Kemunculan zaman ais baru




Seorang pakar fizik dari City College of New York, Amerika Syarikat, Dr. Michio Kaku, telah mencetuskan kontroversi mengenai masa hadapan dunia. Mengikut  teori yang dikemukakannya, beliau meramalkan dunia bakal dilanda satu fenomena alam yang pernah lenyap kira-kira 600,000 tahun yang lalu. Fenomena alam tersebut adalah kewujudan zaman ais baru.

Mengikut laporan daripada Discovery News, Kaku mengemukakan andaian kemungkinan kejadian gempa bumi yang berlaku di negara Jepun awal Mac lalu telah mengubah landskap dan pergerakan bumi. Apabila situasi ini berlaku, ia akan mengakibatkan satu perubahan cuaca yang luar biasa dan boleh mengakibatkan bumi sekali lagi menjadi beku.

Jelas beliau, impak gempa bumi berukuran 9.0 pada skala Richter yang melanda Jepun telah menyebabkan paksi bumi menyendeng  sebanyak 25 sentimeter, sekali gus mengakibatkan kadar putaran bumi berubah pantas dalam tempoh lebih sejuta mikro sesaat. Selain itu, perubahan lain turut berlaku termasuk pergerakan kerak bumi yang jatuh menjunam ke dalam rekahan sepanjang 402 kilometer dan membuka jurang seluas 9.6 kilometer di bawah Lautan Pasifik.

Apabila situasi ini berlaku, jelas Kaku, peredaran masa dalam sehari akan menjadi lebih singkat berbanding sebelumnya. Justeru, keadaan ini berkemungkinan akan menyebabkan permukaan bumi kurang mendapat cahaya matahari sekali gus mengakibatkan penurunan suhu yang jatuh mendadak.  

Bagaimanapun, teori  Zaman Ais Baru yang dikemukakan oleh pakar fizik tersebut disangkal sama sekali oleh beberapa saintis lain. Kebanyakan mereka tidak bersetuju dengan teori tersebut dan menganggap kewujudan zaman itu tidak mungkin akan berlaku.

Menurut seorang saintis Britain, Bethan Harris, mengakui bahawa impak gempa bumi sememangnya boleh mengakibatkan pergerakan bumi sejauh beratus-ratus kilometer. Namun, keadaan itu tidaklah serius kerana impak tersebut hanyalah berada pada tahap minimum sahaja.

Selain itu, seorang pakar geofizik Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA), Richard Goss, mengemukakan pendapat bahawa  perubahan yang menyebabkan putaran bumi adalah satu isu kekal yang perlu dihadapi manusia sejagat.

Hakikatnya, ia bukanlah kejadian yang pertama disebabkan oleh kejadian gempa bumi besar yang mengubah tempoh sehari di bumi. Malah, ia dilihat  semakin pendek disebabkan gegaran kuat sebelum ini. Buktinya, kejadian gempa bumi berukuran 8.8 pada skala Richter yang berlaku di negara Chile pada tahun 2010.

Berdasarkan kajian yang dilakukan mendapati, impak  gempa bumi tersebut turut meningkatkan kadar putaran bumi dan memendekkan hari kepada 1.26 mikro sesaat. Perkara yang sama turut berlaku ketika kejadian gempa bumi di Sumatera, Indonesia pada tahun 2004. Impak gempa bumi yang berukuran 9.1 pada skala Richter itu turut memendekkan hari kepada 6.8 mikro sesaat.

Selain teori Zaman Ais Baru yang kini menjadi perdebatan hangat di kalangan para saintis di seluruh dunia, timbul pula dakwaan yang mengatakan impak gempa bumi di Jepun mungkin belum lengkap sepenuhnya. Dilaporkan, sekurang-kurangnya sebanyak 20 gegaran susulan berukuran 6.0 pada skala Richter telah di negara tersebut. Difahamkan, gegaran susulan yang berlaku ini turut berkeupayaan mengubah tempoh masa dalam sehari.


Zaman Ais atau Pleistocene dikatakan mula terbentuk secara tidak tetap sejak lebih dua bilion tahun lalu. Pada zaman ini, lapisan ais terbentuk sebahagian besar benua di muka bumi. Setakat ini, punca sebenar perubahan zaman ini masih belum diketahui namun para saintis mengaitkannya dengan perubahan putaran bumi.
 

Comments

Popular posts from this blog

Pengawal Rumah Melayu Lama

Laluan rahsia Genting Bidai

Air yang menyembuhkan penyakit