Sana-sini pelik

Ikan puyu putih

Seorang warga emas bingung apabila salah seekor daripada 30 ekor ikan puyu miliknya bertukar warna daripada hitam menjadi warna putih. Warga emas tersebut, Leha Mat Nor, 70, dari Kampung Padang Lati, Perlis mendakwa, kejadian pelik itu disedari ketika dia sedang membersihkan akuarium yang menempatkan ikan peliharaannya.

Walaupun menyedari perubahan warna ikan itu yang kini diberi nama ‘Putih’, dia tidak menghebahkan kepada sesiapa mahu pun anak-anaknya. Dia bimbang untuk memberitahu kejadian sebenar kerana takut orang lain dan anak-anaknya menganggap ianya tidak benar.

Jelasnya, seumur hidupnya ini merupakan kali pertama melihat seekor ikan puyu berwarna putih. Sejak memelihara ikan tersebut yang dipancing di Sungai Tambun Tulang, dia dan keluarga tidak pernah mengalami sebarang perkara yang ganjil.

Kata warga emas itu lagi, ikan puyu tersebut masih ditempatkan bersama ikan-ikan puyu lain dalam satu akuarium kerana ia tidak menimbulkan sebarang masalah. Bagaimanapun, ikan puyu putih miliknya akan mengasingkan diri daripada ikan-ikan yang lain sewaktu diberi makan.




Comments

Popular posts from this blog

Pengawal Rumah Melayu Lama

Laluan rahsia Genting Bidai

Air yang menyembuhkan penyakit