Kejadian Hujan Air Batu
Pada penghujung tahun lalu, beribu-ribu penumpang penerbangan terkandas dan aktiviti penduduk bandar raya Moscow terjejas berikutan gangguan bekalan elektrik disebabkan hujan air batu telah melanda kawasan itu. Laporan akhbar melaporkan, seramai 27 orang daripada penduduk di situ telah mengalami kecederaan setelah dihempap pokok yang tumbang akibat dahannya sarat dengan ketulan air batu.
Hujan air batu tidak hanya terjadi di kawasan sub-tropika sahaja tetapi boleh juga terjadi di kawasan khatulistiwa. Di Malaysia, pada tahun 2007, hujan batu telah melanda kawasan Sungai Buloh dan Damansara di Selangor. Ketulan ais sebesar duit syiling 20 sen jelas kelihatan di kawasan tersebut.
Berdasarkan laporan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia, kejadian itu berpunca daripada penyejukan mendadak air hujan dalam awan. Ia berlaku disebabkan ais yang terbentuk dalam awan gagal cair sebelum ia mencecah bumi. Perubahan fenomena alam ini bukanlah disebabkan oleh faktor pertukaran cuaca yang mendadak akibat perubahan suhu dunia.
Menurut Prof. Dr. Mohd Alauddin Mohd Ali, Pengarah Institut Sains Angkasa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kombinasi seperti angin, hujan dan faktor ketinggian awan diperlukan dalam proses pembentukan air batu ketika hujan lebat.
Hujan air batu terbentuk ketika arus angin yang kuat membawa bersama titisan air ke lapisan atmosfera yang cukup tinggi untuk titisan air tersebut membeku. Ketulan air batu terbentuk apabila semakin banyak titisan air batu membeku menyebabkan saiznya menjadi besar.
Kejadian hujan batu yang terkini telah melanda daerah Jerantut di negeri Pahang pada 28 September 2009. Lebih 4,000 penduduk di lima kampung dan satu tanah rancangan Felda di Tembeling Tengah gempar apabila kediaman mereka rosak teruk akibat hujan air batu. Pejabat Meteorologi Kuantan Pahang melaporkan, hujan batu adalah kerpasan yang terdiri daripada ketulan ais berdiameter purata antara 5 hingga 50 milimeter. Ia hanya boleh terjadi dari awan Kumulonimbus (awan petir).
Prof. Dr. Mohd Alauddin Mohd Ali |
Salah satu proses pembentukannya adalah melalui kondensasi wap air yang terlampau dingin di atmosfera pada lapisan di atas freezing level. Air batu yang terjadi dengan proses ini biasanya berukuran besar. Disebabkan itulah, semasa ia turun ke aras yang lebih rendah, suhu relatif panas tidak berupaya mencairkan ketulan ais ini sepenuhnya.
Justeru, tidak hairanlah ketulan ais sebesar penumbuk orang dewasa terhasil dalam kejadian ribut di Tembeling Tengah. Kejadian ini berlaku selama 35 minit dan ia bermula dengan hujan lebat dengan disusuli angin kencang.
Dalam laporan itu juga menyatakan proses lain yang menyebabkan hujan batu adalah riming, di mana wap air terlampau dingin cenderung tertarik ke permukaan benih-benih air batu. Disebabkan terjadinya proses embun secara tiba-tiba maka terjadilah air batu dengan ukuran yang besar. Sementara itu, faktor daripada Taufan Ketsana juga memberi kesan sampingan ke atas keadaan cuaca di Semenanjung Malaysia ketika kejadian.
Ini menyebabkan ketulan air batu tersebut menjadi berat dan terpengaruh dengan tarikan graviti bumi hingga menyebabkan bebola ais tersebut jatuh ke bumi. Semakin kuat angin, maka semakin besar saiz bebola air batu akan terbentuk.
Namun, cuaca sejuk dan hujan juga bukan menjadi punca terjadinya hujan air batu. Keadaan landskap seperti kawasan berbukit juga antara faktor penyebab arus angin menolak lebih kuat titisan air naik ke lapisan atmosfera yang tinggi. Disebabkan Malaysia merupakan negara beriklim khatulistiwa, dan musim tengkujuh sering melanda negara ini pada setiap tahun, jadi peluang untuk mengalami hujan air batu juga adalah sangat tinggi.
Hujan lebat dan ribut petir disertai air batu sebenarnya fenomena biasa dalam musim peralihan monsun. Menurut Prof. Dr. Alauddin, sehingga kini tiada laporan terperinci bagi negara-negara yang dilanda hujan air batu kerana kebanyakan kajian dilakukan secara menyeluruh.
Hujan air batu juga dianggap sebagai ‘natural hazard’ atau tabi’i yang akan berlaku dan tiada sebarang konotasi lain meskipun ketulan air batu boleh membahayakan orang dan persekitaran. Di negara yang mengalami iklim sejuk turut mengalami hujan air batu. Namun keadaan ini disebut ‘sleet’ iaitu kejadian hujan yang turun berserta salji atau lebih dikenali dengan nama hujan ais.
Takde ke pasal punca ribut salji? :)
ReplyDeleteHari ini damansara damai terjadi lagi hujan batu....walaupun kecil,ia cukup memberi kenangan pada saya.
ReplyDeleteMak Dan ayah saya beritahu apabila human batu turun Syaitan Akan keluar
ReplyDeleteMak ayah saya kata apabila human batu turun Syaitan Akan keluar
ReplyDeleteBaru saja berlaku di melaka. Setelah 44 tahun hidup baru ni dpt alaminya
ReplyDelete