Berkahwin kurangkan risiko nyanyuk

Alzheimer merupakan punca utama bagi masalah nyanyuk di dunia. Pada satu persidangan antarabangsa mengenai penyakit ini yang berlangsung di Chicago, Amerika, para peserta persidangan didedahkan dengan satu fakta baru mengenai penyakit itu. Fakta itu menjelaskan bahawa berkahwin mampu mengurangkan gejala nyanyuk.

Satu penyelidikan mengenainya telah dilakukan oleh Dr. Krister Hakansson dari Institut Karolinka di Stockholm, mendapati mereka yang berkahwin dan mempunyai pasangan hidup mempunyai peluang 50 peratus kurang mengalami masalah nyanyuk. Keputusan kajian ini diperoleh setelah Dr. Hakansson memeriksa rekod 1,449 penduduk pertengahan usia di Finland.

Sehubungan itu, Ketua Penyelidik  Persatuan Alzheimer, Universiti UK, Dr. Susanne Sorensen, berkata, bukti yang dikemukakan memang boleh membantu mengurangkan risiko nyanyuk tapi orang bujang tidak perlu bimbang mengenainya kerana masih ada banyak cara untuk mengurangkan risiko ini. Mungkin cara pemakanan yang sihat, kerap bersenam dan tidak merokok boleh juga menjadi faktor mengurangkan penyakit nyanyuk ini.

Comments

Popular posts from this blog

Pengawal Rumah Melayu Lama

Laluan rahsia Genting Bidai

Air yang menyembuhkan penyakit