Ulu Sembah, Kampung tanpa penghuni
Terletak kira-kira lima kilometer(KM) dari bandar Bentong, Pahang, wujud sebuah kampung tradisional yang sejak sekian lama tidak berpenghuni. Ia seolah-olah begitu terasing dan tiada penduduk mendiaminya. Keadaan pelik ini kekal sehingga hari ini. Persoalannya, mengapa ia berkeadaan sedemikian? Bukit Kutu yang tersergam indah Mengikut legenda tempatan, kampung tersebut telah musnah akibat dilanda banjir yang amat dahsyat pada tahun 1926. Mengikut cerita lisan, ketika peristiwa banjir itu berlaku dikatakan muncul seekor naga dari arah sebuah bukit berhampiran yang dikenali ‘Bukit Kutu’. Akibatnya, air daripada bukit tersebut telah menyebabkan sebatang sungai berhampiran yang dikenali Sungai Sembah melimpah lalu menenggelamkan hampir 100 peratus keseluruhan kampung itu. Kira-kira dua minggu selepas kawasan tersebut ditenggelami air, penduduk kampung di Ulu Sembah dilanda masalah kehilangan sumber makanan yang amat serius. Lebih meny...