Sembunyi mayat ayah dalam almari demi pencen


Di Jepun, seorang anak tidak melaporkan kematian ayahnya kepada pihak berkuasa demi untuk terus menikmati pencen milik ayahnya. lelaki yang berumur 55 tahun  yang tidak mahu dikenali telah memasukkan mayat ayahnya ke dalam almari bagi tujuan tersebut. Penipuan itu berjaya bertahan selama lima tahun sehinggalah dia dimasukkan ke hospital akibat sakit tua.

Bagaimanapun, semasa di hospital, bekas isteri lelaki berkenaan telah datang ke rumahnya untuk mengambil barang milik lelaki berkenaan. Semasa memasuki rumah itu, wanita pertengahan usia itu tercium bau busuk daripada salah satu almari pakaian.

Ekoran itu, bekas isteri lelaki berkenaan telah menelefon pihak berkuasa dan seorang pegawai polis datang memeriksa. Akhirnya mayat bekas ayah mertuanya ditemui di dalam almari dalam keadaan tulang separuh reput. Berikutan itu, lelaki yang berusia 55 tahun itu ditahan.

Comments

Popular posts from this blog

Pengawal Rumah Melayu Lama

Laluan rahsia Genting Bidai

Air yang menyembuhkan penyakit