Sana-sini pelik

Mayat isteri dijadikan meja kopi


Disebabkan tidak rela berpisah, seorang suami, Jeff Green, warga Amerika Syarikat, memutuskan untuk meletakkan mayat isterinya di dalam sebuah meja kopi. Tindakan pelik yang dilakukan oleh lelaki adalah cara baginya untuk mengatasi penderitaannya yang sedih akibat kehilangan isteri tercinta.

Kata lelaki itu, isterinya meninggal dunia pada usia 29 tahun akibat penyakit jantung. Akibat kejadian itu, dia amat sedih dan menghadapi kemurungan yang teruk kerana orang yang disayanginya telah pergi selamanya.
Ketika detik-detik terakhir upacara pengebumian isterinya berlangsung, lelaki tersebut mengambil keputusan membatalkan majlis itu. Atas keizinan pihak kerajaan, lelaki itu dibenarkan menyimpan mayat isterinya di rumah.


Jelas Green, isterinya merupakan seorang yang suka berjenaka sewaktu hayatnya. Jadi, dia terfikir untuk melakukan sesuatu dan pasti mendiang isterinya tidak keberatan jika dijadikan sebuah meja kopi. Ekoran itu, Green akhirnya memesan sebuah meja kaca yang kedap udara bagi mengelakkan bau busuk. Harga meja tersebut berharga US$ 6000.

Comments

Popular posts from this blog

Laluan rahsia Genting Bidai

Pengawal Rumah Melayu Lama

Air yang menyembuhkan penyakit