Kanak-kanak Terkuat

Baru berusia lima tahun, tapi badan seperti juara bina badan. Itulah keadaan yang berlaku di Rom apabila munculnya seorang kanak-kanak yang mempunyai kekuatan luar biasa. Giuliano Stroe, telah berjaya menarik perhatian ramai orang dengan melakukan pelbagai aksi yang sukar bagi seorang kanak-kanak normal lain.

Antara aksi yang pernah dilakukannya adalah berdiri dalam keadaan terbalik dan juga berjalan dalam keadaan terbalik sepanjang 10 meter dengan sebiji bola diapit oleh kedua-dua kakinya.

Malah, kekuatan luar biasa itu membawanya bergelar ‘Hulk Hogan’ sempena nama ahli gusti terkenal. Awal tahun ini, dia telah meletakan nama dalam Guinness World Of Record selepas berjaya menarik perhatian panel hakim untuk diletakkan dalam kategori manusia paling kuat pada usia muda.

Menurut bapanya, Julian Stroe, 33, memberitahu, badan anaknya itu sama seperti kanak-kanak normal lain dulu. Namun, tidak lama kemudian, anak sulung daripada empat adik- beradik  mula menunjukkan minat dan selalu mengikutnya ke gimnasium.

Sejak dari itu, Stroe mula melatih anaknya setiap kali dia berkunjung ke gimnasium. Bagaimanapun, anaknya itu dilarang sama sekali berlatih seorang diri kerana bimbang akan mengalami kecederaan. Meskipun begitu, kata Stroe, walaupun anaknya memiliki badan sasa, namun perlakuan dan kehidupan sehariannya sama seperti kanak-kanak lain yang sukakan melukis, menonton kartun dan bermain di padang.  

Kesan dan akibat jangka panjang

Jelas Pensyarah di Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Samsilah Roslan berkata, melihat pada kes ini, setakat ini sukar untuk dipastikan dan belum ada kajian terbaru lagi mengenainya.

Namun jika dilihat dari aspek kajian sains sukan mendapati seseorang atlet normal mungkin tidak akan terlibat dengan gejala Osteoporosis sekiranya masih aktif menjalani latihan. Tapi jika seseorang atlet normal berhenti dari menjalani latihan, maka lebih cepat atlet itu mengalami penyakit tulang reput.

Kata Samsilah, sebenarnya bagi seorang kanak-kanak dalam lingkungan umur satu hingga lima tahun amat berbahaya jika diberi latihan mengangkat bebanan yang berat. Ini kerana, tubuh badan kanak-kanak pada usia ini masih lagi tidak bersedia  kerana bentuk fizikal serta otot dan tulang dalam badan masih lagi belum matang. Justeru, ia akan mengakibatkan kecederaan serius akan berlaku. Bagi kes yang berlaku pada Giuliano, Samsilah menjelaskan, agak pelik kerana kanak-kanak ini tidak mengalami sebarang kecederaan semasa melakukan latihan.

Bagaimanapun, terdapat andaian awal boleh dikemukakan dalam hal ini. Pertama, kemungkinan ketahanan genetik yang berbeza dari kanak-kanak normal yang lain. Ketahanan ini mungkin berlaku sewaktu kanak-kanak mendapat pemakanan yang tinggi sewaktu berada dalam kandungan.

Kedua, kemungkinan reaksi seronok dan minat ditunjukkan semasa kanak-kanak ini menjalani latihan. Jelas Samsilah, apabila kanak-kanak ini terdedah pada sesuatu benda, biasanya ia akan menarik minat untuk mencuba. Ini juga mungkin boleh dijadikan sebagai andaian awal mengapa Giuliano tidak mengalami kecederaan.












Comments

Popular posts from this blog

Air yang menyembuhkan penyakit

Manusia kembar dengan binatang

Kenapa burung nuri boleh bercakap?