Awan Pelangi Di Everest

Bagaimanapun seorang ahli astronomi, Oleg Bartunov, 51, telah Berjaya merakam satu fenomena luar biasa ketika dia menyertai ekspedisi ke Himalaya, Nepal. Hanya dengan menggunakan kamera biasa, Burtunov yang merupakan anggota Institut Astronomi Sternberg, Moscow, Rusia berjaya merekodkan imej pelangi luar biasa yang kelihatan begitu cantik.
Mengikut pengalaman warga tempatan, fenomena awan berwarna pelangi ini jarang-jarang sekali ditemui di pergunungan Everest dan kemungkinan tidak pernah berlaku.
Kedua-dua gambar tersebut telah menampakkan hampir keseluruhan spektrum awan pelangi itu. Ujar Bartunov, dia dan ahli kumpulannya begitu terpegun melihat fenomena istimewa ini. Disebabkan leka melihat awan pelangi tersebut, dia hanya sempat mengambil beberapa keping gambar sahaja. Kejadian ini turut disaksikan bersama-sama beberapa wanita Britain yang berada di tempat kejadian.
Menurut Bartunov, fenomena awan pelangi ini berlaku kemungkinan disebabkan oleh pantulan cahaya kristal ais yang kecil di dalam awan. Cahaya itu berpunca daripada matahari yang berada tepat di bawah awan tersebut pada satu sudut yang sempurna untuk mencipta awan pelangi yang kelihatan seperti fenomena magis.
Comments
Post a Comment