Bateri gula sumber tenaga masa depan


Jangan hairan jika pada masa hadapan, telefon bimbit tidak lagi dicas menggunakan sumber elektrik, sebaliknya diisi ulang menggunakan sisa air sirap atau minuman ringan. Ini kerana, pada masa kini, pencipta gajet sudah mula giat mencari sumber baru sebagai penjana alat elektronik, dan salah satu pilihan utama ialah elektrik daripada gula.

Kaedah itu ditemui oleh seorang penyelidik dari Saint Louis University, Missouri, Amerika Syarikat, Dr. Shelley Minteer yang mempunyai kepakaran dalam bidang elektro kimia. Penciptaan itu bertujuan mencari alternatif baru bagi menjana elektrik selain daripada penggunaan tenaga nuklear dan solar. Walaupun kaedah tersebut pernah diperkenalkan sebelum ini, tetapi Minteer mendakwa bateri gula ciptaannya mampu bertahan lebih lama.
Jelas Minteer, gula merupakan sumber tenaga yang wujud secara semula jadi di bumi. Bukan sekadar sumber makanan, tetapi gula juga boleh dijadikan bahan bakar untuk menghasilkan tenaga elektrik.
Bateri gula memerlukan enzim pencernaan gula dan mediator, yang mana salah satunya berupa vitamin K3 yang diletakkan pada anod dan katod. Reaksi kimia di bahagian anod akan menghasilkan ion hidrogen dan elektron pula akan mengalir ke kaki katod. Aliran elektron inilah yang akan menghasilkan elektrik.
Jelasnya Minteer lagi, lebih banyak sumber gula dalam sesuatu cecair, maka lebih banyak elektrik yang akan dihasilkan. Justeru, penggunaan air berkarbonat adalah paling sesuai untuk bateri ini kerana kandungan gulanya yang tinggi.

Comments

Popular posts from this blog

Pengawal Rumah Melayu Lama

Laluan rahsia Genting Bidai

Air yang menyembuhkan penyakit