Posts

Showing posts from 2015

Warkah cinta tertua di dunia

Image
Siapa sangka batu bersurat yang dijumpai di lembah Nippur, Iraq menjadi satu artifak yang cukup berharga dalam penyelidikan arkeologi. Apa yang menariknya, batu bersurat tertera tulisan Cuneiform ini sebenarnya adalah sebuah warkah cinta yang tertua pernah direkodkan.   Mula dijumpai pada tahun 1889, ukiran batu ini telah ditemui seorang ahli arkeologi dari Universiti Philadelphia, Amerika Syarikat, Profesor Noah Kramer . Difahamkan, ukiran batu bersurat ini merupakan sebuah artifak peninggalan masyarakat Sumeria- sebuah bangsa yang menduduki tamadun awal Mesopotamia.   Pada mulanya, objek ukiran batu tersebut hanya dianggap sebagai penemuan biasa sahaja. Bagaimanapun, selepas 58 tahun kemudian barulah diketahui  artifak berkenaan sebenarnya sangat bernilai terutamanya membongkar rahsia kisah kehidupan masyarakat kuno itu.  Berdasarkan penyelidikan lanjut dan proses terjemahan mendapati, batu bersurat tersebut merupakan surat cinta yang diukir khas sempena hadiah per

Strawberi warna biru

Image
Bolehkah warna sebiji buah diubah menjadi warna lain? Apakah kejuruteraan genetik tumbuhan mampu melakukannya? Berdasarkan pendedahandi beberapa laman sesawang, ternyata usaha tersebut pernah dilakukan dan didakwa menunjukkan hasil yang positif.    Salah satu kajian yang dilakukan adalah pengubahsuaian warna buah strawberi yang asalnya berwarna merah ditukarkan menjadi biru. Dikhabarkan, teknologi baru ini diusahakan oleh para saintis di sebuah syarikat penyelidikan Genetically Modified Organism (GMO) yang berpusat di negara Amerika Syarikat. Selain melakukan pengubahsuaian warna, syarikat itu juga mendakwa berjaya menghasilkan buah strawberi yang lebih berkualiti dan tahan suhu di bawah paras beku. Ia di buktikan melalui satu penemuan sejenis gen baru yang diperoleh daripada spesies ikan yang dikenali Artic Flounder Fish . Kononnya, gen ini dikatakan mengandungi kandungan kimia anti beku yang membolehkan buah tersebut di simpan dalam tempoh masa y

Dibayar untuk melihat api

Image
Jika bercakap perihal api dan kerjaya, semua orang pasti sependapat bahawa ia adalah tugas seorang anggota bomba. Sebenarnya, anggapan tersebut sama sekali meleset kerana wujud satu kerjaya lain yang berkaitan dengan api. Cuma apa yang membezakannya dengan tugas bomba, kerjaya ini hanya dibayar untuk melihat api.   Mungkin bunyinya seperti sesuatu yang kelakar dan janggal, tapi ia adalah pekerjaan yang benar-benar wujud dan ditawarkan kepada sesiapa yang layak. Jadi, bagi sesiapa yang pernah beberapa kali mencuba memohon untuk menjadi seorang anggota bomba akan tetapi masih gagal, anda mungkin boleh mencuba kerjaya ini pula.   Setakat ini, jawatan tersebut yang dikenali Fire Lookout  atau peninjau kebakaran ini hanya ditawarkan di 16 buah negara sahaja. Antara negara yang menawarkan pekerjaan ini adalah Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Uruguay, Brazil, Australia, New Zealand, Indonesia, Perancis, Itali, Portugal, Sepanyol, Jerman, Latvia, Israel dan Afrika Selatan.

Hamil selepas sentuh Patung Kesuburan

Image
Sekitar tahun 90-an, bandar  Orlando, Florida, Amerika Syarikat cukup terkenal dan menjadi bualan masyarakat di seluruh dunia. Ia berikutan sebuah kisah sepasang patung kayu yang didakwa telah menghamilkan 2000 orang wanita. Mungkin bunyinya seperti sesuatu yang kelakar dan mengarut, tapi kisah ini benar-benar berlaku. Ia diakui sendiri oleh pemilik patung ini iaitu sebuah syarikat penerbitan terkenal Amerika Syarikat, Ripley’s Entertaiment yang berpusat di bandar tersebut. Pada tahun pertama patung dipamerkan, syarikat tersebut mendakwa satu keadaan luar biasa telah berlaku. Ia bagaikan seperti satu situasi yang dirancang apabila 13 orang pekerja termasuk beberapa pengunjung disahkan hamil selepas menyentuh patung terbabit. Ada di antara berasa terkejut dan tidak menyangka mengandung dalam waktu yang singkat walaupun telah mengambil pil perancang. Seorang wanita yang pernah menyentuh patung tersebut yang merupakan salah seorang pekerja di s

Bandar biru Jodhpur

Image
Ribuan seni bina yang terletak di Jodhpur, wilayah Rajashtan, utara India, menyimpan seribu satu rahsia yang masih menjadi misteri sehingga hari ini. Seolah-olah berada di dunia lain, bandar tersebut dipenuhi pelbagai binaan yang berwarna biru. Lantaran keadaan itu, bandar misteri berkenaan digelar sebagai Kota Biru. Berikutan keadaan cuacanya yang sentiasa cerah sepanjang tahun, ia juga turut mendapat jolokan nama sebagai ‘Sun City’. Sepanjang tahun, bandar Jodhpur yang terletak di wilayah Rajashtan, India sentiasa dikunjungi orang ramai yang datang dari segenap pelosok dunia. Kesemua mereka datang dengan satu impian iaitu ingin menyaksikan ribuan seni bina berwarna biru di bandar tersebut. Persoalannya yang sering ditanya, mengapa keseluruhan binaan di bandar tersebut berwarna biru? Apakah punca yang menyebabkan masyarakat di kawasan itu mengecat kediaman mereka dengan warna yang sama? Jika dilihat dengan logik akal, ia adalah satu perkara yang tidak m

Manusia & bunga

Image
Sejak azali lagi, bunga merupakan sejenis spesies tumbuhan yang diakui banyak berkait rapat di dalam kehidupan dan kebudayaan manusia. Bukan itu sahaja, tumbuhan ini dianggap sebagai lambang yang sangat bermakna khususnya bagi seseorang individu, masyarakat dan bangsa. Menurut Ketua Program Antropologi & Sosiologi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Puan Zaidah Mustapha, dalam konteks kehidupan dan kebudayaan manusia mendapati, tumbuhan ini sudah dikenali sejak sekian lama. Ia dianggap sebagai satu hidupan yang berguna dalam kehidupan manusia. Berdasarkan pemerhatian beliau, penggunaan tumbuhan ini kemungkinan mula digunakan manusia ketika upacara pengebumian. Dalam tamadun manusia, ritual ini sangat penting bagi seseorang individu, institusi kekeluargaan atau satu masyarakat bagi menghargai orang yang sudah mati. Oleh itu, bunga dilihat sebagai salah satu elemen yang sesuai bagi tujuan tersebut sehingga ke hari ini.   

Tragedi Butterworth

Image
Kira-kira 27 tahun lalu, satu peristiwa hitam telah menggemparkan seluruh rakyat di Malaysia. Ia mengisahkan situasi cemas yang berlaku di sebuah terminal feri yang dikenali Pangkalan Sultan Abdul Halim, Pulau Pinang. Ketika kejadian berlaku, terminal tersebut dikatakan roboh akibat jumlah muatan yang berlebihan hingga menyebabkan 32 orang mangsa terkorban manakala 1,543 lagi cedera. Mengikut kronologi tragedi berkenaan, ia berlaku pada 31 Julai 1988 iaitu pada pukul 4.40 petang. Terminal feri tersebut dilaporkan sesak sejak awal pagi akibat kemasukan ribuan pengunjung  yang ingin menyeberang ke Pulau Pinang. Difahamkan, rata-rata pengunjung yang berada di situ adalah puluhan ribu penduduk tempatan dan luar negara yang datang untuk menyaksikan dua perayaan yang membabitkan kaum Cina iaitu, Pesta Dewi Kwan Yin di Georgetown dan sambutan ulang tahun Gereja St Anne, di Bukit Mertajam. Keadaan itu menyebabkan Jambatan Pulau Pinang ditutup pada kenderaan awam untuk me

Sindrom Kepala Meledak

Image
Seorang pemuda, Rashidi(bukan nama sebenar) dari Klang, Selangor, didapati telah mengalami satu penyakit ganjil yang menyebabkannya sering kali diganggu bunyi bising sewaktu tidur. Walaupun sebelum ini pernah cuba untuk melelapkan mata, namun dia pasti terjaga sejurus mendengar bunyi bising yang seakan-akan bunyi letupan. Keadaan itu berlaku secara automatik setiap kali pada waktu tengah malam. Bercerita lanjut mengenai penyakit aneh yang dialaminya, kata Rashidi, keadaannya menjadi begitu sejak di usia remaja lagi. Pada ketika itu, dia mengalami sakit kepala yang serius. Malangnya, selepas pulih dari kesakitan itu dia tidak mampu tidur dengan nyenyak pada setiap hari kerana diganggu oleh bunyi yang sangat kuat. Bimbang dengan perubahan aneh yang dihadapinya, Rashidi cuba mendapatkan khidmat daripada pengamal perubatan. Malangnya, rata-rata daripada mereka yang ditemuinya tidak berjaya mengesan punca penyakit pelik yang dialami pemuda itu. Pada masa yang sama, kes

Geographic Tongue

Image
Do YOU have 'geographic tongue'? Physicists shed light on bizarre condition that makes the tongue look like a map  The condition causes a mottled tongue, but no one knows why It is not contagious but can be painful and affects 2% of individuals New equations have revealed how geographic tongue creates patterns Doctors may be able to judge the severity of condition based on patterns By  ELLIE ZOLFAGHARIFARD FOR DAILYMAIL.COM It's a gruesome condition that has long baffled scientists. Known as geographic tongue (GT), the ailment causes people to have a mottled tongue featuring bizarre designs such as circles and what has been described as a 'map of continents'. While no one is sure what causes it, physicists have recently discovered there are two types of GT which, combined, affect around two per cent of the population. Geographic tongue (GT) changes the tongue's upper layer of tissue, called the epithelium, which contains

Benua yang tenggelam di Asia Tenggara

Image
Seorang penulis buku dari British, Stephen Oppenheimer, telah mencetuskan kontroversi apabila menyatakan sejarah peradaban manusia sebenarnya bermula di Asia Tenggara. Menerusi buku yang ditulisnya, Eden in the East, Oppenheimer mengemukakan teori bahawa sebuah lokasi yang dikenali Sundaland atau Pentas Sunda merupakan kawasan yang pertama pernah didiami oleh manusia sebelum bermigrasi ke tempat lain. Menurut Oppenheimer, beberapa tamadun awal seperti  Mesopotamia, Lembah Sungai Indus dan China merupakan sebahagian pecahan awal daripada populasi penduduk yang bermigrasi dari b. Situasi ini berlaku disebabkan satu kejadian bencana banjir besar yang menenggelamkan wilayah Pentas Sunda kira-kira 14, 500 tahun hingga 7,200 tahun yang lalu. Ekoran keadaan itu, sebahagian besar populasi penduduk yang mendiami kawasan tersebut terpaksa bermigrasi ke beberapa lokasi lain iaitu di benua Asia, kepulauan Jepun dan kepulauan Pasifik. Berdasarkan data geologi dan oseanografi