Posts

Showing posts from August, 2013

Khidmat cuci telinga profesional

Image
Menjaga kebersihan telinga sememangnya menjadi keutamaan bagi kita semua. Ia merupakan satu perbuatan yang mudah dilakukan oleh semua orang. Hanya dengan menggunakan putik kapas, telinga dapat dibersihkan dalam tempoh beberapa saat sahaja. Senang bukan? Lain pula halnya di negara India, difahamkan masyarakat di sana tidak perlu bersusah payah untuk membersihkan telinga mereka sendiri. Sebaliknya, perbuatan tersebut dilakukan oleh individu-individu tertentu yang pakar dan dibayar untuk melakukan kerja mencuci telinga. Kalau hendak tahu, mereka ini sebenarnya terdiri daripada golongan lelaki yang menggelar diri sebagai tukang cuci telinga. Mungkin bunyinya seperti sesuatu yang kelakar dan janggal, tapi ia adalah pekerjaan yang benar-benar wujud. Menariknya lagi, kerjaya sebagai pencuci telinga ini merupakan pekerjaan yang telah lama diperkenalkan di India dan dipercayai wujud sejak zaman pemerintahan kerajaan Moghul lagi. Tidak ada syarat wajib yang perlu dipatuhi oleh cal...

Minuman sejuk dalam tempoh tiga minit

Image
Sebuah syarikat pengeluar minuman ringan terkenal di Amerika Syarikat, Joseph Company International, mengumumkan telah berjaya menghasilkan sejenis produk minuman baru yang berteknologi tinggi. Diberi nama sebagai Chill can , minuman ini akan menjadi sejuk sendiri dalam tempoh tiga minit tanpa perlu dimasukkan ke dalam peti ais. Mungkin bunyinya seperti satu perkara mustahil untuk dilakukan. Malah tidak logik langsung bila memikirkan minuman boleh sejuk tanpa menggunakan peti ais. Tetapi itulah realitinya. Percaya atau tidak, syarikat pengeluar minuman itu mendakwa perubahan suhu sejuk produk minuman baru tersebut boleh mencecah sehingga – 15 darjah Celcius. Soalnya kini, apakah teknologi yang diguna pakai oleh syarikat tersebut yang mampu menghasilkan minuman ringan seumpama itu? Adakah penghasilannya sama seperti peti ais? Idea ini tercetus apabila syarikat tersebut menemui satu formula baru teknologi yang dipanggil penyejukan mikro atau Micro Cooling. Difahamkan, sy...

Suka makan batu bila alami masalah

Image
Kira-kira 20 tahun lalu, seorang wanita yang bernama Teresa Widener yang berasal dari Bedford, Virginia, Amerika Syarikat sering mengalami masalah kemurungan. Pada waktu itu, boleh dikatakan setiap hari dia berdepan dengan situasi sedih. Ekoran keadaan itu, wanita tersebut menjadi tidak keruan serta buntu memikirkan permasalahan yang dihadapinya. Disebabkan itu, dia cuba meluahkan rasa tekanan yang dialaminya itu dengan...... Cuba anda teka, apakah tindakan yang diambil oleh Widener untuk menghilangkan rasa stresnya itu. Agaknya pasti ramai  yang mengandaikan  wanita berkenaan akan mengambil jalan mudah seperti menelan pil penenang atau lebih teruk lagi kemungkinan membunuh diri. Kedua-dua andaian tersebut semuanya salah! Pasti ramai yang tidak percaya bahawa wanita berkenaan sebenarnya memilih untuk meluahkan rasa tertekan dengan memakan batu. Menariknya, semakin banyak masalah yang dihadapinya maka jumlah batu yang akan dimakannya akan bertambah. Percaya ata...