Manusia boleh hidup hingga 100 tahun

Sekumpulan penyelidik dari Universiti Boston, Amerika Syarikat, telah melakar sejarah apabila berjaya menghasilkan sejenis  gen yang mampu memanjangkan jangka hayat manusia. Gen luar biasa itu didakwa dapat membuatkan manusia hidup lebih daripada satu abad.

Pada 1 Julai 2010, sebuah akhbar tempatan, The Telegraph melaporkan, kumpulan penyelidik itu telah menemui gen tersebut melalui satu uji kaji yang dilakukan ke atas  DNA manusia. Difahamkan, DNA  yang digunakan untuk kajian tersebut diambil daripada lebih seribu orang responden yang berumur 100 tahun ke atas.

Selepas kesemua DNA itu dikumpulkan, kumpulan penyelidik berkenaan melakukan satu lagi uji kaji melalui kaedah memadankan spesimen tersebut dengan DNA daripada populasi umum. Hasil daripada uji kaji tersebut mendapati, kedua-dua DNA itu bertindak balas dan membentuk gen baru yang sangat unik.

Profesor Paola Sebastian
Ketua kumpulan penyelidik itu, Profesor Paola Sebastian menjelaskan, gen baru yang telah dihasilkan itu digelar sebagai Single Nucleotide Polymorphisms (SNP). Berdasarkan kajian yang dilakukan, gen tersebut mengandungi 150 variasi daripada sel-sel hidup yang bertindak balas secara kompleks di dalam badan manusia.

Menurut Sebastian, tindak balas ini sekali gus membantu sistem pertahanan badan manusia atau antibodi menjadi lebih kuat untuk menyekat dari ancaman pelbagai penyakit. Justeru, dia percaya dengan sifat luar biasa gen itu, berkemungkinan ia dapat melanjutkan usia manusia hingga mencecah 100 tahun.

Sebagai contoh, penyakit tua adalah simpton utama yang kerap menyerang warga emas yang berusia 60 tahun ke atas. Pada usia ini, sistem ketahanan badan mereka kurang aktif dan mudah diserang oleh pelbagai penyakit kronik. Justeru, tahap ketidakupayaan yang lemah akan menyebabkan golongan ini menemui ajal.

Bagi mengenal pasti keberkesanan gen itu, Sebastian dan ahli penyelidik lain melakukan  eksperimen yang selanjutnya. Eksperimen itu memilih beberapa orang responden yang berumur 35 tahun ke bawah. Mereka ini terdiri daripada golongan muda yang mengalami pelbagai masalah kesihatan.

Ketika eksperimen itu dilakukan, kumpulan penyelidik berkenaan telah menyuntik gen tersebut ke dalam badan responden mereka. Selepas itu, kesemua responden dibiarkan selama beberapa jam untuk melakukan aktiviti harian masing-masing.

Selepas tamat tempoh masa yang diperuntukkan, kesemua responden itu diminta menjalani semula ujian kesihatan. Apa yang menakjubkan ialah keputusan ujian tersebut mendapati pelbagai jenis penyakit yang dialami kesemua responden beransur pulih.

Profesor Eline Slagboom
 Sementara itu, seorang Pakar Genetik dari Leiden University, Belanda, Profesor Eline Slagboom mendakwa, dia adalah orang pertama menemui gen yang dipercayai mampu memanjangkan usia manusia sebelum kumpulan penyelidik dari Universiti Boston. 

Gen tersebut digelar Methuselah sempena nama seorang paderi kristian yang kononnya hidup sehingga umur 969 tahun. Berdasarkan kajian yang dilakukannya ke atas 300 orang responden yang berumur 100 tahun ke atas di Belanda, beliau mendapati wujud perbezaan yang ketara pada fisiologi indvidu yang hidup lebih lama berbanding individu normal. 

Mengikut laporan dari akhbar Times Online, gen tersebut difahamkan mampu menghidari manusia dari kesan rokok, penyakit jantung dan kanser. Ini merupakan faktor utama mengapa manusia mampu bertahan hidup lama dan menghindari kematian di usia muda.

Comments

Popular posts from this blog

Pengawal Rumah Melayu Lama

Laluan rahsia Genting Bidai

Air yang menyembuhkan penyakit