Revolusi Kasut Elektrik


Kerana ingin cepat, banyak cara boleh dilakukan. Kalau kita berkunjung ke stesen keretapi di Perancis, kita mungkin  terkejut melihat cara orang-orang Perancis mengejar masa. Biasanya mereka akan berlari mengejar keretapi walaupun keretapi itu tidak bergerak. Tabiat ini sudah menjadi kebiasaan masyarakat di sana.

Kini revolusi mengejar masa telah dipermudahkan. Terbaru, penciptaan kasut beroda yang mampu bergerak sendiri dilihat menjadi satu alternatif baru dalam era teknologi gajet. Di Wugang, wilayah Henan, Zhao Xueqin telah berjaya mencipta sepasang kasut yang tidak memerlukan sebarang tenaga daripada badan. Kasut beroda ini sebenarnya menggunakan tenaga bateri yang mempunyai lampu serta penunjuk aras kuasa bateri. Ia dinamakan kasut elektrik.

Menurut Zhao, idea ini muncul ketika dia melihat kanak-kanak di kampungnya yang terpaksa berjalan jauh sekitar 20 kilometer untuk ke sekolah. Mereka terpaksa bangun seawal 3:00 pagi setiap hari.

Kata Zhao, si pemakai kasut dapat bergerak lebih dari 100 batu setiap hari. Dengan hanya menekan satu butang, ia akan mendorong mereka meluncur dengan kelajuan 15 batu per jam. Bateri yang dibekalkan juga mampu bertahan selama tiga jam, dan jika untuk jarak jauh, pemakai boleh membawa bateri ganti.

Comments

Popular posts from this blog

Pengawal Rumah Melayu Lama

Laluan rahsia Genting Bidai

Air yang menyembuhkan penyakit