Posts

Showing posts from May, 2011

Mesin perakam mimpi

Image
Alat perakam mimpi? Mungkin kedengaran seperti filem sains fiksyen, tetapi itulah teknologi terbaru yang berjaya dicipta oleh sekumpulan penyelidik dari Institut Penyelidikan Kemajuan Teknologi Antarabangsa (ATR) yang berpusat di Kyoto, Jepun. Teknologi yang merupakan sebuah perisian komputer itu dikatakan berfungsi untuk mengenal pasti perkara-perkara oneiric suatu gambaran mental dan juga mimpi seseorang manusia. Setakat ini, tujuan utama alat tersebut dicipta adalah bagi memenuhi bidang perubatan yang dikhususkan kepada cabang psikiatri. Perisian ini berfungsi dengan cara mengimbas otak manusia. Subjek ditempatkan di dalam sebuah mesin MRI dan korteks visual mereka akan diimbas. Sebelum itu, subjek bebas untuk memikirkan apa sahaja gambar geometri sederhana yang dipaparkan dalam monokrom.   Sistem tersebut kemudian cuba untuk mengeluarkan semula paparan subjek yang dilihat. Setakat ini, fungsi perisian sistem itu agak sederhana, dan paparan yang dikeluarkan sedikit kabu

DERITA Kemaluan mereka dipotong

Image
Dalam sejarah peradaban manusia, terdapat pelbagai tradisi aneh dan ngeri yang pernah dicatatkan. Salah satu daripadanya ialah kembiri iaitu memotong kemaluan. Catatan paling awal menunjukkan tradisi kembiri sebenarnya berasal dari kota Lagash, Sumeria pada abad ke-21 sebelum Masihi lagi. Selepas itu, tradisi ini terus berkembang merentasi benua yang berfungsi di dalam pelbagai kebudayaan dan tamadun manusia. Ketika awal tradisi ini diperkenalkan, ia lebih kepada berbentuk hukuman. Pelaksanaan hukuman ini bertujuan untuk menghukum pesalah yang melakukan perkara sumbang, sekali gus untuk menjaga maruah pihak keluarga wanita yang dirogol. Bagaimanapun, tujuan asal ini berubah dari semasa ke semasa mengikut kepentingannya dalam sesuatu tamadun. Paling sinonim, peranan orang kasim – gelaran yang diberikan kepada lelaki yang tiada kemaluan, berkait rapat dengan pekerjaan di istana. Kebiasaannya, mereka menjadi orang yang berpengaruh di istana dan mendapat kepercayaan tinggi pem

Pancaindera keenam manusia

Image
Manusia sempurna dilahirkan dengan lima pancaindera yang berfungsi untuk berinteraksi di sekitar lingkungan kehidupan. Namun, tanpa kita sedar, dalam tubuh kita juga terdapat satu kuasa super natural yang membantu kita dalam keadaan tertentu. Ia disebut sebagai extrasensory perception (ESP) atau pancaindera keenam. Pernahkah anda mengalami satu situasi di mana anda ragu-ragu untuk melakukan sesuatu perkara? Sebagai contoh, anda berasa berat hati untuk pergi ke sesuatu lokasi, dan ternyata ketika dalam perjalanan anda telah ditimpa suatu musibah yang tidak diinginkan. Ataupun, tiba-tiba anda berasa gelisah dan teringatkan seseorang. Kemudian, tanpa disangka-sangka anda mendapat berita bahawa dia sedang sakit atau meninggal dunia. Inilah yang dimaksudkan dengan ESP. Ia adalah suatu perkara yang menarik untuk dibincangkan kerana tanpa disedari, ia sering berlaku dalam kehidupan. Kadang-kadang, kita sendiri sedar akan hal berkenaan, tetapi lebih cenderung mengambil sikap acuh tak

Nilai Syiling Lapan Tan

Image
Suatu ketika dahulu, masyarakat di pulau Yap, Persekutuan Micronesia pernah menggunakan mata wang aneh yang diperbuat daripada batu dalam sistem perdagangan mereka. Wang ini berbentuk bulat seperti donat, dengan diameter di antara satu hingga 12 kaki serta mempunyai berat sehingga mencecah lapan tan. Disebabkan bentuknya yang besar, wang syiling yang dikenali sebagai  rai  ini dibiarkan sahaja oleh pemiliknya di luar rumah mereka. Bahkan, ada sesetengahnya membiarkan duit tersebut di dalam hutan kerana tidak mampu membawanya balik ke rumah. Mereka tidak bimbang wang tersebut dicuri kerana masyarakat setempat mengetahui siapa pemilik terkini wang itu melalui rekod penggantian pemilikan. Tiada sesiapa pun yang mahu mencuri duit yang ditinggalkan itu. Pertama adalah kerana ia terlalu berat dan memerlukan kekuatan tenaga sekurang-kurangnya 20 orang lelaki dewasa. Dan sebab yang kedua adalah kerana masyarakat setempat sangat menghormati hak orang lain. Justeru, apabila berlaku seba

Letusan bintang Supernova

Image
Mengikut rekod daripada penyelidikan astronomi, terdapat banyak letupan berlaku di luar angkasa. Fenomena ini yang digelar Supernova, akan berlaku apabila sesebuah bintang mencapai tahap kematangan yang paling maksima- bintang-bintang yang bersaiz Super Giant.    The Crab Nebula (SN 1054) Pada tahun 1054 Masihi, The Crab Nebula (SN 1054) adalah letupan Supernova yang pertama kali direkodkan dalam sejarah penyelidikan astronomi. Difahamkan, ketika letupan itu berlaku ia telah dicerap oleh ahli astronomi di negara China. Lebih menarik lagi, ketika letupan ini meletus ia tidak dicerap dengan menggunakan teleskop canggih, sebaliknya hanya melihat dengan mata kasar sahaja. SN 1006 Kemudian pada tahun 1006 Masihi, satu lagi letupan Supernova berjaya dicerap. Kali ia dilakukan oleh seorang tokoh astronomi Islam yang bernama Ali Ibn Ridwan di Iraq. Ketika letupan berlaku, Supernova yang digelar SN 1006 ini turut dapat dilihat di beberapa buah tempat seperti China, Jepun,

Anehnya Pokok pelangi

Image
Di hemisfera utara dikatakan wujud sejenis spesies pokok unik yang mempunyai kulit menyamai seperti pelangi. Difahamkan, pokok ini tumbuh meliar di beberapa kawasan seperti New Britain, New Guinea, Sulawesi, Indonesia dan Mindanao, Filipina. Bagi yang tidak pernah melihat fenomena aneh seumpama ini, tentunya akan tertanya-tanya pokok jenis apakah itu? Apabila diselidik, flora ganjil itu rupanya cendawan daripada kumpulan Eucalyptus. Spesies ini merupakan salah satu daripada 700 jenis pokok berakar tunjang yang ditemui di dunia. Menurut pakar Fizik Kayu, Jabatan Pengeluaran Hutan, Fakulti Perhutanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr. Mohd Zin Jusoh, pokok tersebut memang wujud. Secara saintifiknya, pokok ini dikenali sebagai Eucalyptus Deglupta. Ia adalah sejenis spesies pokok yang berasal dari negara Australia. Jelas Dr. Mohd Zin, spesies ini sangat istimewa berbanding pokok-pokok lain. Keseluruhan fizikal pokok ini kecuali pada bahagian daun dipenuhi pe

Orang Melayu Melaka pertama mengelilingi dunia?

Image
Bahagian kedua: Black Henry @ Awang, manusia pertama mengelilingi dunia. Selepas Magellan dan beberapa orang anak kapalnya terbunuh, misi pelayaran mengelilingi dunia dikatakan telah diambil alih oleh orang kanannya, Sebastian Del Cano. Bagaimanapun,  Del Cano tidak memiliki pengalaman luas dalam ilmu pelayaran dan menyebabkan tugas tersebut diserahkan kepada orang suruhan Magellan iaitu Awang. Menurut Ketua Jabatan Sosio-Budaya Melayu, Universiti Malaya (UM), Profesor Datuk Dr. Othman Yatim, Awang tidak menyertai misi pelayaran tersebut, sebaliknya dia melarikan diri untuk membebaskan dirinya daripada tahanan orang-orang Sepanyol. Berdasarkan kajian yang dilakukannya, selepas kematian Magellan pada 26 April 1521 rombongan ekspedisi mengelilingi dunia itu meneruskan perjalanan pulang ke Sepanyol. Sementara, Awang pula meneruskan perjalanan pulang ke tanah air- Melaka. Justeru, secara tidak langsung Awang telah menjadi orang Melayu pertama yang mengelilingi dunia. Ini

Tragedi berdarah May Lai

Image
Bahagian kedua:  Pembongkaran kekejaman di May Lai Kekejaman tentera Amerika Syarikat terhadap penduduk May Lai mungkin akan terus dirahsiakan jika tidak disebabkan oleh Ronald Ridenhour. Dia adalah salah seorang yang memainkan peranan penting dalam memulakan penyiasatan terhadap kes pembunuhan beramai-ramai penduduk May Lai   oleh Kompeni C, Batalion Pertama, Rejimen ke-20 Infantri pada 16 Mac 1968. Ridenhour yang dikerah menyertai tentera pada bulan Mac 1967, telah menjalani latihan asas tentera sebagai askar payung terjun. Pada Disember 1967, dia telah ditugaskan ke Pasukan Peninjau Jarak Jauh (LRRP), Briged 11 Infantri di Vietnam. Bagaimanapun, disebabkan kekurangan anggota dalam unit tersebut, ia dibubarkan. Selepas itu, dia telah ditugaskan untuk menjadi Gunner (askar penembak) di dalam sebuah unit helikopter peninjau.  Sebahagian daripada anggota unit yang lama, telah dihantar bertugas dengan Kompeni C, Batalion Pertama, Rejimen ke-20 Infantri (Kompeni pimpinan Kapt