Robot bantu ajar bahasa Inggeris



  
Di Seoul, sebanyak 30 buah robot mula mengajar bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar sekolah rendah di bandar Daegu, Korea Selatan.

Robot yang diberi nama Engkey itu dicipta oleh santis di Institut Teknologi Sains, Korea Selatan, mula mengajar di 21 buah sekolah di bandar berkenaan. Menurut Saintis Kanan institut tersebut, Sagong Seong-dae, sebanyak 30 buah robot setinggi satu meter yang mempunyai panel televisyen di muka bergerak di sekitar bilik darjah semasa mengajar murid-murid.
 
Jelasnya, robot tersebut dikawal dengan menggunakan alat kawalan oleh guru-guru yang mengajar bahasa Inggeris dari Filipina. Di samping itu, guru-guru itu juga boleh melihat dan mendengar suara murid-murid melalui sistem alat kawalan jauh.

 








Comments

Popular posts from this blog

Pengawal Rumah Melayu Lama

Laluan rahsia Genting Bidai

Air yang menyembuhkan penyakit