Batu-batu aneh: Batu permata
Sejak
lebih 10,000 tahun dahulu, batu permata telah menarik minat manusia. Pada zaman
purba, batu permata dipakai sebagai azimat dan tangkal untuk melindungi diri
daripada kuasa-kuasa jahat, memelihara kesihatan dan menjauhkan diri daripada
wabak penyakit.
Pada
suatu ketika, pemakaian batu permata menjadi cara untuk membezakan status dan
kedudukan dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai simbol kekayaan, kekuasaan dan
keagungan dalam tamadun silam. Tetapi kini, batu permata menjadi
sebahagian dari perhiasan diri yang dipakai oleh sesiapa sahaja kerana
kehalusan seni dan kilauannya yang memukau.
Menurut
Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail, batu permata adalah
sejenis batu yang terdiri
daripada ikatan karbon dengan komposit kimia yang memakan masa sehingga
berjuta-juta tahun untuk terbentuk. Proses pembentukan ini terjadi jauh di
dalam bumi yang mengalami tekanan kuat menyebabkan atom-atom karbon membentuk
kristal.
Batu berbentuk kristal itu terkeluar ke permukaan bumi
akibat letusan gunung berapi dan ia boleh ditemui di dalam batu-batu gunung
berapi yang dikenali sebagai ‘kimberlite’ dan ‘lamproite’. Sehingga ke hari
ini, batu permata disifatkan oleh masyarakat dunia sebagai sangat berharga
kerana ia adalah batu paling keras yang terhasil di bumi.
Datuk Ibrahim Ismail |
Pada zaman dahulu, manusia tidak pernah terfikir bahawa
batu permata mempunyai kilauan yang cantik. Cahaya batu permata boleh terbias
dan terpantul serta terpecah menghasilkan warna-warna pelangi, yang menyebabkan
ia berkilau. Bagaimanapun, menurut Datuk Ibrahim, kilauan batu permata
sebenarnya bergantung kepada cara ia dipotong atau dicanai.
Jelasnya lagi, batu permata juga sering dikaitkan dengan
perkara-perkara mistik. Pengamal perubatan tradisional misalnya, gemar
menyimpan batu permata berwarna oren, merah, hitam dan kuning untuk tujuan
seperti memerangkap tenaga asing.
Berdasarkan kajian sains fizik, batu jenis ini mempunyai
struktur atom yang kukuh dengan frekuensi rendah, perlahan dan digemari oleh
unsur-unsur negatif. Namun batu permata yang berwarna merah jambu, ungu, putih,
hijau dan biru didapati mempunyai struktur atom yang agak kukuh dan memiliki
frekuensi bunyi yang tinggi serta laju.
Sesuatu batu permata ditentukan nilainya melalui jenis,
warna, kejernihan, saiz – berat di dalam karat, kesukaran mendapatkannya,
populariti, dan kecantikannya. Setakat ini, berlian menjadi begitu mahal kerana
popularitinya manakala alexandrite dan emerald menjadi mahal kerana kesukaran
untuk mendapatkannya.
Mengikut
rentetan sejarah, batu permata juga turut dikaitkan dengan zodiak dalam
tamadun-tamadun terdahulu. Antara tamadun popular yang menggunakan batu permata
sebagai teknologi ialah Tamadun Atlantis, sebuah peradaban yang maju dan
berteknologi tinggi. Mungkin dengar seperti dongengan, namun kesan-kesan serta
sejarahnya masih lagi diperkatakan hingga hari ini.
Selain
itu, pada zaman dahulu juga, pengamal perubatan percaya kepada kuasa batu
permata untuk mengubati atau melegakan penyakit-penyakit tertentu. Antara
kaedah yang digunakan ialah dengan mencampurkan serbuk batu permata ke dalam
minuman, memakai permata tersebut atau meletakkannya pada bahagian tubuh yang
sakit.
Antara
batu permata yang dikatakan mempunyai
khasiat tertentu dalam perubatan ialah delima, jed, zamrud, nilam, topaz,
intan, lapis lazuli, mutiara serta baiduri. Kesemua jenis batu permata ini akan
digunakan untuk merawat penyakit yang berlainan. Bagaimanapun kesahihannya tidak dapat dipastikan. Jadi kalau ada
pembaca yang mempunyai maklumat lanjut mengenai batu permata ini, silalah
hubungi kami.
Comments
Post a Comment