Posts

Showing posts from November, 2014
Pertemuan bersama seorang pengumpul barangan purba En. Ariz dari Kampung Mengketil, Machang Kelantan.

Minum petrol selama 42 tahun

Image
Siapa sangka seorang warga emas, Chen Dejun, 71,  dari Nanchuan, barat daya daerah Chongqin, China, menjadi orang terkenal ekoran tabiat peliknya yang suka meminum cecair bahan api. Jelas Chen, dia mula meminum  cecair  bahan  api  itu sejak  42 tahun lalu. Ketika itu, dia telah mengalami batuk dan rasa sakit yang serius pada bahagian dadanya. Setelah puas mencuba pelbagai ubat, penyakit yang dialaminya masih belum sembuh. Justeru, dia akhirnya mengambil keputusan mencuba satu petua lama yang menggunakan minyak tanah untuk merawat penyakitnya. Sejak mencuba petua tersebut, penyakit yang dihidapinya mula menunjukkan perubahan. Selepas Chen sembuh daripada penyakitnya, dia menghadapi pula masalah ketagih meminum minyak tanah. Setelah puas menikmati minyak tanah, warga emas tersebut berubah selera dan cuba meminum minyak petrol pula. Jelas Chen, dia akan meminum tiga hingga 3.5 liter minyak petrol dalam tempoh sebulan yang dibeli di sebuah stesen minyak berhampiran rumahn

Tahukah anda?

·          Pokok oak tidak berbuah melainkan ia menjangkau usia lebih 50 tahun. ·          Cecair di dalam kelapa boleh digunakan untuk menggantikan plasma darah. ·          Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama berbanding seorang  yang kidal.  ·          Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembuluh darah.  ·          Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu. ·          Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.  ·          Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan. ·          Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.  ·          Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.  ·          Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibout

Tidak pernah jamah makanan pepejal selama 25 tahun

Image
Gambar hiasan Seorang pemuda, Mohd Aidil Amri Saa’din, 25, dari Alor Setar, Kedah, telah didapati mengalami satu penyakit ganjil yang menyebabkannya tidak boleh menjamah sebarang bentuk makanan pepejal. Walaupun sebelum ini pernah mencuba sesuap nasi, tetapi apabila ditelan pemuda tersebut  segera memuntahkan kembali makanan itu. Bercerita lanjut mengenai penyakit aneh yang dialaminya, kata Aidil, ia berlaku semenjak dia kecil lagi. Disebabkan sukar menjamah sebarang makanan berbentuk pepejal, dia tidak pernah merasai keenakan nasi lemak, apatah lagi menikmati rendang dan ketupat pada pagi Aidilfitri. Dakwa pemuda itu, ini kerana keadaan tubuhnya hanya boleh memproses makanan dalam bentuk cecair  sejak dia dilahirkan. Tabiat mengambil cecair sebagai makanan bermula sejak dia berusia satu tahun. Ketika itu, ibunya cuba memberikannya nasi, tetapi dia selalu melarikan diri. Sejak itu, dia tidak pernah menyentuh makanan yang berbentuk pepejal melainkan cecair sebagai makanan r

Spesies cimpanzi yang menyerupai manusia

Image
Pada tahun 1970, masyarakat di seluruh Amerika Syarikat gempar apabila munculnya seekor cimpanzi yang didakwa memiliki wajah dan perwatakan seperti seorang manusia. Menerusi sebuah rancangan televisyen terkenal di negara itu, Freak show, buat pertama kalinya haiwan tersebut dipertontonkan kepada khalayak ramai.   Haiwan tersebut yang diberi nama Oliver, merupakan seekor cimpanzi yang dilahirkan di negara Congo pada tahun 1958. Pada usia dua tahun, ia kemudiannya dibela oleh sepasang suami isteri, Frank dan Janet Berger, dari New Jersey, Amerika Syarikat. Pasangan ini tertarik dengan sifat fizikal Oliver yang luar biasa berbanding spesies cimpanzi yang lain. Mereka terpegun dengan raut wajah haiwan ini yang persis seperti muka seorang manusia. Selain keunikan rupa yang dimiliki Oliver, cimpanzi ini turut berkelakuan dan mengamalkan cara hidup sama seperti manusia. Sejak kecil lagi, ia sudah mampu berjalan dengan hanya menggunakan dua belah kaki sahaja tanpa dilatih. Selain it

Sana-sini pelik

Restoran kanibal Mengejutkan! Sebuah laman sesawang yang mengiklankan sebuah restoran baru di Jerman menggemparkan orang ramai apabila meminta sumbangan bahagian tubuh badan manusia sebagai menu di restoran itu. Laman sesawang tersebut yang dikenali flime-restayrante.com , telah meminta para pengunjung restoran itu untuk menyumbangkan apa saja bahagian daripada tubuh mereka. Di samping itu, restoran berkenaan turut menawarkan kerja seorang ahli bedah yang berfikiran terbuka. Bagaimanapun, setakat ini lokasi sebenar restoran tersebut tidak dapat dipastikan. Jika benar ada, belum dapat dibuktikan lagi. Mengikut laporan agensi berita tempatan, Telegraph, restoran tersebut turut mengeluarkan borang permohonan untuk turut serta dalam budaya ‘Kanibal Wari’. Dalam borang itu, tertera pelbagai maklumat dan soalan-soalan termasuk sejarah perubatan, kekerapan bersenam, wanita hamil dan indeks tubuh manusia. Wakil Ketua Parti Demokrat Kristian Berlin, Michael Braun berkata, perka

Sana-sini pelik

Image
Mayat isteri dijadikan meja kopi Disebabkan tidak rela berpisah, seorang suami, Jeff Green, warga Amerika Syarikat, memutuskan untuk meletakkan mayat isterinya di dalam sebuah meja kopi. Tindakan pelik yang dilakukan oleh lelaki adalah cara baginya untuk mengatasi penderitaannya yang sedih akibat kehilangan isteri tercinta. Kata lelaki itu, isterinya meninggal dunia pada usia 29 tahun akibat penyakit jantung. Akibat kejadian itu, dia amat sedih dan menghadapi kemurungan yang teruk kerana orang yang disayanginya telah pergi selamanya. Ketika detik-detik terakhir upacara pengebumian isterinya berlangsung, lelaki tersebut mengambil keputusan membatalkan majlis itu. Atas keizinan pihak kerajaan, lelaki itu dibenarkan menyimpan mayat isterinya di rumah. Jelas Green, isterinya merupakan seorang yang suka berjenaka sewaktu hayatnya. Jadi, dia terfikir untuk melakukan sesuatu dan pasti mendiang isterinya tidak keberatan jika dijadikan sebuah meja kopi. Ekoran itu, Green akhirn

Sana-sini pelik

Ikan puyu putih Seorang warga emas bingung apabila salah seekor daripada 30 ekor ikan puyu miliknya bertukar warna daripada hitam menjadi warna putih. Warga emas tersebut, Leha Mat Nor, 70, dari Kampung Padang Lati, Perlis mendakwa, kejadian pelik itu disedari ketika dia sedang membersihkan akuarium yang menempatkan ikan peliharaannya. Walaupun menyedari perubahan warna ikan itu yang kini diberi nama ‘Putih’, dia tidak menghebahkan kepada sesiapa mahu pun anak-anaknya. Dia bimbang untuk memberitahu kejadian sebenar kerana takut orang lain dan anak-anaknya menganggap ianya tidak benar. Jelasnya, seumur hidupnya ini merupakan kali pertama melihat seekor ikan puyu berwarna putih. Sejak memelihara ikan tersebut yang dipancing di Sungai Tambun Tulang, dia dan keluarga tidak pernah mengalami sebarang perkara yang ganjil. Kata warga emas itu lagi, ikan puyu tersebut masih ditempatkan bersama ikan-ikan puyu lain dalam satu akuarium kerana ia tidak menimbulkan sebarang masalah. B

Sana-sini Pelik

Image
Pokok pisang keluarkan darah Sebatang pokok pisang di Bojonegoro, Jawa Timur, Indonesia dilaporkan telah mengeluarkan cecair berwarna merah seperti darah, apabila ditusuk dengan menggunakan senjata tajam. Uniknya lagi, ia turut mengeluarkan sejenis buah yang kelihatan seperti buah nanas. Mengikut laporan portal berita tempatan, Detik.com, kemunculan pokok pisang aneh itu telah mendapat perhatian ramai orang yang datang berpusu-pusu untuk menyaksikan lebih dekat lagi. Bimbang dengan keadaan itu, pemilik pokok berkenaan, Sutrisno, telah menggunakan kain yang berwarna putih untuk membalut bahagian tengah pokok tersebut bagi mengelakkan orang ramai menusuk semata-mata untuk melihat cecair berwarna merah keluar. Jelasnya lagi, pokok pisang miliknya tidak menunjukkan sebarang tanda yang ganjil sewaktu ia kecil. Namun, selepas ia membesar pokok tersebut mula mengeluarkan buah yang aneh dan mengeluarkan cecair berwarna merah apabila ditusuk. Tambahnya lagi, kira-kira sebulan

Bangunan pencakar langit tertua di dunia

Image
Sebuah menara kuno yang berketinggian 28 kaki, Tel Jericho, adalah sebuah binaan lama yang tersenarai sebagai sebuah bangunan pencakar langit yang tertua di dunia. Apa yang menariknya, binaan yang terletak berhampiran sebuah bandar Jericho, di Tebing Barat, Palestin, ini dikatakan menyimpan pelbagai rahsia yang masih belum terungkai.  Sejak ia dijumpai pada tahun 1962, menara batu yang berada di dalam sebuah kota kuno yang dikenali Jericho, kini masih menimbulkan pelbagai tanda tanya. Untuk tujuan apakah ia dibina? Keadaan misteri ini telah mendorong dua orang penyelidik arkeologi, Dr. Roy Liran dan Dr. Ran Barkai dari Jabatan Arkeologi, Universiti Tel Aviv, membongkar kisah yang tersembunyi di dalam binaan kuno tersebut. Berdasarkan penyelidikan mereka, bangunan purba itu dianggarkan telah dibina sekitar 11,000 tahun lalu. Melihat pada keseluruhan binaannya, bangunan ini terdiri daripada bongkah-bongkah batu bersaiz besar dan disusun rapat mengikut arah menegak. Struktu