Posts

Showing posts from December, 2014

Tech hibrid manusia dan haiwan

Image
Pada tahun 2004, sejenis spesies unik haiwan yang memiliki organ dan sel manusia berjaya dihasilkan oleh beberapa kumpulan saintis di Amerika Syarikat. Ia bermula di California, seekor anak tikus yang mempunyai sel otak manusia di dalam tengkorak kepalanya. Manakala, di Minnesota pula, seekor anak babi yang mempunyai darah manusia juga berjaya dihasilkan. Begitu juga, di Universiti Nevada, Reno, para penyelidik berjaya menghasilkan seekor bebiri yang memiliki hati dan jantung manusia. Bagaimanapun, penyelidikan ke atas sel tunjang manusia yang dimasukkan ke dalam janin haiwan hidup telah mencetuskan debat di kalangan para saintis lain. Ahli-ahli biologi telah menamakan spesies ini sebagai Chimeras sempena nama makhluk mitos Yunani yang mempunyai kepala singa, berbadan kambing dan berekor ular.  Menurut Pengarah Kilinik Transplantasi Program Biologi, Mayo, Jeffry Platt, berkata dalam kajiannya, dia telah menemui satu penemuan baru ini apabila sel manusia

Perang nuklear kuno?

Image
Pada Januari 1992, seorang ahli arkeologi British, Francis Taylor telah menjumpai satu lapisan batu radioaktif kira-kira 10 batu di barat Jodhpur, Rajasthan, India. Penemuan itu mengungkai satu kesan runtuhan cerun bukit yang mempunyai kesan hangus terbakar. Padanya terdapat batu-batu yang melekat antara satu sama lain dan membentuk lapisan berbonggol yang mempunyai kesan radioaktif. Hasil ekskavasi itu mendapati, wujud kecairan pada batuan lalu bercantum sesama sendiri. Keadaan ini adalah sesuatu yang mustahil kerana proses peleburan batuan memerlukan tekanan yang tinggi melebihi 1,800 darjah Celsius. Api biasa tidak mampu mencairkan batuan itu, hanya suhu berkuasa nuklear saja boleh mencapai tahap tekanan panas ini. Di Bombay pula, terdapat satu lagi lokasi yang pelik dijumpai. Lokasi tersebut dikenali sebagai Kawah Lonar. Kawasan ini mempunyai keluasan 2,154 meter dan wujud sejak 50 ribu tahun Sebelum Masihi lagi. Ia juga beradioaktif. Hasil penelitian yang

Mitos & Realiti Ilmu kebal

Image
Gambar sekadar hiasan Suatu masa dulu, Ahmad Nasaruddin Mansor, 46, gemar berguru pelbagai ilmu-ilmu persilatan termasuklah ilmu kebatinan. Dia yang mesra dengan panggilan Abot, memberitahu, hobinya di waktu muda adalah mempelajari pelbagai ilmu termasuklah perihal kebal ini. Bermacam guru telah ditemuinya dan pelbagai petua telah diperolehnya tapi semua itu tidak pernah jadi amalannya. Jelas Abot, sebenarnya ilmu kebal ini tidak wujud. Kebal itu sendiri bukanlah satu kehebatan tetapi ia hanya satu myth iaitu cerita orang zaman dulu-dulu tentang kelebihan kulit mereka tidak luka. Ini kerana di zaman itu, manusia hidup berpegang pada pendirian dan bukannya ada undang-undang seperti hari ini. Jadi mereka perlulah ada kelebihan untuk melindungi diri mereka daripada kekejaman . Gambar sekadar hiasan Di zaman moden ini, kita sudah tidak sebegitu lagi. Corak hidup kita juga berbeza. Ancaman keselamatan itu sudah tidak berisiko lagi. Jadi kebal itu sudah jadi elemen untuk men

Misteri belanga Langkasuka

Image
Kira-kira 15 tahun yang lepas, sebuah keluarga di Kampung Sungai Emas mengalami suatu kejadian aneh apabila wujudnya sebuah lubang besar berdekatan rumah mereka. Pemilik rumah, Abd Rahim Hashim, 60, memberitahu, pada mulanya dia menyangka lubang itu hanyalah suatu kejadian biasa sahaja. Namun, lama kelamaan kejadian itu menimbulkan kemusykilan, keluasan lubang itu semakin hari semakin besar. Rahim mulai bimbang dan rasa takut kalau rumah yang didiaminya akan ditelan lubang misteri itu. Dia kemudian meninjau keadaan lubang tersebut kerana ingin melihat apakah punca ia makin melebar. Secara perlahan-lahan dia menghampiri lubang itu. Tiba-tiba! Dia terkejut apabila melihat satu objek besar menyerupai sebuah belanga dan beberapa bentuk patung gajah berhias manik-manik yang bertaburan di sisi beberapa lagi objek-objek lain dalam lubang itu. Tergamam   dengan kejadian itu, fikiran Rahim bercelaru. Dia tidak tahu dari manakah objek-objek ini wujud? Apakah benda yang dilih

Kuasa mistik Kain Cindai

Image
SUATU ketika dulu, di kurun ke-13, tentera Mongolia pernah menggunakan sejenis kain yang diambil dari India sebagai alat pelindung senjata tajam. Kain ini sengaja dibiarkan tidak bernama. Ini kerana, Gengis Khan percaya, tenteranya akan lebih bersemangat juang sekiranya mereka tidak tahu nama kain itu. Ia juga dapat menghilangkan rasa takut dan keyakinan mereka tentang kekuatan yang abadi. Sepanjang kempen penaklukan Gengis Khan, tenteranya telah berjaya berperang dan menawan empayar seluas 33 juta kilometer bermula dari Poland hingga ke Korea di timur. Dari Siberia ke Teluk Oman di utara dan turun ke selatan hingga ke Vietnam. Semuanya di takluk dengan penuh semangat keperwiraan tanpa sedikit gentar pun. Di sebalik kehebatan ini, tersimpul satu kepelikan tentang sejenis kain yang diberikan kepada mereka. Mereka tidak tahu apakah nama kain itu. Apa yang mereka tahu, kain itu mampu menahan anak panah daripada menembusi tubuh malah ia juga dapat menghalang darah daripada t

Spesies ikan yang tidur

Image
Maria menunjukkan keadaan pelik yang sempat dirakamnya melalui telefon bimbit Apakah anda pernah melihat ikan dalam keadaan mengiring seperti orang sedang tidur? Barangkali ramai yang beranggapan ia sesuatu yang mengarut. Tapi percayakah anda kalau ikan itu wujud dan fenomena itu pernah berlaku di Kampung Cemperoh, Janda Baik, Pahang. Ikan itu adalah daripada Spesies Oscar dan dimiliki oleh Maria Isa. Mengikut kisahnya, pada 10 November lalu, Maria mendapati ikan peliharaannya itu tiba-tiba berada dalam keadaan seperti orang sedang tidur. Keadaan tersebut menimbulkan pelbagai tanda tanya. Adakah kedua-dua ikan miliknya itu sedang tidur. Mustahil! kerana seumur hidupnya dia tidak pernah melihat ikan boleh tidur. Apakah ikan-ikannya sudah mati? Bimbang dengan keadaan itu, Maria cuba menghulurkan tangannya ke dalam akuarium untuk menyentuh kedua-dua ikan miliknya. Namun, sebaik sahaja tangan Maria hampir menyentuh ikannya itu, ia hidup dan kembali normal semula. Jelas Maria,

Tentera Cambyses yang ghaib

Image
Pewaris Cyrus the Great, Cambyses II, adalah maharaja Parsi yang pernah menempa kejayaan selepas menewaskan firaun Mesir, Psammetichus III, pada 525 SM. Malangnya, kisah kejayaan pemerintah itu tidak ramai yang mengetahuinya. Yang lebih diketahui umum sebaliknya adalah kisah kehilangan 50,000 orang tenteranya dalam suatu kejadian yang cukup misteri. Sumber utama kisah mengenai tentera Cambyses yang hilang telah direkodkan oleh seorang ahli sejarah Greek, Herodotus, yang dipercayai pernah mengembara ke Mesir selepas 75 tahun pencerobohan Parsi ke atas wilayah itu. Dalam sebuah yang bertajuk 'Book III: Herodotus Histories', satu angkatan tentera Cambyses telah diarah menyerang penduduk Ammon di Siswa dan membakar sebuah tempat suci. Selepas mendapat arahan, angkatan tentera tersebut telah memulakan perjalanan menuju ke Ammon melalui sebuah lokasi yang digelar 'The Isles of the Blest'-sebuah kawasan padang pasir yang terletak di Kharga, Mesir.  Malangn