Dunia semakin berangin
Dalam masa dua dekad lalu, dunia semakin berangin. Namun demikian, sehingga hari ini belum ada bukti yang dapat menjelaskan punca penyebabnya.
Berdasarkan analisis dari satelit global, kemunculan angin ekstrem yang berpunca daripada ribut didapati melonjak sebanyak 10 peratus. Sementara itu, kelajuan angin pula dianggarkan meningkat sebanyak lima peratus.
Kajian yang dilakukan di University of Technology, Melbourne, Australia juga, mendapati kadar kelajuan angin di dunia meningkat sejak akhir-akhir ini. Pun begitu, setakat ini punca penyebab berlakunya fenomena tersebut masih belum dapat dikenal pasti. Sama ada ianya berlaku akibat pemanasan global atau perubahan pola cuaca, belum dapat disimpulkan secara tepat.
Dengan keadaan angin seperti ini, kajian yang dilakukan mendapati akan berlaku perubahan pada struktur bangunan, hakisan laut serta ekosistem maritim.
Comments
Post a Comment