Posts

Showing posts from April, 2015

Tragedi Butterworth

Image
Kira-kira 27 tahun lalu, satu peristiwa hitam telah menggemparkan seluruh rakyat di Malaysia. Ia mengisahkan situasi cemas yang berlaku di sebuah terminal feri yang dikenali Pangkalan Sultan Abdul Halim, Pulau Pinang. Ketika kejadian berlaku, terminal tersebut dikatakan roboh akibat jumlah muatan yang berlebihan hingga menyebabkan 32 orang mangsa terkorban manakala 1,543 lagi cedera. Mengikut kronologi tragedi berkenaan, ia berlaku pada 31 Julai 1988 iaitu pada pukul 4.40 petang. Terminal feri tersebut dilaporkan sesak sejak awal pagi akibat kemasukan ribuan pengunjung  yang ingin menyeberang ke Pulau Pinang. Difahamkan, rata-rata pengunjung yang berada di situ adalah puluhan ribu penduduk tempatan dan luar negara yang datang untuk menyaksikan dua perayaan yang membabitkan kaum Cina iaitu, Pesta Dewi Kwan Yin di Georgetown dan sambutan ulang tahun Gereja St Anne, di Bukit Mertajam. Keadaan itu menyebabkan Jambatan Pulau Pinang ditutup pada kenderaan awam untuk me

Sindrom Kepala Meledak

Image
Seorang pemuda, Rashidi(bukan nama sebenar) dari Klang, Selangor, didapati telah mengalami satu penyakit ganjil yang menyebabkannya sering kali diganggu bunyi bising sewaktu tidur. Walaupun sebelum ini pernah cuba untuk melelapkan mata, namun dia pasti terjaga sejurus mendengar bunyi bising yang seakan-akan bunyi letupan. Keadaan itu berlaku secara automatik setiap kali pada waktu tengah malam. Bercerita lanjut mengenai penyakit aneh yang dialaminya, kata Rashidi, keadaannya menjadi begitu sejak di usia remaja lagi. Pada ketika itu, dia mengalami sakit kepala yang serius. Malangnya, selepas pulih dari kesakitan itu dia tidak mampu tidur dengan nyenyak pada setiap hari kerana diganggu oleh bunyi yang sangat kuat. Bimbang dengan perubahan aneh yang dihadapinya, Rashidi cuba mendapatkan khidmat daripada pengamal perubatan. Malangnya, rata-rata daripada mereka yang ditemuinya tidak berjaya mengesan punca penyakit pelik yang dialami pemuda itu. Pada masa yang sama, kes

Geographic Tongue

Image
Do YOU have 'geographic tongue'? Physicists shed light on bizarre condition that makes the tongue look like a map  The condition causes a mottled tongue, but no one knows why It is not contagious but can be painful and affects 2% of individuals New equations have revealed how geographic tongue creates patterns Doctors may be able to judge the severity of condition based on patterns By  ELLIE ZOLFAGHARIFARD FOR DAILYMAIL.COM It's a gruesome condition that has long baffled scientists. Known as geographic tongue (GT), the ailment causes people to have a mottled tongue featuring bizarre designs such as circles and what has been described as a 'map of continents'. While no one is sure what causes it, physicists have recently discovered there are two types of GT which, combined, affect around two per cent of the population. Geographic tongue (GT) changes the tongue's upper layer of tissue, called the epithelium, which contains

Benua yang tenggelam di Asia Tenggara

Image
Seorang penulis buku dari British, Stephen Oppenheimer, telah mencetuskan kontroversi apabila menyatakan sejarah peradaban manusia sebenarnya bermula di Asia Tenggara. Menerusi buku yang ditulisnya, Eden in the East, Oppenheimer mengemukakan teori bahawa sebuah lokasi yang dikenali Sundaland atau Pentas Sunda merupakan kawasan yang pertama pernah didiami oleh manusia sebelum bermigrasi ke tempat lain. Menurut Oppenheimer, beberapa tamadun awal seperti  Mesopotamia, Lembah Sungai Indus dan China merupakan sebahagian pecahan awal daripada populasi penduduk yang bermigrasi dari b. Situasi ini berlaku disebabkan satu kejadian bencana banjir besar yang menenggelamkan wilayah Pentas Sunda kira-kira 14, 500 tahun hingga 7,200 tahun yang lalu. Ekoran keadaan itu, sebahagian besar populasi penduduk yang mendiami kawasan tersebut terpaksa bermigrasi ke beberapa lokasi lain iaitu di benua Asia, kepulauan Jepun dan kepulauan Pasifik. Berdasarkan data geologi dan oseanografi

Kemunculan zaman ais baru

Image
Seorang pakar fizik dari City College of New York, Amerika Syarikat, Dr. Michio Kaku, telah mencetuskan kontroversi mengenai masa hadapan dunia. Mengikut  teori yang dikemukakannya, beliau meramalkan dunia bakal dilanda satu fenomena alam yang pernah lenyap kira-kira 600,000 tahun yang lalu. Fenomena alam tersebut adalah kewujudan zaman ais baru. Mengikut laporan daripada Discovery News, Kaku mengemukakan andaian kemungkinan kejadian gempa bumi yang berlaku di negara Jepun awal Mac lalu telah mengubah landskap dan pergerakan bumi. Apabila situasi ini berlaku, ia akan mengakibatkan satu perubahan cuaca yang luar biasa dan boleh mengakibatkan bumi sekali lagi menjadi beku. Jelas beliau, impak gempa bumi berukuran 9.0 pada skala Richter yang melanda Jepun telah menyebabkan paksi bumi menyendeng  sebanyak 25 sentimeter, sekali gus mengakibatkan kadar putaran bumi berubah pantas dalam tempoh lebih sejuta mikro sesaat. Selain itu, perubahan lain turut berlaku termasuk pe