Posts

Showing posts from July, 2011

Lembu kentut kena bayar

Image
TIADA yang percuma di dunia ini. Malah, kentut pun kena bayar. Itulah yang terjadi ke atas lembu-lembu di New Zealand. Sekali melepaskan angin, setiap kali itu jugalah ‘mereka’ akan dikenakan denda.   Mahu atau tidak, para penternak ladang perlu membayar ganti rugi kepada negara dalam bentuk cukai setiap kali ternakan mereka membuang angin. Kenapalah kentut pun perlu dibayar? Inilah yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan para penternak. Justeru, mereka cuba mengkritik cukai yang dikenakan ke atas lembu-lembu ternakan. Pada mereka, apalah salahnya sekadar melepaskan kentut. Bukankah itu salah satu perkara yang sudah menjadi lumrah hidup. Adalah tidak adil haiwan ternakan itu dihukum sebegitu hanya kerana mengeluarkan angin. Sekeras mana pun bantahan yang disuarakan, kerajaan Wellington telah pun menguatkuasakan undang-undang pelik itu. Peraturan ini merupakan sebahagian daripada agenda kerajaan bagi memenuhi komitmen di bawah Protokol Kyoto. Menerusi perundin

Jalan Cinta Kampung Bujang

Image
Istilah atau gelaran bujang terlajak mungkin sesuatu yang biasa kita dengar. Tapi di sebuah kampung pedalaman India, menjadi bujang terlajak memang nasib yang tidak boleh dielakkan lagi kerana kebanyakan penduduk di kampung ini terdiri daripada lelaki bujang. Sebab itulah kampung itu digelar ‘kampung orang bujang’. Inilah keunikan di kampung Barwaan Kala, sebuah perkampungan kecil yang berada di tengah-tengah kawasan bukit dan hutan tebal di Kaimur, wilayah Bihar utara India. Berikutan lokasinya yang terpencil dan sukar dihubungi melalui jalan darat, maka penduduknya terpisah daripada dunia luar. Namun, di sebalik ketenangan hasil anugerah alam semula jadinya, tersimpan sebuah cerita duka bagi kaum lelaki di situ. Ketenangan yang dimiliki nyata tidak dapat memadam keresahan hampir 120 lelaki bujang. Secara puratanya, mereka berusia antara 16 sehingga 80 tahun. Soalnya mengapa mereka ini hidup membujang? Setelah diselidiki, punca mereka membujang bukanlah kerana mereka

Teknik bangun Tidur Zaman Dulu Kala

Image
CARA paling biasa digunakan oleh masyarakat sekarang untuk bangun tidur adalah dengan set jam loceng. Tepat pada masanya, kita akan dikejutkan. Mudah bukan. Tapi, pernahkah anda terfikir, sebelum jam loceng dicipta bagaimana orang dahulu kala bangun tidur untuk pergi bekerja? Berdasarkan catatan sejarah, jam penggera pertama dicipta pada tahun 1787 dan dipatenkan pada tahun 1847. Ketika itu, jam penggera ini hanya dimiliki oleh golongan kaya saja kerana harganya cukup mahal dan tidak mampu dimiliki oleh golongan pekerja. Meskipun begitu, golongan pekerja masih boleh bangun seperti yang dikehendaki walaupun tanpa khidmat jam penggera. Bagaimanakah caranya? Ketika awal Revolusi Industri iaitu kira-kira pada tahun 1760 hingga 1830, penduduk di bandar-bandar besar seperti Ireland, Manchester dan England akan mengupah pengetuk tingkap untuk membangunkan mereka daripada tidur. Tukang ketuk tingkap merupakan satu bidang kerja yang berperanan membangunkan orang dari tidur supa

Peristiwa bulan berdarah

Image
Dalam tempoh beberapa tahun sekali, satu fenomena gerhana bulan yang aneh akan berlaku, di mana bulan akan bertukar warna menjadi kemerah-merahan. Fenomena ini disebut sebagai peristiwa bulan berdarah. Suatu ketika dahulu, sebelum bidang kajian astronomi berkembang sebagai ilmu, orang-orang di zaman kuno menganggap peristiwa bulan gerhana sebagai satu petanda mala petaka yang bakal menimpa. Polemik tersebut menjadi kepercayaan kebanyakan masyarakat di serata dunia, terutamanya di sekitar benua Amerika Selatan dan Afrika. Dalam satu sisi yang lain, gerhana bulan berdarah pula dianggap sebagai kemuncak mala petaka yang akan melanda. Mengikut catatan sejarah, fenomena bulan berdarah ini pernah terjadi ketika Christopher Columbus melakukan penjelajahan ke wilayah Timur iaitu dalam misinya mencari ‘dunia baru’. Dalam pelayaran terakhirnya iaitu selepas meninggalkan Sepanyol, kapal Columbus dikatakan telah mengalami masalah teknikal dan menyebabkan beliau terpaksa berlabuh di perair

Air yang menyembuhkan penyakit

Image
Dalam Islam, air menjadi satu elemen yang digunakan untuk mengubati penyakit. Bukan sekadar penyakit rohaniah (jiwa raga), tetapi air juga digunakan untuk menjadi penawar kepada penyakit jasmaniah (tubuh badan). Di kalangan masyarakat Melayu khususnya, penggunaan air jampi menjadi satu alternatif terapi merawat penyakit di samping mendapatkan rawatan doktor. Air putih akan dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran oleh seseorang yang berilmu atau alim, serta diniatkan untuk merawat penyakit tertentu. Kaedah rawatannya ialah sama ada minum, menyapu muka, renjis di tempat yang sakit atau dimandikan dengan air jampi tersebut. Bagi memastikan proses pengubatan berjalan dengan lancar dan sempurna, ada sesetengah pihak menyarankan supaya menggunakan air yang diambil dari kolah masjid untuk dijampi. Dengan kata lain, ia adalah air lebihan wuduk dan dianggap mempunyai lebih keberkatan. Di masjid Kampung Hulu, Melaka, masyarakat setempat mempunyai kepercayaan bahawa air kolah masjid ini mu

Bersin 12 000 kali sehari

Image
Jika dilihat secara fizikal, dia kelihatan sama seperti kanak-kanak lain yang seusianya. Tetapi apa yang membezakan dia dengan mereka adalah tabiat bersin tanpa henti yang dialaminya. Inilah Lauren Johnson, yang mengalami simptom bersin 12 ribu kali sehari. Mengikut anggaran, dia akan bersin lebih 20 kali dalam seminit. Itulah situasi yang perlu dihadapi oleh gadis yang berasal dari Virginia, Amerika Syarikat ini. Menurut ibu kepada Lauren, Lynn Johnson, fenomena pelik yang menimpa anaknya ini bermula daripada selesema yang dihadapinya selama dua minggu. Ketika itu Lauren hanya bersin seperti biasa. Namun, selepas selesema hilang, bersinnya masih lagi ada malah semakin menjadi-jadi. Jelas Lynn lagi, simptom bersin yang berterusan ini bukan sahaja membimbangkan anaknya, malah dia turut berasa bimbang setiap kali mendengar anak gadisnya itu bersin. Ekoran daripada simptom itu, Lauren terpaksa menangguhkan persekolahan sehingga kesihatannya benar-benar pulih. Sepanjang tempoh

Resurrectionists, si pencuri mayat

Image
TAHUKAH anda suatu masa dulu, kegiatan mencuri mayat dianggap sebagai salah satu kerjaya yang begitu popular? Kalau sekarang, pekerjaan ini mungkin dirasakan agak pelik, menjijikkan dan satu jenayah besar. Tapi tidak pada zaman dahulu. Pada sekitar abad ke-18, undang-undang awal Britain melihat kegiatan ini cuma kesalahan ringan dan bukannya perbuatan jenayah. Polis New Zealand juga tidak boleh bertindak menangkap pencuri mayat kerana ia tidak menyalahi undang-undang negara itu. Tapi dengan syarat, barang perhiasan atau pakaian si mati tidak boleh diambil bagi mengelakkan dikenakan tindakan. Oleh kerana ia dianggap sebagai satu perkara biasa, maka ramai yang membuka perusahaan dan berkecimpung dalam karier ekstrem ini. Lazimnya, selain digelar sebagai perompak mayat, mereka yang mempraktikkan kerja gila ini juga dikenali dengan nama body snatching atau resurrectionists . Pelik, untuk tujuan apa sebenarnya kerja mengambil jasad orang yang sudah mati ini dilakukan? Awalnya,

Manusia kembar dengan binatang

Image
Di Pangkalan Balak, Melaka, terdapat satu legenda yang berlegar di kalangan penduduk setempat mengenai seekor buaya putih yang menjadi penunggu di Sungai Linggi. Buaya tersebut dikatakan mempunyai saudara kembar iaitu seorang manusia. Sama ada kisah ini hanya sekadar suatu mitos atau sebaliknya, tidak dapat dipastikan kebenarannya. Tetapi cerita mengenai manusia kembar dengan buaya ini telah menjadi buah mulut secara turun temurun di kalangan penduduk kampung sekitar daerah Masjid Tanah dan Linggi. Menurut Ibrahim Abdul Aziz yang berasal dari Kampung Sungai Kerteh, Pangkalan Balak, suatu ketika dahulu, seorang perempuan dikatakan telah melahirkan anak kembar lelaki di kampung tersebut. Anak pertama yang dilahirkan adalah seekor buaya manakala adiknya adalah seorang manusia. Bayi lelaki itu telah dipelihara seperti orang biasa manakala pasangannya telah dilepaskan ke Sungai Linggi.  Ibrahim Abdul Aziz Pada hari-hari tertentu, jika si ibu atau si adik ingin berjumpa deng

Bunyi Loceng Maut

Image
Sekitar abad ke 18, penduduk di wilayah Betawi, Indonesia sentiasa diselubungi perasaan takut setiap kali loceng Soli Deo Gloria di menara Stadhuis berbunyi . Bunyi itu bukan saja membawa tanda kematian tetapi mencipta satu ketakutan penghuni pusat perdagangan dan kubu ketenteraan Kompeni Hindia Timur Belanda (KHTB). Loceng Soli Deo Gloria ini akan dibunyikan untuk memanggil semua penduduk tidak kira di dalam atau di luar tembok wilayah kubu berkenaan supaya mereka semua berkumpul dan menyaksikan hukuman gantung yang akan dilaksanakan. Oleh sebab itulah, loceng ini digelar loceng ke pintu kematian. Ekoran daripada hukuman yang dilaksanakan secara terbuka dan disaksikan oleh orang awam, timbullah bermacam-macam cerita aneh yang dialami oleh penduduk berdekatan menara Stadhuis . Kebanyakan mereka terdengar bermacam suara jeritan hampir setiap malam. Loceng pada abad ke 18 itu dikatakan telah diperbuat daripada besi yang mempunyai ketumpatan yang padat dan kukuh. Namanya pul