Sperma ciptaan manusia
Para pengkaji dari Universiti Newcastle, berjaya mencipta sperma sintetik yang pertama di dunia. Ia diberi nama In-Vitro Derived (IVD). Ia diambil daripada sel batang embrionik yang dimiliki oleh lelaki dengan meningkatkan kesuburan mereka.
Penciptanya, Professor Karim Nayemia menjelaskan, sperma ini memiliki kandungan yang sama dengan sperma asli. Ia juga mengandungi haploid nucleus yang mempunyai 23 kromosom, berekor dan mempunyai kemampuan untuk berenang.
Sperma ini juga memberikan peluang kepada lelaki-lelaki yang mandul untuk memiliki anak. Pun begitu mereka haruslah membuat pemeriksaan doktor terlebih dahulu sebelum menggunakan sperma ini.
Selain itu, Nayemia juga memberitahu, memang agak mustahil jika mereka menggunakan sel perempuan bagi mencipta sperma sintetik ini. Ini kerana, sperma sintetik hanya menggunakan kromosom Y yang terdapat pada lelaki.
Walau bagaimanapun, pengkaji-pengkaji lain menyarankan supaya Nayemia dan kumpulannya membuat ujian lanjutan bagi memastikan sperma IDV boleh diguna pakai.
Comments
Post a Comment