Cecair perisai


Di London, sekumpulan saintis dan jurutera dari Syarikat Pertahanan Keselamatan Britain (BAE) berjaya mencipta sejenis cecair rahsia yang dapat menyerap kekuatan peluru sekaligus dapat melindungi tubuh askar.

Menurut jurucakap BAE, Stewart Penny, cecair tersebut mampu memberikan perlindungan kepada askar di medan perang. Ia digelar ‘Cecair Perisai’. Cecair ini adalah salah satu alat teknologi perang yang dapat menyelamatkan nyawa askar daripada terkorban.

Ketika mendemonstrasikan fungsi cecair berkenaan dengan mengacaunya dengan sudu, Penny menjelaskan, semasa dalam air, kita akan berasa sedikit penolakan dengan impak yang kurang. Begitulah cara cecair yang diciptanya itu berfungsi. 

Comments

Popular posts from this blog

Pengawal Rumah Melayu Lama

Laluan rahsia Genting Bidai

Air yang menyembuhkan penyakit