Mengaku tidak makan selama 70 tahun

Di New Delhi, India, sekumpulan doktor yang berkhidmat dengan tentera India bertungkus-lumus melakukan kajian terhadap seorang lelaki, Prahlad Jani selepas dia mendakwatidak pernah makan dan minum selama 70 tahun.


Dipercayai, lelaki misteri ini memperoleh kebolehan tersebut  selepas  dia meninggalkan rumah semasa berusia tujuh tahun dan kemudian mengabdikan dirinya pada Tuhan di negeri Rajasthan.  Ketika itu, Prahlad mendakwa dia telah diberikan makanan oleh seorang dewi yang memasukkan sejenis pati ke dalam lubang di lelangitnya.

Add caption
Ekoran itu, Prahlad  yang berumur 83 tahun telah menjadi bahan kajian oleh 30 orang doktor. Kajian tersebut yang dilakukan selama 24 jam mengambil masa selama 15 hingga 20 hari di sebuah hospital di bandar Ahmedabad, Gujerat.

Pengarah Institut Pertahanan Fisiologi dan Sains Sokongan India, Dr. G. Ilavazahagan berkata, kes ini adalah yang kali pertama dilaporkan. Kebolehan yang dimiliki oleh Prahlad adalah sangat luar biasa kerana memiliki daya tahan yang kuat menahan lapar dan dahaga untuk tempoh yang lama.

Dr. G. Ilavazahagan 
Dr. G. Ilavazahagan percaya sekiranya mereka melakukan kajian yang lebih mendalam ke atas lelaki tersebut, ia berkemungkinan akan memberi harapan terhadap terbentuknya kehidupan tanpa makanan dan minuman. Malah, beliau dan kumpulan penyelidikannya turut yakin bahawa kebolehan yang dimiliki oleh Prahlad mampu menghasilkan satu penemuan baru sekali gus dapat membantu menyelamatkan nyawa manusia.

Setakat ini, berdasarkan kajian yang dilakukan mendapati Prahlad tidak makan, minum atau membuang air selama enam hari tetapi anehnya, tahap kesihatan lelaki itu didapati  tidak terjejas akibat kekurangan zat. Pada mulanya, kumpulan doktor tersebut menjangkakan lelaki berkenaan akan mengalami masalah kekurangan air, penurunan berat badan, keletihan dan kegagalan fungsi beberapa organ dalam tempoh kajian.
Benarkah dakwaan yang dibuat oleh Prahlad itu?

Dakwaan lelaki tersebut bagaimanapun mendapat tentangan dan disangkal oleh seorang Pakar Pemakanan dari Australia, Dr. Joanna McMillan Price. Kata Dr. Joanna, dakwaan Prahlad bahawa dia mampu menahan makan dan minum selama 70 tahun adalah satu penipuan.

Dr. Joanna McMillan Price
Beliau turut mempersoalkan tujuan sebenar lelaki tersebut membuat pengakuan seperti itu kerana sukar bagi seseorang manusia untuk menahan lapar dan dahaga bagi tempoh yang lama.

Melalui kajian pemakanan, jelas Dr. Joanna, kebiasaannya kondisi tubuh seseorang manusia akan hanya dapat bertahan sehingga satu minggu  tanpa air dan makanan. Selepas tempoh itu,  sistem tubuh badan akan mengalami pelbagai komplikasi. Antaranya, otot-otot di seluruh bahagian badan akan mula memecah, kekurangan tenaga dan mengalami serangan jantung.

Walaupun kepercayaan spiritual Prahlad  mungkin dapat membantu dia mengatasi naluri kehendak asas tetapi fizikalnya tidak mungkin dapat bertahan. Ini kerana, jelas Dr.  Joanna, kepercayaan spiritual hanya mampu memberikan kekuatan kepada mental sahaja. Jika sekiranya dianggap boleh menggantikan makanan dan air, ia berkemungkinan akan menyebabkan kematian.

Dr. Joanna berterus-terang mengatakan dia tidak yakin Prahlad dapat kekal bertahan lebih daripada beberapa hari-hari  tanpa makan dan minum. Keazamannya itu adalah sesuatu yang bagus tetapi haruslah untuk penggunaan lain yang lebih baik daripada menahan makanan dan meminum air.

Dr. Joanna seterusnya menyarankan agar kajian yang dilakukan oleh sekumpulan doktor dari Institut Pertahanan Fisiologi dan Sains  Sokongan India itu dihentikan segera. Ini kerana, tambah beliau, kajian tersebut adalah sia-sia dan tidak memberikan sebarang manfaat.

Comments

Popular posts from this blog

Pengawal Rumah Melayu Lama

Laluan rahsia Genting Bidai

Air yang menyembuhkan penyakit