan oleh seorang
lelaki, Armin Meiwes yang dihukum seumur hidup tahun 2006. Difahamkan, lelaki itu telah membunuh dan
memakan seorang mangsa, Jurgen Bernd Brandes, yang secara sukarela ingin
dijadikan korban.
Brandes, seorang pakar komputer, secara sukarela bersedia
dimakan oleh Meiwes tahun 2001. Meiwes, si kanibal, memotong penis Brandes dan
memakannya setelah memasaknya dengan bawang putih, garam, dan lada hitam. Dia
terus memakan mayat itu selama beberapa bulan. Ketika ditangkap, Meiwes telah
menghabiskan daging mayat itu sekitar 19 kilogram.
Comments
Post a Comment