Syarat Pinjaman Peribadi Bank Orang Bunian

Gambar sekadar hiasan
Semua orang pernah dengar tentang orang bunian. Dikatakan mereka ini terdiri daripada salah satu bangsa Jin yang menyerupai dan hidup seperti manusia. Tapi apakah benar mereka sudah moden hingga mempunyai sebuah bank yang canggih dan mampu menawarkan pinjaman kepada manusia yang berada di luar alam semesta mereka.

Perkara yang mengelirukan ini diakui benar oleh Abdul Star Khan Mohamaad Bux, 36, daripada Petaling Jaya Selangor. Katanya, dia sendiri pernah ditawarkan untuk membuat pinjaman peribadi oleh bank orang bunian.

Gambar sekadar hiasan
Kisahnya bermula selepas kandungan isterinya hilang secara tiba-tiba sekitar tahun 2006 lalu. Dia dan isteri berasa pelik kenapa kejadian sebegitu berlaku kepada mereka. Menurut jiran tetangga dan saudara mara, anak sulung mereka itu di ambil orang bunian, tapi Abdul Star tidak percaya kerana mustahil jin boleh ambil anak manusia kerana jasad manusia tidak sama dengan jin.

Beberapa hari kemudiannya, dia  berjumpa dengan seorang lelaki separuh umur di sebuah surau yang tidak jauh daripada kawasan perumahannya. Lelaki itu seolah-olah mengenalinya rapat. Tanpa prasangka, Abdul Star berjabat salam dengannya. Selesai solat, lelaki itu sekali lagi berjumpanya. Dia memperkenalkan diri sebagai orang bunian yang mengambil dan memelihara anak sulungnya.

Gambar sekadar hiasan
Abdul Star yang masih tidak percaya dengan dakwaan itu meminta agar orang tua itu membawanya berjumpa anak sulungnya itu di alam bunian sebagai bukti kata-katanya benar.  Orang tua itu bersetuju dan membawanya ke rumahnya di alam bunian. Sejak itu, Abdul Star boleh berhubung dengan alam bunian. Dia dibenarkan berjumpa dan melawat anaknya dan sekarang anaknya sudah berusia empat tahun.

Kemudian,  selang beberapa tahun kemudiannya, dia mengalami masalah kewangan. Orang tua itu pun memberikan jalan penyelesaian. Caranya ialah dengan membuat pinjaman peribadi dengan bank orang bunian.

Kata Abdul Star, lelaki itu memberitahu satu nombor rahsia kepadanya untuk menghubungi bank tersebut. Nombor tersebut adalah 55xxxxxxx. Selang beberapa hari kemudian, dia menghubungi nombor berkenaan tetapi tiada jawapan diterima. Keesokannya, dia menerima panggilan dari nombor yang didailnya semalam. 

Tambahnya lagi, ketika bercakap di talian, dia mendengar suara seorang wanita yang memberitahunya bahawa dia layak untuk membuat pinjaman peribadi daripada bank ini tetapi dia perlu memenuhi satu syarat kelayakan bank.

“Syarat yang ditawarkan amat sukar untuk dipenuhi. Saya percaya, tidak ramai manusia mampu melakukannya. Macam tidak percaya langsung. Belum pernah lagi seumur hidup saya berjumpa dengan syarat kelulusan pinjaman sebegitu. Wanita itu memberitahu, saya perlu menghafal beribu-ribu ayat al-Quran dalam beberapa surah yang akan diberikan kepada saya sebagai kelayakan untuk mendapatkan pinjaman. Jika tidak, pihak bank tidak dapat meluluskan pinjaman peribadi saya.

“Saya tanya lagi wanita itu, macam mana pula cara membayar balik pinjaman itu. Wanita itu berkata, saya cuma perlu masukkan duit ke dalam akuan bank yang biasa yang saya gunakan dan pihaknya akan menguruskan soal itu dengan bank berkenaan kemudiannya.

“Wanita itu juga memberitahu, jika pinjaman saya itu lulus, pihaknya akan terus memasukkan duit itu ke dalam akaun simpanan saya atau saya perlu tunggu Cek yang akan di pos kepada saya,” Ujar Abdul Star.

Abdul menolak tawaran yang diberikan kepadanya kerana menganggapnya sebagai sesuatu yang tidak lojik. Baginya, walaupun dia berpeluang tetapi syarat lain yang ditawarkan itu sukar baginya kerana kelayakan sebenar untuk berjaya meminjam adalah terdiri daripada kalangan orang terpilih sahaja.

Abdul Star(kiri) menceritakan kepada penulis(kanan)
mengenai tawaran pinjaman daripada bank bunian kepadanya
Menurut cerita lelaki tua itu, ramai manusia pernah mendapat pinjaman peribadi daripada bank bunian tapi banyak di antara mereka merana kemudiannya kerana tidak mampu membayar balik. Bank bunian tidak mengikat amaun tertentu untuk membayar balik tetapi peminjam perlu membayarnya tanpa boleh lari daripada hutang meskipun berjumlah RM10. 

Sifat tamak manusia dengan sikap tidak jujur pada sesuatu perjanjian menyebabkan mereka ditimba pelbagai musibah sehingga meninggal dunia. Orang bunian mementingkan kejujuran dan keikhlasan  serta keredaan. Bagaimanapun, sekiranya peminjam meninggal dunia sebelum habis hutangnya, baki hutang itu dianggap hapus dan halal sampai bila-bila.

NOTA  PENULIS:

Penulis cuba menghubungi nombor yang dimaksudkan itu dan memang betul ada seorang wanita yang menjawab panggilan kami. Kata wanita itu, harap maaf, sila dail 013 atau 019 diikuti nombor telefon, terima kasih.  Apa pun, kampung bunian memang betul-betul wujud dalam peta Malaysia. Ia terletak di daerah Maran, Pahang. Tinjauan Infiniti ke kampung berkenaan mendapati penduduk kampung itu mempunyai kad pengenalan dan diiktiraf sebagai warganegara Malaysia. 

Comments

  1. Apa yang di nyatakan oleh saudara abdul star memag benar tentang syaratnya. Mungkin saudara boleh bertanya apa alternatif selain syarat itu. Jika tidak keberatan boleh saudara kawasan pekampungan bunian yang saudara berurusan. Kerana lain kawasan perkampungan bunian, setengah memberi alternatif syarat lain iaitu zikir 20 ribu selama 7 hari bersama dengan puasa putih.

    wassalam

    ReplyDelete
  2. Jika sesiapa yang ada cek alam bunian .....kami boleh ikhtiarkan menukar kepada wang dengan izin ALLAH......sila hubungi 0145457382

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy ada cek bunian,sy nk tye cek ni ada tamat tempoh ke..

      Delete
    2. Sy ada cek bunian,sy nk tye cek ni ada tamat tempoh ke..

      Delete
  3. terima kasih. info tersebut amat berguna. Alternatif lain, rasanya boleh jumpa seorang ustaz yang tinggal di Johor. kumpulan kami berjaya mendapatkan 'cash money'dengan pedoman dari beliau bulan Disember lalu di Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Semoga Allah berkati usaha dan urusan rezeki kami selanjutnya. Justeru biarlah info ini dikongsi bersama, semoga bermunafaat. Untuk panduan lokasi rumah Ustaz adi wijaya bin iskandar : sebelah masjid darul sakinah, kampong belahan tampok, rengit, batu pahat, johor.Rasanya nombor telefon ini masih aktif kott...013-7251546 / 011-35109407

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengawal Rumah Melayu Lama

Laluan rahsia Genting Bidai

Air yang menyembuhkan penyakit